DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, August 21, 2010

Orang Melayu jadik mangsa PROVOKASI perKAUMan bukan sahaja kerana parti 'RASIS' KIASU, malah kerana MALAUN ini jugak..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau diteliti tentang isu-isu perKAUMan yang diMAINkan oleh orang-orang POLITIK di negara ini sepanjang 53 tahun kemerdekaan NEGARA, kita cukup YAKIN untuk mengatakan bahawa orang Melayu JARANG sekali menjadi pihak yang 'MEMULAKAN' sesuatu isu berbentuk perKAUMan.. Sebaliknya, orang bukan Melayu khususnya mereka yang mengANGGOTAi parti 'RASIS' La'anatullah yang sering didapati 'MEMULAKAN' sesuatu isu perKAUMan kerana mereka sebenarnya menentang BANYAK perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara yang diLIHAT menyebelahi orang Melayu.. Dengan kata lain, orang Melayu tak akan meMULAkan PROVOKASI perKAUMan sebaliknya PROVOKASI selalu dimulakan oleh mereka yang dimaksudkan..

Namun demikian, orang Melayu memang diAKUI akan berTINDAK-BALAS jika mereka mendapati sesuatu isu perKAUMan yang dimainkan sudah melampaui BATAS.. Tindak-balas orang Melayu itu pun bukanlah dengan kadar SEGERA, sebaliknya mereka akan melihat dan dah jenuh berSABAR, barulah mereka 'NAIK ANGIN' dan memBALASnya.. Terus-terang kita katakan, jika sampai TAHAP begini, tindak-balas orang Melayu sangatlah DAHSYAT dan mampu meLUMPUHkan negara ini kerana mereka adalah penduduk MAJORITI dan keSTABILan negara ini amat bergantung kepada orang Melayu.. Oleh itu, wajarlah satu bentuk 'penCEGAHan' dilakukan terhadap pihak yang GEMAR memainkan isu perKAUMan demi kepentingan POLITIK SEMPIT mereka..

Walaupun pihak Kementerian Pelajaran masih menyiasat punca SEBENAR, namun kita dapat RASAkan bahawa SENTIMEN perKAUMan yang melampau terhadap orang Melayu mungkin antara FAKTOR penyebab seorang pengetua berbangsa Melayu di sebuah sekolah di Johor membuat ucapan yang berBAUR perKAUMan dan dianggap menghina orang bukan Melayu oleh beberapa ahli POLITIK daripada parti 'RASIS' La'anatullah..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Secara peribadi, inilah AKIBAT yang akan dihadapi oleh orang bukan Melayu jika terus memBIARkan ahli POLITIK daripada parti 'RASIS' La'anatullah berterusan melakukan PROVOKASI perKAUMan terhadap orang Melayu.. Orang Melayu bukannya BODOH untuk sebegitu MUDAH meLUPAkan beberapa bentuk PROVOKASI perKAUMan yang dilakukan seperti di bawah terhadap AGAMA dan BANGSA mereka..

1) ISU lagu 'NEGARAKUKU'
http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

2) ISU tuduhan HINDRAF terhadap orang Melayu
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_9caee5e7-cabec5bb-7c789400-a2e7221c

3) ISU penggunaan nama ALLAH SWT oleh bukan Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

4) ISU perobohan kampung tradisi dan PREMIS Melayu di Pulau Pinang
http://www.ann.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=756:kampung-melayu-roboh-di-pulau-pinang&catid=25:nasional&Itemid=2

5) ISU pengHINAan terhadap Sultan-Sultan Melayu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_Karpal_Singh_dan_Sultan_Perak

Ini baru boleh dikira senarai 'AMAT PENDEK' provokasi yang dilakukan terhadap orang Melayu.. Kita pun tak LARAT nak senaraikan pasal dalam tempoh 6 bulan pertama, terlampau BANYAK bentuk PROVOKASI yang dilakukan atau 'DITAJA' oleh orang bukan Melayu menerusi ahli-ahli POLITIK daripada parti 'RASIS' La'anatullah.. Jadik, tak HAIRANlah jika berlakunya INSIDEN berbaur perKAUMan seperti di sebuah sekolah di Johor itu..

Apabila ini berlaku, UMNO mahupun PAS yang didakwa KONONnya mewakili orang Melayu tak akan MAMPU menahan keMARAHan mereka.. PAS sudah terbukti GAGAL menahan keMARAHan orang Melayu seperti apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977 -> Sejarah yang sangat diTAKUTi berulang oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM'.. Pada hari ini, UMNO pulak dilihat PENAKUT untuk membela orang Melayu kerana diperBODOHkan oleh Ketua PEMUDA PESALAH POLITIK WANG seperti dalam beberapa ISU sebelum ini.. Maka, tidak MUSTAHIL orang Melayu mengambil pilihan sendiri untuk menghadapi tekanan PROVOKASI perKAUMan terhadap mereka hingga menyaksikan beberapa INSIDEN seperti ini..

PESALAH POLITIK WANG ini terbukti antara beberapa INDIVIDU yang meROSAKkan hubungan orang Melayu dengan UMNO.. Orang Melayu KECEWA dengan UMNO apabila PESALAH POLITIK WANG ini sering membuat kenyataan MEDIA yang menyalahkan orang Melayu sendiri dalam beberapa ISU.. Ini berlaku kerana PESALAH POLITIK WANG ini terlalu ASING untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan orang Melayu di negara INI.. Orang Melayu memBENCInya kerana mereka semua maklum bagaimana MALAUN nih mencari HARTA dan PANGKAT dalam UMNO dengan hanya menjadi MENANTU kepada bekas PM.. Manakala pada orang bukan Melayu pula, mereka melihat MALAUN nih adalah BUKTI NYATA bahawasanya orang Melayu gemar mencari jalan MUDAH untuk mengumpul keMEWAHan..

PESALAH POLITIK WANG ini secara TIDAK langsung telah memberikan 'MODAL TAMBAHAN' kepada parti 'RASIS' La'anatullah untuk terus melakukan PROVOKASI dan menghasut orang bukan Melayu KONONnya para pemimpin Melayu cenderung menyalah-gunakan KUASA dan KORUP.. PROVOKASI ini terus berkembang hingga meliputi isu-isu 'SOVEREIGNITY' orang Melayu di negara ini dan jadiklah KEADAAN seperti apa yang kita LIHAT pada hari ini.. Ibarat kata pepatah Melayu "Seekor kerbau bawa LUMPUR, habis semua kerbau lain TERPALIT sama".. Kesiannya UMNO kerana GAGAL melihat ini..

Wallahualam..

2 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Tahniah satu penulisan yang cukup memberi kesan. Sesungguhnya di zaman Arwah Dato Harun menjadi ketua pemuda masyarakat melayu berasa sangat aman dan terpelihara begitu juga dengan masyarakat lain. Tapi sekarang orang melayu rasa khuatir dan cemas manakala bangsa lain rasa terpelihara dan bebas.

Kalau melayu say something KDN akan tunggu dengan segala macam akta termasuklah ISA, tapi kalau bangsa lain amaran,amaran dan amaran.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ketidakadilan untuk orang Melayu daripada orang Melayu sendiri..

Kalau ikut sejarah, kejatuhan Melaka, Sriwijaya, Patani dan Langkasuka pun disebabkan kes macam ini lah..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS