DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, April 28, 2012

Adakah kerana KONFIDEN kekal berKUASA menJADIkan UMNO/BN keLIHATan BACUL?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..



Kita HARAPlah TIDAK ada apa-apa berlaku kat PWTC yang meRUPAkan HQ UMNO.. Lagipun ada PESTA Buku ANTARABANGSA di sana.. Takkan ACARA yang BAIK sebegitu pun nak diROSAKkan kerana ianya berlangsung di HQ UMNO? Apa pun UMNO memang BACUL seperti yang kita sebut tadi kerana GAGAL meMOBILISASIkan AHLI-AHLI mereka seRAMAI 3 JUTA orang itu.. 'GEMPAK' lebih masa PERHIMPUNAN AGUNG aje.. Itulah PADAHnya bila PEMIMPIN yang tahu SEJARAH PARTI sebaliknya MENANG JAWATAN dengan MENABUR DUIT diANGKAT sebagai KETUA! HE!HE!HE!

Oh ye.. BERANIkah UMNO/BN yang sekarang ini berKUASA sebagai KERAJAAN meLAKSANAkan PERKARA berikut? Rasanya dulu masa BERSIH 2.0 pun bukan MAIN banyak LAPORan POLIS tapi HARAM takde apa-apa TINDAKkan pun? MENTERI KDN menyorok kat MANA pulak kali nih?

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman bertujuan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan seperti Bersih 2.0, Perhimpunan Hindraf, Gerakan Mansuhkan ISA dan Gerakan Mansuhkan PPSMI.

Ia meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Berdasarkan pindaan itu, walaupun orang awam dibenarkan berhimpun secara awam tetapi pihak berkuasa boleh bertindak jika perlu bagi mengekang perhimpunan itu bertukar kepada demonstrasi jalanan.

Fasal 4, Rang Undang-Undang itu menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara; (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; (c) suatu protes jalanan; (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

1. Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

2. Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.

3. Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

4. Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.

5. Fasal , 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.

6. Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.

7. Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai

8. Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas
penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[3]

9. Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan

10. Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.



11. Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .
->KLIK<-

Kalau masa BERSIH 2.0 DULU pun MENTERI KDN GAGAL melakukan 'KeDAULATan UNDANG-UNDANG', apakah MENTERI KDN mampu meLAKUkannya kali ini? Memang BACUL!!... (Kasi BAKAR sikit).. HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

drrita said...

umno bukan bacul...org2 umno bukanlah bodoh seperti org2 pas ,pkr...
kalau najib kata berhimpun..tak mustahil 3 juta org umno pasti berhimpun...akan ade gelombang merah di ibu kota..gelombang ini akan lawan org2 kuning bershit...
pasti akan berlaku keadaan di bangkok..kumpulan merah lawan kumpulan kuning...pastinya huru hara lebih besar berlaku dan KL menjadi tidak aman...negara tidak stabil, akhirnya ekonomi tidak bagus...pelabur asing lari dan ekonomi jatuh merudum..inilah yang berlaku di thailand...mahukah tuan perkara itu terjadi di negara kita...?

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

drrita,

Kalau anda INGIN tahu, ITUlah yang sebenarnya diINGINkan oleh peRUSUH BERSIH dan ZIONIS Neo-CON di belakangnya..

Namun, anda jugak patut TAHU bahawa TARGET mereka UMNO, UMNO, UMNO dan UMNO 100X.. Jika anda ahli UMNO, anda patut menyahutnya secara berDEPAN.. Biar RAKYAT sendiri SAKSIkan dan meNILAIkan keBERANIan anda!

Anda kena INGAT bahawa ini adalah pePERANGan PERSEPSI semata-mata.. POLIS, DBKL dan semua penguatkuasa adalah MANUSIA dan RAKYAT.. Mereka pun akan LETIH jugak bila terpaksa menjadi BARISan HADAPAN untuk UMNO, UMNO, UMNO dan UMNO ini..

Seperti kita sebut sebelum ini, banyak cara yang lebih 'KREATIF' boleh anda lakukan.. Anda boleh aje mengHIMPUNkan 3 JUTA ahli anda itu depan RUMAH Penasihat PKR, peguam BETINA La'anatullah atau pun depan BAR COUNCIL? Anda BERHAK berbuat demikian kerana mereka memBURUKkan anda sebagai ahli UMNO!

Walau apa pun CARA, anda kena TUNJUKkan anda itu LAYAK menjadi PEMIMPIN untuk RAKYAT JELATA di NEGARA ini.. Sifat PEMIMPIN kot mana pun adalah BERANI.. Rasulullah SAW sendiri pergi berPERANG?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS