DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, October 18, 2011

BAJET 'Yakjuj Wal Makjuj' Lebai PAS Kelantan 2012 - Orang nak KURANGkan DEFISIT, diorang pergi TAMBAH pulak?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SeINGAT kitalah, semenjak Lebai PAS berjaya meRAMPAS Kelantan sejak tahun 1990, tidak pernah sekali pun kita DENGAR Kelantan negeri yang BEBAS daripada HUTANG.. Malah, seINGAT kita jugaklah, rasanya tak pernah pun DENGAR Rejim Pok Nik 'ALAIHISSALAM' di Kelantan berjaya menJADIkan Kelantan negeri BEBAS daripada DEFISIT.. Kalau cerita Pok Nik dan KUNCU-kuncu Lebai PASnya menjadi Yakjuj Wal Makjuj, menarah HABIS segala sumber alam di Kelantan daripada BALAK, pasir, lombong EMAS dan tanah melalui Projek Ladang RAKYAT, ada la!

Oleh itu kita tidak perlu HAIRANlah jika Belanjawan Negeri Kelantan 2012 sekali diJANGKA menyaksikan kadar DEFISIT bagi tahun 2012 meningkat kepada RM83.23 juta RINGGIT.. ->KLIK<-

HEBAT! HEBAT! Dalam pada Kerajaan Persekutuan berusaha untuk mengurangkan DEFISIT pada tahun 2012, Rejim Pok Nik di Kelantan pulak dengan 'CEMERLANG'nya meningkatkan DEFISIT kerajaannya kerana mungkin seperti jugak MODAL POLITIK orang TUA nih dalam isu HUDUD, jika DEFISIT Kerajaan Negeri meningkat, Pok Nik ada MODAL POLITIK untuk menyalahkan Kerajaan Persekutuan.. Tak gitu ke? HE!HE!HE!

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, HASIL tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM109.46 juta atau 25.44 peratus daripada keseluruhan jumlah HASIL Kerajaan Negeri.. Diikuti pulak perHUTANan yang menyumbang sejumlah RM118.51 juta atau 27.54 peratus daripada keSELURUHan jumlah HASIL.. Selebihnya pulak daripada RM254.94 juta yang diBIAYAi di bawah peruntukan negeri termasuk sebanyak RM113 juta daripada sumber PINJAMan.. (HE!HE!HE! Yang nih bukan duit daripada sumber Kerajaan Persekutuan ke Pok Nik? Tak padan dengan DOA pecah PERUT!)

Memang satu DUNIA tahu betapa Pok Nik nih memang BUTA langsung bab EKONOMI ini.. Kerja Pok Nik sehari-hari sebagai MB Kelantan pun selain makan GAJI BUTA ialah berFATWA memBANDINGkan siapa lebih ISLAM sesama umat ISLAM.. Namun demikian, Lebai-Lebai PAS dilihat berjaya menyembunyikan keLEMAHan Pok Nik ini dengan gambar-gambar 'ZUHUD' lagi 'TAWADUK'nya yang diSEBARkan secara meluas menerusi Facebook dan media INTERNET.. KONONnya dengan gambar-gambar 'FOTOGENIK' dia nih akan menyebabkan RAKYAT lupa keGAGALan dia meMAKMURkan negerinya selaras dengan ajaran ISLAM..

Pok Nik sebenarnya patut berSYUKUR pasal geng-geng satu SPESIS dengannya seperti Hosni Mubarak, Ghadaffi dan Ben Ali diTUMBANGkan sedangkan Pok Nik pulak masih KEKAL berKUASA.. Ini kerana Kelantan masih lagi berada dalam Persekutuan Malaysia sampai bila-bila (Insya-allah).. Bayangkan jika Kelantan sebuah NEGARA yang berASINGan dan begini caranya Rejim Pok Nik memerintah? Maunye Pok Nik jugak mengalami NASIB seperti rakan-rakan seDIKTATORnya seperti yang diNYATAkan.. Oleh itu, PENCEN ajela Pok Nik daripada berTANDING PRU-13.. Kot la Pok Nik terINGIN sejarah keJATUHan PAS di Kelantan tahun 1977 berULANG, tak tau la pulak.. Tanda-tanda tuh NAMPAKnya dah ada dah..

Akhir sekali, kita INGIN anda BACA pulak petikan TULISan Pengarah Institut Polisi Studi Dewan Pemuda PAS seperti yang diSIARkan dalam HARAKAH seperti berikut,

"Pihak kerajaan mampu mengurangkan kadar defisit melalui beberapa transformasi dalam aspek pendapatan dan perbelanjaan, khususnya melalui penambahbaikan sistem serahan dan kutipan cukai yang efisien serta peningkatan penguatkuasaan eksport-import di sempadan. Dalam aspek perbelanjaan, penjimatan boleh dicapai dalam kos perjalanan, penerbangan dan aktiviti latihan di luar negara serta meningkatkan kadar penggunaan aset kerajaan secara optima." ->KLIK<-

Pada kitalah, ada BAIKnya penulis berKENAan menyatakan perkara yang SAMA kepada Pok Nik dan KUNCU-kuncunya yang umpama Yakjuj Wal Makjuj dalam bab MENTEKEDARAH hasil Negeri Kelantan.. Terus-terang KATAlah, bab berJIMAT nih memang tak pernah WUJUD pun dalam amalan pengurusan EKONOMI puak-puak Yakjuj Wal Makjuj itu di Negeri Kelantan.. Bukankah DEFISIT Belanjawan Negeri 2012 yang diNYATAkan tadi BUKTI jelas penJIMATan Lebai-Lebai PAS ini hanya ada pada kepala LUTUT mereka aje? Jadik tengoklah DULU kePIMPINan kamu sebelum nak 'SOUND' kePIMPINan orang lain! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS