DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, August 12, 2010

Kisah LAWAK Pok Nik dan Lebai-Lebai PAS di bulan puasa.. HE!HE!HE!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebenarnya bulan PUASA nih agak MALASla nak 'SOUND' orang TUA bernama Pok Nik 'ALAHISSALAM' nih.. Almaklumlah, pasal kita INGAT dia nak berIBADAT dan mendekatkan diri dengan Tuhannya.. Rupa-rupanya memang orang TUA nih payah nak diPISAHkan dengan POLITIK.. Mungkin pasal dia sendiri pun TAHU yang dia nih bukannya ULAMA peWARIS Nabi seperti yang selalu diKELENTONGnya kat Lebai PAS yang lain, sebaliknya dia cumalah seorang lulusan madrasah dari Deoband, India yang dianggap ULAMA oleh Lebai PAS yang JAHIL..

Apabila Tun Mahathir mengatakan dalam blog beliau bahawa perikatan PAS dan DAP adalah HIPOKRASI dan tidak pun seIKHLAS mana, bukan MAIN meLONCAT keMARAHan lagi Lebai-Lebai PAS terutamanya Pok Nik dan seorang Naib Presidennya yang tak de sijil SPM tuh.. Mereka mempertikaikan kenyataan Tun dan memperSOALkan pulak tentang UMNO yang bekerjasama dengan parti KOMPONEN bukan Melayu seperti MCA dan lain-lain.. Sebenarnya, diorang ni bukannya menJAWAB kenyataan Tun Mahathir pun.. Sebaliknya seperti biasa cuba 'CORNER' untuk elak daripada menJAWAB kenyataan yang memang diorang pun TAHU betul 100%! HE!HE!HE!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Apa pun, itu cara Pok Nik.. Samada cara dia menjawab kenyataan tersebut BETUL atau SALAH, terpulanglah kepada anda untuk meNILAInya.. Kita memang diDIDIK dalam ISLAM bahawasanya orang yang berPUASA tak boleh cakap BOHONG, nanti dapat DOSA.. Namun, bab dosa dan PAHALA ni biarlah ianya ditentukan oleh Allah SWT sendiri.. Mungkin pada Lebai PAS, orang macam Pok Nik nih boleh tentukan apa DOSA dan apa PAHALA tetapi bagi 1.8 bilion umat ISLAM lain serata dunia, mereka YAKIN bahawa itu semuanya ketentuan Allah SWT.. Jadik tak pelulah kita memperBODOHkan diri kita untuk meRENDAHkan tahap IQ setaraf dengan Lebai PAS itu semua.. HE!HE!HE!

Cuma kita MINTAKlah para pembaca sekalian agar INGAT balik tentang kenyataan Pengerusi DAP yang berkerusi RODA itu tentang hasrat PAS untuk penubuhan sebuah negara ISLAM.. Alah, bukan lama sangat pun ISU nih.. Dalam sebulan lebih aje.. Takkanlah anda semua dah jadik PELUPA macam Pok Nik kot? HE!HE!HE!

http://www.mmail.com.my/content/41684-nik-aziz-challenges-karpal-singh-prove-pas-islamic-policies-are-wrong

Kalau RAJIN, anda boleh semak balik ulasan tentang ISU tersebut dalam ARKIB BLOG ini.. Dengan merujuk kembali kepada kenyataan Tun Mahathir tentang hubungan HIPOKRASI antara PAS dan DAP, bukankah ini memBUKTIkan betapa BENARnya Tun? Bukankah ini jugak memBUKTIkan betapa PELUPA dan TAK TAHU MALUnya Pok Nik 'ALAHISSALAM' ini? HE!HE!HE!

Mungkin Pok Nik LUPA pasal dia tengah SYOK gambar dia di'BET' sampai harga RM6 ribu untuk tabung TIRAM dua tiga hari lepas..

http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2010/08/gambar-nik-aziz-berharga-rm-6000.html

Cuma kita kurang pastilah samada lelongan gambar potret manusia seperti gambar Pok Nik diBOLEHkan dalam ISLAM.. Pasal ada HADIS seperti di bawah:-

Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Yang Mengandungi (Menayangkan/Memaparkan) Gambar

Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)


http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/05/94-larangan-membuat-menggantung-gambar.html

Kalau ikut HADIS di atas, dah tentulah simpan gambar Pok Nik diLARANG dalam ISLAM.. Ye la.. Takkan orang beli gambar Pok Nik beribu-ribu RM buat alas tempat duduk atau alas MEJA kot? Terdesak sangat nak DUIT gamaknya? Kot la Lebai PAS ada mencipta HADIS terbaru 'SPECIAL' untuk memBOLEHkan perbuatan sedemikian, tak TAHU le pulak! HE!HE!HE!

Apa pun, baik kenyataan Pok Nik tentang hubungan HIPOKRASI antara PAS dan DAP, mahu pun kisah tentang gambar Pok Nik dilelong RM6 ribu, semuanya patut dianggap sebagai LAWAK JENAKA yang mengHIBURkan di bulan Ramadhan ini.. Biasalah.. Dalam PAS nih semuanya boleh jadik tunggang-terbalik! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

itulah pok nik ajis. dah nyanyuk. dulu kata tun mahathir nyanyuk, lama sangat jadi pm.

sekarang Allah pulangkan kepada dia balik. dia tak nak turun2 dari MB kelantan, dan dah nyanyuk.

orang tua dah nyanyuk, bior dah la, nak cakap ape pun. jangan dengar pun. biar dia meracau sendiri.

tapi yang bodohnya pengikut2 pok nik. memang bodoh2pun.

-art-

-art-

Bingai @ Bangang said...

Pok Nik ada fatwa dia sendiri.

"Pandanglah pada gambar aku maka engkau akan ingat bahawa tiket ke syurga telah ditempah."

kah kah kah

YB = Yang Bingai @ Bangang
Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS