DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, October 07, 2011

LEMBU di tengah PADANG lagi bijak memBICARAkan tentang HUDUD daripada PROFESOR ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Secara JUJURnya, selain PROFESION seperti PEGUAM atau penasihat undang-undang, PROFESION pensyarah atau PROFESOR di IPT jugak sebenarnya antara PROFESION yang sudah diCEMARi dengan POLITIK di NEGARA ini.. Ini mengAKIBATkan etika dan PROFESIONALISME mereka yang sepatutnya diPANDANG tinggi sebaliknya akan menjadi begitu menJIJIKkan mengalahkan SAMPAH di lorong-lorong BELAKANG Pasar Chow Kit.. Dengan KATA lain, mereka tetap menJIJIKkan walaupun PROFESION mereka adalah sebagai golongan penDIDIK..

Inilah perUMPAMAan yang sesuai untuk diTUJUkan kepada seseorang yang menDABIK diri KONONnya sebagai pakar itu dan INI tetapi memBUAT kenyataan POLITIK yang sebegitu BODOH mengalahkan LEMBU di tengah PADANG.. Mungkin IPT yang meng'HIRE'kan mereka sebagai PROFESOR patut memikirkan jugak untuk meng'HIRE'kan jugak LEMBU di tengah padang sebagai TENAGA pengajar? Sekurang-kurangnya LEMBU di tengah padang tidak akan meROSAKkan minda-minda yang mahu menuntut ILMU dengan HATI yang TULUS dan IKHLAS seperti yang diLAKUkan oleh PROFESOR yang diMAKSUDkan ini.. Betul tak? HE!HE!HE!

Kita sebenarnya meRASAkan LUCU dan LAWAK apabila HARAKAH memetik kenyataan PROFESOR berikut sebagai berkata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dikenakan tindakan mengHINA Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana mengHALANG Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)..

"Tak kan pula surat yang pernah dihantar Perdana Menteri menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan ada tarikh luputnya. Perdana Menteri boleh dipanggil menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan kerana surat yang dihantar boleh disifatkan sebagai menghina keputusan Dun," ->KLIK<-

PERTAMA sekali, PROFESOR ini sepatutnya menyedari bahawa surat Tun Mahathir pada MASA itu sebenarnya adalah surat daripada seorang PEMIMPIN NEGARA kepada PEMIMPIN NEGERI berhubung bidang KUASAnya untuk meLAKSANAkan HUDUD! Dengan KATA lain, sebagai PEMIMPIN sebuah NEGARA, sudah tentu beliau 100% BERHAK untuk menghantar surat sedemikian kepada PEMIMPIN sebuah NEGERI yang berada di dalam NEGARA tersebut! Apakah PROFESOR ini sebegitu JUMUD hingga berANGGAPan kuasa melaksanakan undang-undang seperti HUDUD oleh DUN adalah melebihi peruntukan kuasa yang ada pada Kerajaan Persekutuan?

Untuk keSEKIANkalinya, kenapakah PROFESOR ini menyasarkan Tun Dr. Mahathir sebagai pengHALANG utama kepada HUDUD? Kenapakah PROFESOR ini tidak pulak menuduh kenyataan para PEMIMPIN di BAWAH ini jugak sebagai pengHALANG HUDUD seterusnya meLABELkan mereka jugak sebagai mengHINA keputusan DUN?

1) Kenyataan Karpal Singh 'Over my DEAD Body'

"We never agreed in principle to the legislation," he said at a press conference at his office here Sunday. We have nothing against PAS. On larger issues, we are on one mind.But we find that PAS' stand on HUDUD is inconsistent with the Federal Constitution," ->KLIK<-

2) Kenyataan Presiden PAS DS Hadi Awang 'HUDUD 0.0001%'

Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang diPETIK dari Berita Harian bertarikh 25 Disember 1999 mengatakan PAS mungkin melaksanakan HUDUD di Terengganu tetapi dalam akhbar Utusan Malaysia 7 Mac 2001, dia menyifatkan hukum HUDUD adalah 0.0001 peratus daripada hukum ISLAM dan mengakui bahawa PROSES untuk melaksanakan sepenuhnya hukum HUDUD memerlukan TEMPOH yang panjang.. ->KLIK<-

3) Kenyataan 'KHALIFAH Umar Abdul Aziz' Lim Guan Eng

"If there is any mention that we want to implement hudud law in our common policy framework and Buku Jingga, the party’s entire central committee will resign," .. ->KLIK<-

4) Kenyataan ULTRAKIASU Lim Kit Siang

Yang ini MENARIK.. Ada BAIKnya PROFESOR yang diMAKSUDkan itu baca sendiri kenyataan oleh Lim Kit Siang terhadapnya di dalam BLOG pemimpin DAP ini seperti berikut.. ->KLIK<-

5) Kenyataan Lim Chee Wee, Presiden BAR COUNCIL

"The law, as it stands, does not allow for the implementation of Hudud by the states. The Federal Constitution allows only the states to enact laws creating offences by persons professing the religion of Islam, against the precepts of Islam, and the respective punishments for such offences," ->KLIK<-

Perlaksanaan HUDUD sebenarnya memerlukan penubuhan sebuah Negara ISLAM sebagai SYARAT.. Sudah tentu HUDUD tidak wujud di negara DEMOKRASI seperti US, UK atau India dan jugak di negara KOMUNIS seperti Cuba, China atau Vietnam.. Jadik, KONSISTENkan kenyataan PROFESOR tersebut yang jugak seperti mana Pok Nik dok SALAHkan orang LAIN sedangkan PAS sendiri dalam MUKTAMAR terbarunya terang-terang membuang perjuangan Negara ISLAMnya dan diGANTIkan dengan Negara Kebajikan? ->KLIK<-

Malah Pok Nik sendiri menjelaskan menyatakan dia baru FAHAM maksud surah Al Baqarah menyebabkan perTUKARan Negara ISLAM jadik Negara Kebajikan! ->KLIK<-

Jadik, kalau Lebai-Lebai DUNGU dalam PAS sendiri menolak Negara ISLAM yang meRUPAkan elemen PENTING untuk perLAKSANAan HUDUD, kenapa pulak PROFESOR yang diMAKSUDkan itu beriya-iya BENAR nak menyalahkan orang lain hingga mengHASUT agar DUN Kelantan kenakan TINDAKkan mengHINA DUN? Dah BAHLOL sangat ke? Apa kata kalau Kerajaan Pusat bertindak perkara yang SAMA terhadap DUN Kelantan yang merupakan NEGERI dalam Persekutuan Malaysia?

Jelas SEKALI kenyataan PROFESOR ini di dalam HARAKAH adalah kenyataan SYOK sendiri, perasan BAGUS dan jugak BONGOK! Kita tertanya-tanya kenapakah ada IPT yang meng'HIRE'nya sebagai PROFESOR sedangkan dia lebih banyak berPOLITIK daripada menJALANkan TUGAS sebagai penDIDIK? Entah-entah berapa RAMAI pulak PROFESOR sepertinya di IPT-IPT seluruh NEGARA? Lebih sibuk berPOLITIK daripada benjalankan tugas HAKIKI? Apakah mereka ini INGAT dengan 'TITLE' PROFESOR di IPT menunjukkan mereka ini lebih BIJAK sedangkan di luar sana lebih RAMAI golongan PROFESIONAL yang jauh lebih HEBAT keLULUSan dan lebih PRAKTIKAL berbanding mereka ini? Sebab itulah LEMBU di tengah padang pun lagi BIJAK..

Kesimpulannya, jelas SEKALI timbulnya ISU HUDUD ini sebagai MODAL Pok Nik untuk KEKAL makan GAJI BUTA di Kelantan.. Cuba kalau dia kata nak PENCEN bertanding PRU-13, agak-agak LAKU lagi ke ISU HUDUD nih? HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS