DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, July 01, 2011

HIT a SNAKE by its HEAD first - HARAMkan BERSIH 2.0 dan PERANGi mereka seperti mana KOMUNIS diPERANGi!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada 9 hari lagi sebelum HURU-HARA besar berlaku? Mungkin pengiraan DETIK sedang berlaku tanpa diSEDARi.. Baiklah, walaupun kita PERCAYA pihak POLIS sedang bertungkus-lumus cuba mengawal keADAan, kita PERCAYA sebenarnya ada banyak JALAN lebih MUDAH untuk mereka mengHALANG perHIMPUNan BERSIH 2.0 tanpa perlu ke sana ke mari meLAKUkan TANGKAPAN.. Secara BAIKnya, kita meMOHON kepada pihak berKUASA seperti DYMM SPB YDP Agong, Majlis Raja-Raja, Kerajaan Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengeluarkan kenyataan mengHARAMkan sahaja BERSIH 2.0 seperti mana KOMUNIS, Al Maunah, HINDRAF dan Al Arqam..

Mintak MAAF katalah, setakat ini kita tidak terBACA lagi sebarang kenyataan tentang usaha untuk mengHARAMkan BERSIH 2.0 yang jelas menimbulkan keKACAUan terhadap RAKYAT.. BERSIH 2.0 bukan sahaja menyebabkan gangguan keHIDUPan seharian RAKYAT khususnya di KL.. Anda lihat sekarang ini bagaimana ada PIHAK cuka menimbulkan kembali fahaman KOMUNIS yang jelas anti Raja-Raja Melayu dan anti Agama ISLAM menerusi BERSIH 2.0.. ->KLIK<-

BERSIH 2.0 bukan sahaja menjadi medan untuk meNAFIkan suara DEMOKRASI dan MAJORITI rakyat, BERSIH 2.0 jugak menjadi PLATFORM untuk membela PENJENAYAH dan jugak tokoh-tokoh POLITIK yang bergelut dengan penDEDAHan masalah SEKSUALnya terhadap lelaki dan WANITA.. Apakah ini semua tidak menCUKUPi lagi bagi pihak berKUASA seperti yang kita namakan di atas untuk berTINDAK mengHARAMkan saja BERSIH 2.0 dan memeranginya seperti mana KOMUNIS diperangi?

Kalau hendak dipukul ULAR, pukullah di bahagian KEPALAnya dahulu.. Kalau hendak mengHENTIkan BERSIH 2.0, kenapa tidak diHUKUM sahaja para penganjurnya?

- Apakah terlalu berNILAI keRAKYATan Pengerusi BERSIH 2.0 hingga usahanya untuk memporak-perandakan NEGARA pun langsung tidak mengHILANGkan taraf keWARGAnegaraannya?

- Apakah terlalu berNILAI otak Timbalan Presiden PAS itu yang semua MAKLUM sekolah takat mana sedangkan penagih DADAH yang telah INSAF dan menjalani pemulihan mungkin lebih berNILAI daripadanya?

- Apakah terlalu berHARGA Penasihat PKR yang terlalu 'PENAKUT' untuk menyaman pihak-pihak yang menDEDAHkan masalah SEKSUALnya itu hinggakan dia dibiarkan berMAHARAJALELA?

- Apakah terlalu KEBAL Bar Council yang banyak menyimpan para peguam yang sering mencabar Perlembagaan Negara hinggakan mereka tidak boleh diTEGUR apatah lagi diTUTUP terus walaupun sudah hilang fungsi ASAL penubuhannya?


Apakah tidak ada antara 27 juta orang warganegara Malaysia yang jauh lebih berNILAI dan patut dihargai kerana rela berKHIDMAT kepada Agama, Bangsa dan Tanah airnya ini? Apakah negara kita akan LINGKUP jika kita menyingkirkan unsur-unsur penyebab perPECAHan RAKYAT seperti yang dinyatakan di atas? Apakah perlu pihak berKUASA merujuk kepada pandangan pihak ASING berhubung hal-ehwal dalam negara sendiri? Apakah keKACAUan yang berpunca daripada BERSIH 2.0 akan mengUNTUNGkan negara hinggakan pihak berKUASA yang kita NYATAkan enggan mengHARAMkan sahaja BERSIH 2.0 seterusnya memerangi mereka ini semua? ->KLIK<-

HARAMkan sahaja dan serahkan kepada angkatan berSENJATA kita untuk memerangi musuh-musuh NEGARA ini seperti mana KOMUNIS diperangi.. Negara kita cukup aman, STABIL, maju dan MAKMUR selama 54 tahun hingga menjadi CONTOH kepada negara-negara lain.. Apakah sebabnya kita hendak mengHANCURkan kesemua penCAPAIan kita selama ini hanya kerana PERCAYAkan ayat-ayat pemBOHONGan mereka tersebut? Tidak cukupkah kita diJAJAH selama 300 tahun lebih akibat bersengketa hasil perMAINan 'DIVIDE and RULE' oleh kuasa-kuasa ASING? Apakah kita kali ini mahu mengULANGi penJAJAHan semula negara dengan memBIARkan mereka tersebut 'menJEMPUT' pihak ASING campur tangan KONONnya kerana atas nama HAK ASASI manusia, DEMOKRASI dan sebagainya?

Selama 54 tahun kita MERDEKA, adakah negara kita seperti Libya? Sudan? Mesir? Yaman? Adakah MAJORITI rakyat kita DHAIF dan terpaksa beratur panjang untuk menDAPATkan keperluan asas seperti rakyat Afghanistan? Jika tidak, apa lagi yang kita MAHU? Adakah kita MAHU mengGADAIkan apa yang kita perolehi hanya kerana kita PERCAYAkan pemBOHONGan mereka tersebut? Mereka hanya mahu KUASA dan demi menDAPATkannya, mereka tak KISAH pun kalau negara ini HANCUR dan berlaku perTUMPAHan DARAH.. Soalnya, apakah perlu RAKYAT berbuat demikian hanya untuk memuaskan NAFSU keBINATANGan mereka yang dimaksudkan? Tidakkah RAKYAT dah pun menZAHIRkannya menerusi 2000 lebih laporan POLIS terhadap BERSIH 2.0 ini? Apa lagi RAKYAT perlu buat? ->KLIK<-

Sebab itulah kita ULANGi, kenapa tidak diHARAMkan sahaja BERSIH 2.0 seperti mana KOMUNIS, Al Maunah, Al Arqam, dan HINDRAF? Demi warganegara Malaysia yang MAJORITInya cintakan keAMANan, HARMONI dan kesejahteraan, kita POHON sangat-sangat kepada DYMM SPB YDP Agong, Majlis Raja-Raja, Kerajaan Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengHARAMkan sahaja BERSIH 2.0!

Wallahualam..

2 comments:

zm.azami said...

asalam..

mohon izin untuk di letakkan di blog dan facebook saya.. demi kepentingan agama bangsa dan negara.

Kenn said...

Jadikan 9 Julai medan pertemuan di antara Melayu dan Melayu di tempat terbuka.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS