DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, October 29, 2014

Ada 'MALAUN' yang meLOLONG bila PEGUAM NEGARA 'TerIKTIRAF' DATUK Ibrahim Ali sebagai peJUANG ISLAM?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RINGKAS sahaja.. TAHNIAH diUCAPkan kepada DATUK Him (Ibrahim Ali) kerana secara TIDAK langsung telah pun diIKTIRAF oleh PEGUAM NEGARA sebagai peJUANG ISLAM di NEGARA ini.. Walaupun puak-puak peLAMPAU Kristian EVANGELIST ada menyatakan mereka MAHUkan DATUK Him ini diDAKWA di bawah AKTA HASUTan kerana dia ada mengANJURkan supaya KITAB 'BIBLE' yang mengGUNAkan NAMA Allah SWT dan telah diSEBARkan kepada UMAT Melayu/ISLAM itu diBAKAR.. Sebaliknya, PEGUAM NEGARA dalam ALASANnya untuk TIDAK menDAKWA DATUK Him telah menyatakan bahawa,


(ii) Kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Ibrahim Ali tidak terjatuh di bawah lingkungan definisi kecenderungan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah, sebelum sesuatu kenyataan itu dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut, kenyataan itu hendaklah dilihat secara keseluruhan dan tidak boleh dipisahkan daripada konteks di mana ia dibuat. Dato’ Ibrahim Ali membuat kenyataan itu di dalam konteks kejadian di SMK Jelutong. Apabila dikaji di dalam konteksnya secara keseluruhan kenyataan Dato’ Ibrahim Ali tidak tergolong sebagai kecenderungan menghasut.

Jelas Dato’ Ibrahim Ali bukan berniat untuk menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi hanyalah untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Hal ini boleh dilihat melalui ucapan beliau berbunyi:

"Ini bukan sentiment ataupun nak menimbulkan kekecohan agama tetapi ini mempertahankan kesucian agama Islam yang telah jelas dalam undang-undang."

Elemen di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan juga tidak dipenuhi kerana Dato’ Ibrahim Ali tidak mempunyai niat untuk menghina dan menimbulkan provokasi yang membolehkan ketenteraman awam tergugat.

Tiada juga kesalahan di bawah Seksyen 298 atau 298A Kanun Keseksaan yang telah dilakukan kerana Dato’ Ibrahim Ali jelas mempertahankan kesucian agama Islam. Tindakan pengedaran Bible secara percuma dan terbuka di luar perkarangan SMK Jelutong boleh menggugat akidah pelajar-pelajar Islam yang kurang pengetahuan agama mereka, jika mereka membaca Bible tersebut lebih-lebih lagi apabila ia mengandungi tulisan jawi.

Setelah mengambil kira fakta dan keterangan kedua-dua kes ini, Peguam Negara berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk kedua-dua kes ini dibawa ke Mahkamah ->KLIK<-

Ehh? Tak SANGKA pulak PEGUAM NEGARA sendiri telah mengIKTIRAF bahawa apa yang DATUK Him KATA itu berTUJUAN untuk memPERTAHANkan keSUCIan AGAMA ISLAM? TIDAKkah itu sekaligus memBUKTIkan bahawa DATUK Him ialah peJUANG ISLAM? Patutlah puak-puak peLAMPAU Kristian EVANGELIST mengGELUPUR sakan..


Kalau takat puak-puak peLAMPAU itu mengGELUPUR, kita FAHAMlah.. Namun begitu, ada jugak yang 'MALAUN' yang berada dalam PARTI NASONALIS Melayu/ISLAM tapi turut 'HANGIN' dengan kenyataan PEGUAM NEGARA yang TIDAK menDAKWA DATUK Him tadi.. Siapa lagi kalau bukan 'BOSS' Pemuda UMNO? Dia menyatakan bahawa,


"Saya dah buat pendirian berkenaan kes ini. Bagi saya ia berbaur hasutan. Saya tak setuju. Terpulang kepada Peguam Negara. Pandangan peribadi saya kalau buat kenyataan nak bakar kitab orang lain, itu adalah hasutan. Peguam Negara ada kebebasan untuk buat keputusan dari segi pendakwaan. Tetapi kalau ditanya saya adakah kenyataan itu menghasut? Sudah tentu," ->KLIK<-

KAH!KAH!KAH! Macam keBUDAK-BUDAKkan punya PERANGAI.. Nak KATA dia nih ARIF dalam perUNDANGan, dia bukan PEGUAM pun? Hanya BEKAS PENGANGGUR yang telah diBERIkan peluang menjadik 'BOSS' Pemuda UMNO aje? IRONInya, di manakah dia ini dalam ISU-ISU yang memerlukan pemBELAan daripada PEMIMPIN UMNO seperti ini?

  • ISU KALIMAH ALLAH SWT OLEH PUAK PELAMPAU KRISTIAN EVANGELIST
  • ISU GEJALA MURTAD, LGBT DAN PENGHINAAN TERHADAP ISLAM
  • ISU 'GENOCIDE' TERHADAP PALESTIN, ROHINGYA, SYRIA DLL
  • ISU TANAH REZAB MELAYU YANG SEMAKIN HILANG
  • ISU PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI KESULTANAN MELAYU



INDIVIDU seperti DATUK Him TIDAK akan MUNCUL pun jika UMNO sendiri tampil untuk memperJUANGkan ISU-ISU sebegini? MALANGnya, keMUNCULan INDIVIDU yang cuba memPERTAHANkannya pulak ditentang oleh 'MALAUN' ini? Dah MERENG ke OTAKnya?


'MALAUN' seperti ini BEBAS meLABELkan siapa sahaja di kalangan INDIVIDU seperti DATUK Him atau mana-mana PERTUBUHAN macam PERKASA, ISMA dan BANYAK lagi sebagai peLAMPAU, EKSTREMIS, pengHASUT dan sebagainya.. Namun begitu, bukan SEMUA RAKYAT ini boleh diperBODOHkan oleh dia dan KUNCU-KUNCU LIBERALnya di dalam UMNO.. Malah, UMNO perlu mengakui tanpa SOKONGan puak-puak seperti ini, dah LAMA dah UMNO tinggal BENDERA semasa PRU-13 dulu lagi.. Yang meMALUkan tuh, jika 'MALAUN' tadi PERASAN dia diSOKONG sangat oleh mereka yang KONONnya LIBERAL dan 'OPEN Minded', kenapa tak berTANDING aje di KL atau Lembah Klang ini?

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

Khairy harus menunjukkan pendirian yang jelas bagi pihak Pemuda UMNO. Kemanakah hilangnya taring Pemuda UMNO Malaysia kini?

maae said...

Geng malaun dalam Umno yang bukan berdiri atas platfom perjuangan mesti kita tolak.

Sudah masuk 'red alert' kerana pihak lain seperti Perkasa dan Isma bersama Ngo Melayu lain bangkit kerana provokasi melampau penkhianat kontrak sosial.

Melayu dan Islam di buli berbagai cara namun KJ terus bersandiwara.

Anonymous said...

Kaum Lain cakap macam-macam Melayu senyap aje,Islam dan Melayu kerapkali dipersoal, ada pula Melayu yang sokong mereka. ADa MP UMNO yang suruh ambil tindakan buta perut atau bodoh atau tali barut bangsa asing.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS