DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, October 14, 2011

Ceramah tanpa TAULIAH - HARAMkan saja PAS dari negeri Selangor..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Rasanya BAHLOL pun tahu penguatkuasaan enakmen penTADBIRan ISLAM di negeri-negeri yang berSULTAN adalah terletak kepada bidang kuasa DYMM Sultan itu sendiri dengan diBANTU oleh MUFTI dan Majlis Agama ISLAM negeri.. Perkara ini bukanlah BARU.. Malah telah diPUTUSkan sejak dahulu lagi semasa NEGARA menuju keMERDEKAan menerusi pemBAHAGIan KUASA antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.. Dengan KATA lain, kalau BAHLOL pun TAHU tentang perkara ini, mereka yang TIDAK tahu atau SENGAJA buat-buat tak TAHU, patut 'SCAN' otaknya!

Dalam KONTEKS ini, terPULANGlah kepada setiap penTADBIRan Kerajaan Negeri untuk menentukan bagaimana hendak menguatkuasakan Enakmen atau undang-undang berKAITan ISLAM di negeri masing-masing.. Memang TIDAK diNAFIkan akan wujud perCANGGAHan antara negeri lain berhubung SOAL penguatkuasaan tetapi ianya TIDAK akan sesekali meLAMPAUi apa yang telah diPUTUSkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja.. Oleh yang demikian, tidak akan timbul perCANGGAHan dalam perkara POKOK berhubung agama ISLAM itu sendiri kerana ianya akan melalui BANYAK peringkat sebelum dikuatkuasakan..

Oleh itu, jika Kerajaan Selangor menguatkuasakan Enakmen yang mengatakan seseorang penCERAMAH agama ISLAM perlu menDAPATkan TAULIAH terlebih dahulu sebelum berCERAMAH, maka itu adalah HAK Kerajaan Selangor dan DYMM Sultan sebagai Ketua Agama ISLAM negeri.. Siapalah pulak Lebai-Lebai PAS seperti Bob Lokman atau Khalid GEREJA yang hendak menDAHULUi kuasa yang diAMANAHkan kepada DYMM Sultan untuk dikuatkuasakan? ->KLIK<-

Siapa mereka? Nabi SESAT yang terpaksa di'TURUN'kan dari LANGIT ke-7 ke? Atau mereka adalah para WALI yang baru diTAULIAHkan melalui pemakaian SELIPAR bergambar Pok Nik 'ALAIHISSALAM'? KAH!KAH!KAH!

Kalau kita ikuti sejarah ISLAM sekali pun kita akan DAPATi bahawa penguasa sesebuah WILAYAH bertanggungjawab terhadap urusan agama ISLAM di dalam WILAYAHnya.. Ini adalah selaras dengan tuntutan agama ISLAM itu sendiri agar tidak wujud perPECAHan di kalangan masyarakat terUTAMAnya hasil PENGARUH luar yang ingin meMUSNAHkan ISLAM itu sendiri.. Sudah tentu pada HARI ini umat ISLAM di Selangor tidak memerlukan seseorang seperti Bob Lokman atau Khalid GEREJA untuk memBEZA-BEZAkan keISLAMan seseorang mengikut fahaman POLITIK! Apatah lagi umat ISLAM di Selangor tidak pernah keKURANGan alim ULAMA yang mengANJURkan kepada perpaduan umat ISLAM secara JUJUR!

Jika mereka memandai-mandai mengatakan JAIS menguatkuasakan Seksyen 119 Enakmen PenTADBIRan ISLAM (Negeri Selangor) 2003 KONONnya atas kehendak UMNO/BN, dia sendiri pulak atas kehendak siapa yang memandai-mandai berCERAMAH tanpa keBENARan di tempat orang? Kehendak DAJAL Mata Satu dalam PKR yang terKANTOI dek DNAnya dalam JUBOR orang dan RAKAMan video SEKSnya dengan amoi Cina itu ke? Atau kehendak peMAKAN gaji BUTA yang tak reti-reti nak PENCEN daripada kerusi empuk MB di Kelantan? Apakah HAK dia nih untuk memperSOALkan HAK orang lain terhadap undang-undang di dalam negerinya? Kita SETUJU apabila ada pihak memperSOALkan tinggi mana ilmu atau keFAHAMan ISLAM seseorang seperti dia nih apabila dia mengatakan

"Saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja,"

Hek elehh... Nak 'BANTU'lah KONON! Kenapa tidak 'memBANTU' mereka yang terlibat dalam kes MURTAD di gereja DUMC itu agar mereka kenal Allah SWT dan kenal ISLAM tidak melalui nyanyian atau kertas SOALAN yang diEDARkan dalam gereja tersebut semasa 'Thanks Giving Day' tersebut? Atau mungkin lebih besar ganjaran dan PAHALA yang boleh dia dapat sekiranya dia 'memBANTU' puak-puak yang melolong atau berSORAK semasa KONSERT di I-City agar mengenal Allah SWT dan agama ISLAM? Yang NYATAnya, elemen 'Gila PUBLISITI' dan 'Gila GLAMOUR' yang diNIKMATi semasa bergelar ARTIS dahulu cuba diNIKMATi pulak KONONnya melalui CERAMAH atas platform POLITIK PAS pulak!

Seperti yang kita NYATAkan tadi, jika JAIS begitu sukar untuk menguatkuasakan Seksyen 119 Enakmen PenTADBIRan ISLAM yang memerlukan seseorang mendapat TAULIAH sebelum boleh berCERAMAH di Selangor, ada BAIKnya jika JAIS dan Mufti Selangor sendiri berMUZAKARAH untuk mengHARAMkan sahaja PAS di Selangor.. Apa GUNAnya diWUJUDkan enakmen sedemikian jika Lebai-Lebai PAS yang DUNGU kerap meLANGGARnya kerana berANGGAPan mereka lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain? Apa kata Dr. Hassan Ali agaknya? Mana dia lebih UTAMAkan, tanggungjawabnya sebagai EXCO Agama ISLAM atau PARTInya sendiri? HE!HE!HE!

Malah, sepatutnya Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri dah LAMA ambil keputusan mengHARAMkan PAS demi memelihara keSUCIan agama ISLAM itu sendiri! Ada BERANI? Atau Majlis Fatwa Kebangsaan pun 'GERUN' dengan tahap keISLAMan Lebai-Lebai PAS hanya dengan LIHAT betapa GAHnya jubah, betapa TEBALnya lilitan SERBAN, betapa LABUHnya purdah dan betapa PANJANGnya JANGGUT kambing Lebai-Lebai PAS itu semua? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS