DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, January 14, 2014

ULASAN untuk RENCANA dalam UTUSAN ~ KUASA 'BUDI Bicara' atau KUASA 'IKUT kepala OTAK aku'?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

~ SALAM MAULIDURRASUL untuk SEMUA pemBACA UMAT Melayu/ISLAM.. Kita nak TANYAlah SIKIT, kalau sek-sok KALIMAH Allah SWT diBENARkan diGUNAkan oleh AGAMA lain, apakah ISTILAH 'Rasulullah SAW' masih meRUJUK kepada NABI Muhammad SAW lagi? Jadik, FIKIRkan sendiri 'MIND-Set' mereka yang sedemikian! ~

Kita bukan nak TULIS pasal MAULIDURRASUL.. Memadailah meRAIkannya dengan SELAWAT seBANYAK mungkin sebagai TANDA kita mengingati BAGINDA Rasulullah SAW.. Apa yang kita nak TULIS ialah tentang sebuah RENCANA dalam UTUSAN Malaysia HARI ini.. RENCANA tersebut menCERITAkan tentang 'BUDI Bicara' para PenDAKWAraya daripada Jabatan PEGUAM NEGARA untuk KES-KES yang KONTROVERSI selama ini.. Antara PETIKAN menarik ialah,

"Kuasa budibicara (discretionary power) Pendakwa Raya untuk memulakan dan tidak memulakan prosiding jenayah terhadap mana-mana orang, atau menarik balik atau memberhentikan prosiding jenayah (sekiranya ia telah dimulakan), terserah sepenuhnya padanya di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Fasal (3) Perkara 145 itu menyatakan bahawa Peguam Negara selaku Pendakwa Raya "hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budibicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera."

Apa yang ditekankan di sini adalah bahawa kuasa budi bicara Pendakwa Raya ini bukan dinyatakan dalam Akta Parlimen biasa, bahkan dijamin secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan." ->KLIK<-

Selanjutnya anda boleh BACA sendiri di dalam UTUSAN Malaysia.. Ada jugak dIBERIkan beberapa 'CASE Study' untuk menguatkan kenyataan pasal KUASA 'BUDI Bicara' yang diNYATAkan tadi.. RASAnya, orang biasa pun boleh FAHAM..

Dalam KONTEKS dan REALITI yang diNYATAkan dalam RENCANA tersebut, anda boleh FAHAM bahawa para PenDAKWAraya yang terTAKLUK kepada PEGUAM NEGARA boleh menentukan HALATUJU KES-KES yang diBICARAkan di MAHKAMAH.. Kalau IKUTkan CONTOH KES seperti KES HASUTan menerusi FACEBOOK untuk JATUHkan kerajaan pada perHIMPUNan TAHUN baru lalu, 'Orang kena TUDUH' (OKT) boleh diLEPASkan atau diRINGANkan HUKUMan atas 'BUDI Bicara' penDAKWAraya dan tentunya PEGUAM NEGARA seperti yang diNYATAkan tadi.. Ini yang kita nak anda pakat TELITI secara menDALAM.. 

Jadik di sini, anda boleh NAMPAK setakat mana PENGARUH atau KUASA 'BUDI Bicara' oleh PEGUAM NEGARA dalam menentukan perJALANan sesuatu KES dan jugak perLAKSANAan UNDANG-UNDANG.. Malah, jika kita meRUJUK kepada KES-KES MAHKAMAH lain seperti KES 'MenJUBOR' 2 dan BANYAK lagi yang ada KAITAN dengan POLITIK, kita boleh NAMPAK setakat mana KUASA 'BUDI Bicara' yang diMAKSUDkan itu menentukan perJALANan KES tersebut.. Walaupun memang ada PERUNTUKAN dalam PERLEMBAGAAN NEGARA untuk  KUASA 'BUDI Bicara' ini, tetapi TIDAKkah ianya berGANTUNG kepada keputusan manusia yang jadik PEGUAM NEGARA?


Dengan KATA lain, apakah JAMINan bahawa KUASA 'BUDI Bicara' ini TIDAK diSALAH-GUNAkan oleh sesiapa yang menjadi PEGUAM NEGARA? Atau pun,

1) Apakah JAMINan bahawa PEGUAM NEGARA akan mengGUNAkan KUASA 'BUDI Bicara' secara TELUS untuk KES-KES 'HIGH Profile' seperti KES 'MenJUBOR' 2?

2) Apakah JAMINan bahawa PEGUAM NEGARA itu sendiri TIDAK akan diPENGARUHi secara EMOSI, IDEOLOGI atau pun TEKANAN untuk perJALANan sesuatu KES?

3) Apakah JAMINan bahawa setiap KES yang diBICARAkan akan mengikut sePENUHnya dahulu SEMUA peruntukan UNDANG-UNDANG yang telah sedia terMAKTUB sebelum KUASA 'BUDI Bicara' itu diGUNAkan?

Anda dah NAMPAK tak apa yang kita cuba NYATAkan melalui 3 'POINT' di atas? Sebagai RAKYAT di NEGARA ini, kita MAHUkan keTELUSan dalam setiap perLAKSANAan UNDANG-UNDANG di MAHKAMAH, bukan memBIARkan KUASA 'BUDI Bicara' oleh PEGUAM NEGARA itu mengatasi PROSES perUNDANGan itu..

Kalau kita LIHAT secara REALITI di sekeliling kita pada HARI ini, kita DAPATi orang dah tak TAKUT lagi dengan UNDANG-UNDANG bila BUAT keSALAHan pasal mungkin terlalu KERAPnya KUASA 'BUDI Bicara' itu diGUNAkan setiap kali PROSES perUNDANGan diJALANkan.. HARI ini seorang pengHASUT di FACEBOOK diBEBASkan atas KUASA 'BUDI Bicara' oleh PEGUAM NEGARA.. Apakah JAMINan bahawa keSALAHan yang SAMA TIDAK akan berULANG? TIDAKkah POLIS yang menjadi peLAKSANA UNDANG-UNDANG itu keLIHATan BODOH kerana berSUSAH payah menCEKUP peSALAH tapi akhirnya diLEPASkan dek KUASA 'BUDI Bicara'?


SeHARUSnya seorang HAKIM, MAJISTRET dan PEGUAM NEGARA meLETAKkan kePENTINGan NEGARA dan RAKYAT di tempat terATAS dalam sesuatu PROSES perUNDANGan.. Setiap UNDANG-UNDANG yang diGUBAL di PARLIMEN dan diPERKENANkan oleh YDP AGONG seHARUSnya diHORMATi oleh SEMUA atas PRINSIP RUKUNEGARA ke-4 iaitu KeDAULATan UNDANG-UNDANG.. SEJARAH memBUKTIkan bagaimana keJATUHan sesebuah NEGARA berMULA apabila para pengAMAL UNDANG-UNDANG seperti para HAKIM dan PEGUAM sendiri TIDAK mengHORMATi UNDANG-UNDANG.. LIHAT apa yang berlaku di Mesir HARI ini! 

TIDAKkah para pengAMAL UNDANG-UNDANG di NEGARA kita ini seakan mengikut SKRIP yang diATUR oleh ZIONIS Neo-CON seperti apa yang berLAKU di Mesir? Itulah SKRIP yang sedang diATUR oleh mereka dalam beberapa KES di NEGARA ini seperti KES perUNDANGan untuk KALIMAH Allah SWT dan lain-lain.. Apa akan jadik kalau KES KALIMAH Allah SWT CONTOHnya diPUTUSkan atas KUASA 'BUDI Bicara' seperti yang diNYATAkan? Di sinilah kita patut menuntut keTELUSan BADAN PerUNDANGan di NEGARA ini yang SEMUA maklum mereka tuh manusia yang MAKAN, TIDUR dan BERAK macam orang lain jugak.. BETUL tak?

Wallahualam..    

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS