DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, December 08, 2011

Menyelusuri keKUATan pro-UMNO di medan SIBER untuk menghadapi PRU-13..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita dah banyak meneliti ISU-isu yang diMAINkan dalam BLOG, Forum 'ONLINE' dan jugak Facebook.. Kita dapat RUMUSkan bahawasanya selesai aje PAU minggu LEPAS, semua ahli-ahli UMNO dan lupa apa AMANAT Presiden dan balik RUMAH 'berBUNGKUS' dalam selimut atas KATIL dengan laki/bini masing-masing.. Langsung tak PEDULI apa yang diBICARAkan oleh RAKYAT dalam media ALTERNATIF dan langsung tak TAHU nak JAWAB apa depan RAKYAT bila diTANYAkan ISU-isu tersebut.. Selebihnya serahkan pada DS Najib terkial-kial keSEORANGan untuk JAWAB dan semua PAKAT ulang JAWAPANnya..

Dalam BLOG kita perhatikan pihak yang mahu meMENANGkan UMNO tidak mengGUNAkan sepenuhnya ISU-isu keLEMAHan puak-puak PR untuk menyerang..

- Ada BLOG yang cuba menJAWAB ISU-isu yang diKAITkan dengan pemimpin UMNO tetapi sebaliknya tidak mampu MENYERANG keLEMAHan PR..

- Ada BLOG yang MENYERANG tetapi cuma sekerat JALAN.. Tunggu juruBLOG lain kutip ISU yang diBAWAnya dan tolong sambungkan SERANGan..

- Ada BLOG milik orang PENCEN dari agensi MEDIA kerajaan yang mengKRITIK UMNO tetapi TULISannya dilihat lebih menJAHANAMkan imej UMNO daripada cuba memperBETULkannya..

- Ada BLOG bekas ahli UMNO Sabah yang lompat PKR kerana beranggapan KONONnya UMNO meminggirkan Bumiputera Sabah.. Entah mengigau GAMAKnya bila masa PKR tuh membela Bumiputera Sabah? Jeffrey Pairin pun 'TENSION' dengan PKR? PemBELOT UMNO ini berANGGAPan UMNO mahu meROMPAK Sabah sedangkan nasib Sabah di bawah UMNO jauh lebih BAIK berbanding PAS memerintah Kelantan? Itu pun BUTA tak nampak ke?

Yang NYATAnya, cuma beberapa BLOG pro-UMNO aje ketika ini bersungguh-sungguh menyerang keGAGALan PR dan pemimpinnya seperti Penasihat PKR, Pok Nik 'ALAIHISSALAM', keluarga DINASTI Lim dan SINGH 'Is the KING'.. Yang lain MERAPU aje.. Yang jelas, jika mahu UMNO menang PRU-13, perlu keSERAGAMan oleh semua juruBLOG dalam memBAWAkan sesuatu ISU.. MAKLUMAT perlulah diKONGSi dan 'TIMING' penDEDAHannya kenalah TEPAT! Selain itu, sesuatu ISU yang diMAINkan kenalah berSIFAT 'REPEATATIVE', iaitu sentiasa berULANG dan bukan hari ini DEDAH, esok LUPA..

Di FORUM-forum 'ONLINE' pulak kita menyaksikan perTIKAIan antara penyokong UMNO yang sama tetapi penyokong pemimpin UMNO yang berLAINan.. Dengan KATA lain, dia SOKONG Datuk ini tetapi tidak suka dengan Datuk yang lain dalam UMNO.. Inilah yang diSUKAi oleh puak-puak PR apabila sesama UMNO saling tuduh-menuduh dengan mengatakan rakan sendiri sebagai LIABILITI kepada parti.. Yang RUGInya adalah UMNO jugak? Macam-macam ISU akan timbul untuk memecah-belahkan UMNO tapi kenalah pandai menilai dan yang paling PENTING, kenalah BIJAK untuk 'Control DAMAGES'..

Di Facebook pulak, SERANGan terhadap UMNO bertali-arus.. Ada aje 'MUKA baru' timbul untuk memBURUKkan UMNO dengan ISU yang tiba-tiba aje MUNCUL.. Mungkin mereka nih adalah 'PHANTOM Users' tetapi dalam dunia SIBER, 'PHANTOM Users' yang RAMAI adalah penentu keMENANGan.. Yang dok perTAHANkan UMNO pulak balik-balik 'MUKA' yang sama.. UMNO patut ambil SERIUS tentang PERSEPSI buruk yang diSEBARkan melalui Facebook.. Jangan LUPA bahawa NEGARA macam Libya, Mesir dan Syria diJATUHkan hanya dengan mengGUNAkan Facebook sebagai SENJATA utama.. Jangan pulak NEGARA ini menjadi sedemikian kerana UMNO tidak SERIUS dengan Facebook!

Bagaimana pulak dengan UMNO sendiri? SAMA jugak.. Patut lepas PAU semua balik dengan berSEMANGAT untuk berjuang demi parti.. Rupanya ramai yang berSEMANGAT dengan 'SHOPPING' kat KL, berGAMBAR sakan dengan Datuk itu dan ini serta berGEMBIRA pasal muka keluar 'LIVE' kat TV.. Agak-agak kalau diTANYA balik apakah AMANAT DS Najib dalam ucapan pengGULUNGan, boleh JAWAB balik tak? HE!HE!HE!

"Pilihan raya ini adalah titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan cerah benderang bagi Malaysia sebuah negara maju dengan memilih UMNO dan Barisan Nasional atau menempa jalan trajis penuh kehancuran dengan memilih pembangkang,"

Itu antara kata-kata DS Najib pada ucapan pengGULUNGannya.. Namun, jangan terKEJUT kalau diKATAkan selesai aje PAU, ramai dah berANGAN diri mereka sebagai 'WINNABLE Candidate'! Malah, ada pulak pemimpin UMNO cuba-cuba bagi 'HINT' agar dirinya diPILIH sebagai calon KONONnya kerana dia 'MUDA', berPELAJARan dan 'GLAMOUR'la KONON-kononnya.. Tang dia main POLITIK WANG sampai SEMPUT partinya diKERJAkan dek RAKYAT masa PRU-12 lalu pandai pulak dia SOROK? Ada jugak jenis PEMIMPIN yang semuanya main SERAH kat DS Najib untuk menyerang PR.. Dia sendiri pulak lebih 'BOSS' daripada 'BOSS'nya sendiri? Memang MALANG betullah DS Najib!

Tak diNAFIkan orang Melayu/ISLAM kot mana pun terpaksa melihat kepada UMNO demi mengelakkan NEGARA ini di'KORBAN'kan oleh rejim DAP La'anatullah menerusi penguasaannya dalam PR.. Namun, apakah UMNO sahaja mampu meRAIH 2/3 kerusi Parlimen atau MENANG 100% kerusi yang diTANDINGinya? UMNO akan menjadi LEMAH jika keHILANGan SOKONGan orang Melayu/ISLAM di NEGARA ini.. Setakat ini UMNO tidaklah boleh berHARAP kepada rakan-rakan parti seKOMPONENnya walaupun untuk MENANG di kawasan MAJORITI Melayu/ISLAM.. Malah, RAMAI rakan-rakan parti seKOMPONENnya macam MCA yang melihat KAUMnya kena HUDUD atau TIDAK sebelum nak meRAIH undi untuk keMENANGan bersama atas nama BN! HE!HE!HE!

Untuk MENANG, UMNO memerlukan UNDI daripada semua orang Melayu/ISLAM.. Namun, setakat ini tak la pulak NAMPAK keSUNGGUHan UMNO memperjuangkan kePENTINGan Melayu/ISLAM macam para MP BEBAS seperti Datuk Zul Nordin dan Datuk Ibrahim Ali? UMNO jangan SILAP dengan berANGGAPan 'LEVEL 4 Boys' dalam Pemuda UMNO yang berMAHARAJALELA di GLC-GLC adalah BUKTI bagaimana UMNO membela kePENTINGan Melayu/ISLAM.. Itu memang cari PENYAKIT tuh kalau diSEBUT sedemikian rupa depan RAKYAT! Dah tentu untuk memBUKTIkannya, UMNO kena AKTIF turun PADANG dan jugak AKTIF menyerang keLEMAHan puak-puak PR menerusi BLOG, Forum 'ONLINE' dan Facebook.. Jadik, UMNO tunggu apa lagi? Soalnya, WUJUD ke JENTERA sedemikian?

Wallahualam..

2 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam sdra Tukang Dok Peghati.
Artikel terbaik pernah saya baca mengenai siapa juga yg kata sykan Umno.

Semua otak dah tepu termasuk saya blogger ini bila membicarakan tentang halatuju perjuangan.

Mohon artikel ini saya panjangkan diblog saya.Terima kasih

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sila-sila..

Jangan segan-segan.. hehehe

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS