DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, October 31, 2011

PPSMI - Akibat mengGUNAkan kepala LUTUT untuk berFIKIR melebihi kepala OTAK..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selepas berMATI-MATIan mengatakan KONONnya PPSMI menyusahkan para pelajar untuk memPELAJARi Matematik dan SAINS dalam Bahasa Inggeris, hari ini Kementerian Pelajaran dan MENTERInya terpaksa berGELUT pulak dengan usaha beberapa NGO untuk meneruskan PPSMI.. Yang menariknya, semasa diMANSUHkan dulu MENTERI yang sama menDAKWA mendapat SOKONGan RAMAI ibu bapa yang mahu PPSMI diMANSUHkan.. ->KLIK<-

Kenapa pulak hari ini JUMLAH ibu bapa yang menyokong PPSMI begitu SIGNIFIKAN? Apakah mereka ini dulu SETUJU tiba-tiba hari ini ubah penDIRIan kepada tidak SETUJU?

Dengan KATA lain, adakah PIHAK yang SENGAJA memBERIkan maklumat SALAH terhadap MENTERI Pelajaran semasa mahukan PPSMI diMANSUHkan dahulu? Apakah mereka yang mahu meMANSUHkan PPSMI ini bukan kerana mahu menDAULATkan Bahasa Melayu sebaliknya kerana 'DENDAM peribadi' terhadap mantan PM yang memperKENALkan PPSMI ini? Almaklumlah, antara penyokong TEGAR usaha meMANSUHkan PPSMI ini ialah seorang peSALAH POLITIK WANG dalam Pemuda UMNO.. Sedangkan dia sendiri manalah pernah BELAJAR di mana-mana SEKOLAH dalam NEGARA ini? Malah, kita rasa dia pun tak akan MASUKkan anak-anaknya ke sekolah TEMPATAN..

Kemelut PPSMI ini sebenarnya meRUGIkan institusi penDIDIKan NEGARA.. Kementerian tak RUGI, MENTERI Pelajaran pun HARAM tak RUGI apa-apa pun.. Yang RUGInya adalah anak-anak kita sendiri dan masa DEPAN mereka di NEGARA ini.. Objektif PPSMI adalah jelas - mahukan anak-anak kita menguasai MATEMATIK dan SAINS mengGUNAkan Bahasa Inggeris sebagai MEDIUM pemBELAJARan.. Sebaliknya, banyak PIHAK yang KHIANAT telah memutar-belitkan objektif PPSMI ini untuk menuduhnya sebagai TIDAK menDAULATkan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.. Sampai sekarang pihak yang diMAKSUDkan GAGAL memBUKTIkan pelajar asing dan TEMPATAN di NEGARA ini belajar Sains NUKLEAR, teknologi NANO atau Bioteknologi dalam Bahasa Melayu di IPT?

Soalnya, adakah sistem penDIDIKan vernakular yang diPRAKTIKkan di NEGARA ini sampai KIAMAT dan terpaksa diSOKONG oleh sesiapa yang menJADI kerajaan diLIHAT berjaya menDAULATkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan? Inilah perkara yang GAGAL diLIHAT oleh MALAUN-MALAUN yang menDAKWA diri mereka adalah pejuang BAHASA dan sebagainya.. Dah berapa KALI dah SLOGAN 'BAHASA Jiwa Bangsa' berkumandang, sebaliknya sampai sekarang Bahasa Melayu tidak menjadi MEDIUM pemBELAJARan untuk apa jenis SUBJEK di semua jenis sekolah? Sudah tentu MUSTAHIL untuk melihat Pak JANGGUT 'Saruman The WHITE' Sasterawan NEGARA mengajar SAINS atau MATEMATIK dalam Bahasa Melayu di mana-mana sekolah kerana dia lebih SELESA menjadi si GILA yang berDEMONSTRASI memBENCIkan kerajaan dalam segala segi!

Di manakah SILAPnya sistem penDIDIKan NEGARA? Apakah FAKTA yang dikemukakan oleh NGO yang menyokong PPSMI seperti PAGE tidak berASAS? ->KLIK<-

Di zaman GLOBALISASI yang memerlukan RAKYAT menguasai Matematik dan SAINS sebagai daya penahan, kita masih GAGAL meLAHIRkan ribuan SAINTIS yang diKAGUMi di peringkat antarabangsa.. Sistem penDIDIKan kita lebih banyak meLAHIRkan ahli-ahli POLITIK tahap SAMPAH yang meROSAKkan NEGARA dalam segenap aspek keHIDUPan.. Kalau nak kata mereka ini benar-benar menyayangi Bahasa Melayu, tak jugak? Cakap Bahasa Melayu pun tak berapa BETUL? Kalau BANGSA sendiri tak diSAYANGi, bagaimana pulak nak mengatakan diri sebagai pejuang BAHASA pulak? Atau semuanya demi POLITIK?

Kalau Kementerian Penlajaran boleh bersikap FLEKSIBEL terhadapu keWUJUDan sekolah-sekolah vernakular yang jelas mengetepikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kenapa pulak tidak dengan mereka yang menyokong PPSMI? Sekurang-kurangnya untuk subjek SAINS dan Matematik sahaja? Atau pun Kementerian Pelajaran patut mengADAkan SESI bersemuka dengan kedua-dua belah PIHAK yang menyokong dan memBANTAH PPSMI dalam satu SESI? Apabil keSEPAKATan tercapai, sekurang-kurangnya, TIDAKlah kita terjumpa perkataan ROJAK/YONG TAU FU/BUBUR ASYURA seperti berikut:-

1) 'Sophisticated'(BI) - Sofistikated(diBMkan) - Canggih(BM asli)
2) 'Conclution'(BI) - Konklusi(diBMkan) - Kesimpulan(BM asli)
3) 'Variety'(BI) - Variasi(diBMkan) - Kepelbagaian(BM asli)

Apakah ini bukti menDAULATkan Bahasa Melayu? Atau ini menunjukkan 'kerja MUDAH' para pakar BAHASA atau para pejuang BAHASA kita seperti Pak Janggut 'Saruman The WHITE' Sasterawan NEGARA? Me'MELAYU'kan istilah 'INGGERIS'? Bagaimana pulak dengan istilah di dalam SAINS dan Matematik? Apakah kita perlu menunggu mereka ini me'MELAYU'kan dulu istilah tersebut baru belajar SAINS dan Matematik atau kita belajar sulu SAINS dan Matematik baru me'MELAYU'kannya dan menDAULATkannya? Sendiri mau FIKIRlah.. Mungkin PM terLUPA nak 'men'1 Malaysia'kan Bahasa Kebangsaan kot?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS