DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, August 28, 2010

Apabila si JAHIL cuba mengajar si KAFIR tentang hukum-hakam dalam ISLAM..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita tak TAHU samada patut rasa SIMPATI atau berKONGSI keMARAHan bersama umat ISLAM lain dalam ISU seorang ahli Parlimen(MP) dari parti 'RASIS' La'anatullah memandai-memandai 'menCEMARkan' sebuah SURAU untuk menyampaikan ucapan dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lepas.. Dia bukan sahaja GAGAL berpakaian menutup AURAT, malah dia jugak telah memilih tempat SOLAT (Kalau tengok gambar, dekat tempat IMAM lagi) untuk menyampaikan ucapannya..

Kita rasa SIMPATI kerana meRASAkan MP ini mungkin TIDAK tahu yang dia telah melakukan keSALAHan.. Kita jugak berasa MARAH kerana sebagai MP, dia seharusnya memahami SENSITIVITI umat ISLAM.. Dia amat berNASIB baik kerana umat ISLAM Malaysia amat tinggi TOLERANSInya.. Kalau di Arab, atau Pakistan, alamat LUNYAI dah dia nih.. Namun, ada jugak KELAKARnya dalam SOAL ini.. Kita cukup YAKIN MP tersebut dijemput oleh Lebai PAS ke surau tersebut.. Ini jugak memBUKTIkan bahawa Lebai PAS yang mungkin dianggap 'LEBIH ISLAM BERBANDING ORANG ISLAM LAIN' oleh parti 'RASIS' La'anatullah sebenarnya sangat JAHIL dalam agama mereka sendiri! HE!HE!HE!

Orang kata, GAMBAR sahaja sudah cukup untuk memberikan SERIBU TAFSIRAN.. Maka, sudah tentulah mengejutkan jika kita LIHAT seorang 'AMOI' berpakaian KEBAYA ketat tanpa berTUDUNG berdiri di tempat solat IMAM sambil memegang mikrofon untuk berucap.. Lebai-Lebai yang berpakaian LABUH dan serba PUTIH pulak hanya duduk bersila di sampingnya dan juga mengadapnya.. Langsung tak nampak RIAK muka Lebai-Lebai tersebut untuk menegur atau cuba memperBETULkan keadaan.. Siap SENGIH-SENGIH lagi apabila menerima bantuan daripada 'AMOI' tersebut.. Apa ERTInya ini?

Ini menjelaskan Lebai-Lebai itu SEMUA harap jubah aje PUTIH ber'KLOROX' labuh sampai hujung KAKI tetapi sebenarnya mereka itu AMAT JAHIL dan tidak faham apa pun bab HUKUM-HAKAM dalam agama ISLAM.. Pada mereka, soal keBERSIHan atau soal keSUCIan khususnya dalam ibadat SOLAT seperti yang diTUNTUT oleh agama ISLAM boelh tolak TEPI.. Bayangkan kalau orang bukan ISLAM yang dijemput oleh Lebai PAS itu memeluk ANJING peliharaan di RUMAHnya sebelum datang berdiri berucap di tempat SOLAT.. Apa akan jadi jika PERKARA sedemikian berlaku? Itu belum lagi bab HADAS BESAR yang orang bukan ISLAM memang tak tahu cara orang ISLAM menSUCIkannya.. Memang TEPAT sekali keTEGASan Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) dalam soal ini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Kita memang dah LAMA tahu bahawasanya Lebai-Lebai PAS ini harap jubah aje LABUH, janggut aje lebat, kalau yang perempuan pulak TUDUNG aje LABUH.. Namun, itu hanya IMEJ 'CARMOUFLAGE' sahaja KONONnya untuk menunjukkan mereka tuh ALIM atau lebih tepat lagi, mahu diLIHAT 'Lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain'.. Hakikatnya, mereka pun bukanlah HEBAT mana pun dalam pengetahuan agama ISLAM.. Apa yang mereka lakukan adalah sama seperti apa yang para RAHIB atau PADERI Kristian zaman pertengahan lakukan - meLACURkan agama untuk kepentingan POLITIK peribadi!

Sebelum ini pun umat ISLAM diKEJUTkan dengan DOA untuk 'Khalifah bukan ISLAM' di Pulau Pinang semasa KHUTBAH Jumaat yang kedua.. Hukumnya adalah jelas HARAM jika mendoakan kesejahteraan orang KAFIR semasa khutbah Jumaat kedua..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_91f20510-7f000010-1d956ad0-61cc29f0

KeBIASAannya, doa dalam khutbah kedua boleh ditujukan kepada pemerintah yang beragama ISLAM contohnya YDP Agong.. Malah, tidak pernah pun terCATAT dalam mana-mana SIRAH Nabi SAW atau pun dalam sejarah ISLAM perkara sedemikian.. Tak TAHUlah kalau KHATIB tersebut terkena jangkitan 'PENYAKIT' Pok Nik 'ALAHISSALAM' dari Kelantan..

Walaupun ada cubaan 'COVERLINE' oleh Lebai-Lebai PAS mengatakan KONONnya doa khatib tersebut agar 'Khalifah bukan ISLAM' tuh memeluk ISLAM atau KONONnya orang UMNO tak faham bahasa ARAB(HE!HE!HE! Berapa KERAT Lebai PAS yang fasih bahasa ARAB termasuk pemimpin mereka?), HAKIKATnya, ramai SAKSI telah tampil membuat laporan POLIS.. Kalau nak dikira, dah lebih 4 orang SAKSI dah? Almaklumlah, kejadian berlaku semasa solat jumaat.. Takkan TAK NAK mengaku lagi kot? Kot Lebai PAS tak PUASA sampaikan sanggup berBOHONG, tak apa la! HE!HE!HE!

Umat ISLAM seharusnya sedar bahawa sebahagian BESAR Lebai PAS yang anda lihat hari ini hanyalah 'PATUNG KAYU' yang tidak ada JIWA Islam.. Pada mereka, ISLAM itu hanyalah 'ALAT' untuk mereka menurut kehendak NAFSU mereka sama ada dalam POLITIK, mengumpul HARTA atau pun mengejar keDUNIAan.. Kalau Al Arqam itu dikategorikan terpesong dari ISLAM, Lebai PAS sebenarnya jauh lebih DAHSYAT jika diteliti apa yang telah diDEDAHkan ini.. Malangnya, pihak berkuasa dalam Majlis Agama pun hanya reti menilai orang menerusi JUBAH dan JANGGUT aje..

Demi memuaskan NAFSU POLITIK, sebelum ini pun Lebai PAS telah banyak kali mengetepikan ajaran ISLAM seperti menyokong mereka yang minum ARAK, meLIWAT, bersekedudukan, menJUAL nama ALLAH SWT kepada GEREJA, meluaskan ladang ternakkan BABI menDOAkan keMUSNAHan orang ISLAM lain, menyamun harta RAKYAT dan banyak lagi.. Sebab itulah betapa PENTINGnya peranan ibu-bapa mendidik anak-anak mereka mematuhi ajaran ISLAM sebenar agar tidak menjadi seperti Lebai-Lebai PAS apabila umur mereka dewasa KELAK..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS