DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, August 20, 2010

Apalah salahnya kalau mereka turut sama kibarkan JALUR GEMILANG?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Bulan Ogos adalah bulan NOSTALGIK kepada NEGARA kerana ianya adalah bulan KEMERDEKAAN.. Setipa kali tibanya Ogos, pasti akan ada 'KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG' sebagai tanda kita PATRIOTIK dan cintakan tanah air kita.. Malah, kempen ini jugak GIAT dijalankan di media massa dan bercetak.. Walaupun kebetulan bulan Ogos ini jatuh serentak dengan bulan Ramadhan, ini tidak seHARUSnya dilihat sebagai penghalang untuk seluruh negara mengibarkan JALUR GEMILANG.. Melainkan kot ada la Lebai PAS mencipta HUKUM baru tentang ini.. HE!HE!HE!

Namun demikian, kalau kita perhatikan sekitar IBU negara, kita dapati sebahagian PREMIS-PREMIS milik kerajaan dan jugak syarikat-syarikat GLC sahaja yang dilihat bersungguh-sungguh mengibarkan JALUR GEMILANG.. Mintak MAAF katalah, tetapi kita tak nampak syarikat-syarikat yang dimilikki oleh TAIKUN-TAIKUN kaum tertentu turut sama melibatkan diri atau sekurang-kurangnya mengibarkan JALUR GEMILANG di PREMIS milik mereka.. Sebagai contoh, kalau kita melalui sekitar kawasan Bukit Bintang, Imbi, Petaling atau sekitar Jalan Ipoh yang mana PREMIS-PREMIS perniagaannya diDOMINASI oleh kaum tertentu, memang payah nak jumpa PREMIS yang kibarkan JALUR GEMILANG.. Kenapa?

Mahal sangat ke harga sehelai JALUR GEMILANG? Atau ini hanyalah sikap PREJUDIS mereka yang hanya nampak nilai-nilai berUNSURkan MATERIALISTIK semata-mata? Adakah mereka menganggap kewarganegaraan yang dimilikki mereka itu merupakan KURNIAan yang turun dari langit? Atau mungkin mereka ini masih diRASUKki semangat Genghis Khan yang hanya berMINAT meRAMPAS sesebuah negara tetapi enggan menghargai negara tersebut? Kalau semangat CINTAkan NEGARA pun GAGAL mereka TONJOLkan, bolehkah kita mempercayai KEMPEN parti POLITIK 'RASIS' KIASU mereka yang KONONnya ingin 'MENYELAMATKAN NEGARA' ini?

Mereka sering mendakwa KONONnya mereka diLAYAN sebagai warga KELAS KEDUA.. Namun, mereka ini JUGAKlah yang keberatan nak kibarkan JALUR GEMILANG hanya untuk sambutan kemerdekaan negara? Bagaimana pulak jika disentuh tentang setakat mana keBOLEHan mereka ini berbahasa Melaysia yang merupakan bahasa RASMI negara seperti INI:-

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/15/mstar_berita/20100815181036&sec=mstar_berita

Ini adalah sikap mereka sendiri bukannya kerana SALAH ibu mengandung.. Dengan KATA lain, mereka sendiri yang SEBENARnya menunjukkan SIKAP sebagai warga KELAS KEDUA, bukannya disebabkan oleh sesiapa pun.. Namun, adakah mereka yang diMAKSUDkan ini mahu mengakuinya?

Mungkin kerana SENTIMEN POLITIK mereka yang BURUK dan bersandarkan nilai KEKIASUAN, ada segelintir yang menganggap KEMERDEKAAN NEGARA ini hanyalah 'FAKE' atau bukan KEMERDEKAAN yang sebenar.. Malah, sampaikan ada yang menyanjung perjuangan KOMUNIS yang bunuh orang sesuka HATI di negara ini sebagai perjuangan KEMERDEKAAN yang SUCI..

http://www.malaysiakini.com/news/61399

HAKIKATnya, kerana sentimen POLITIK mereka sendiri yang menJIJIKkan, mereka sengaja meLUPAkan sejarah HITAM penentangan KOMUNIS di negara ini.. Malah, di Indonesia dan di Dataran Tiananmen, China sendiri menyaksikan betapa 'MULIA'nya perjuangan KOMUNIS yang mereka sanjungi itu..

Hanya kerana mereka meMUSUHi parti-parti POLITIK tertentu yang berjaya membawa KEMERDEKAAN negara pada 31 Ogos 1957 dahulu, mereka seolah-olah enggan mengIKTIRAF kemerdekaan negara.. Ya, kita TAK nafikan selepas hampir 53 tahun negara MERDEKA, memang ramai ahli-ahli POLITIK yang hilang arah dan lupakan objektif perjuangan masing-masing.. Namun, adakah itu WAJAR dijadikan alasan untuk enggan merayakan tarikh kemerdekaan negara setiap TAHUN walaupun hanya dengan mengibarkan JALUR GEMILANG? Tidakkah mereka yang kita maksudkan ini dilihat HIPOKRIT?

Kalau diimbas balik, PERNAH ada pihak yang mengHINA lagu kebangsaan NEGARA seperti di bawah:-

http://en.wikipedia.org/wiki/Wee_Meng_Chee

Yang PELIKnya, mereka ini enggan pulak membuang kerakyatan negara ini? Habis BERANI pun hanya sekadar mampu memilikki taraf 'PEMASTAUTIN' di negara lain atau menjadi pemilik 'GREEN CARD' negara tertentu? Sampai BILA kita harus 'menyimpan' PETUALANG seperti ini yang jelas BANGSAT dan sanggup mengHANCURkan negara kerana POLITIK SEMPIT mereka?

Sungguh malang NEGARA ini kerana mempunyai RAKYAT yang bukan sahaja GAGAL mengHORMATi asas-asas kenegaraan dan Perlembagaan Negara, malah buruk PERANGAI hanya kerana mementingkan SENTIMEN POLITIK mereka yang BURUK dan bersandarkan nilai KEKIASUAN..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS