DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, October 08, 2011

BAJET 2012: Antara Kakitangan Awam dan pekerja SWASTA, Siapa jadi katak KEMBUNG & siapa jadi katak KERING?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita menyambut BAIK pembentangan BAJET 2012 semalam yang jelas meRUPAkan BAJET PRU-13 bagi menarik SOKONGan terhadap kePIMPINan DS Najib dan UMNO/BN khususnya.. Memang terlampau banyak IMBUHAN yang diBERIkan khususnya kepada KAKITANGAN awam.. Ini sudah tentunya untuk menarik SOKONGan 1.2 juta orang KAKITANGAN awam kepada kerajaan agar tidak muncul lagi manusia macam Cikgu Mala (calon PAS PRK DUN Tenang) dan ramai lagi KAKITANGAN awam yang menyokong PR secara sembunyi-sembunyi..

Kita jugak mengALU-ALUkan INSENTIF kerajaan terhadap PESARA, isi RUMAH berPENDAPATan bawah RM3000, golongan penDIDIK dan jugak para pelajar.. PenDIDIKan PERCUMA terhadap semua pelajar SEKOLAH memang dikatakan tindakan DRASTIK kerana tidak semua NEGARA di DUNIA ini mampu meLAKUkannya.. ->KLIK<-

Begitu jugak tentang peruntukan BESAR dan penekanan untuk meMAJUkan infrastruktur dan masyarakat luar bandar, ianya sangat diALU-ALUkan.. ->KLIK<-

Sudah tentu BAJET 2012 ini patut diLIHAT sebagai keSUNGGUHan DS Najib menarik SOKONGan RAKYAT di luar bandar agar KEKAL sebagai deposit tetap untuk keMENANGan UMNO/BN pada PRU-13 nanti..

Walaubagaimanapun, kita meRASAkan ada keKURANGan di dalam BAJET 2012 meskipun beberapa MEDIA dan juruBLOG lain tidak putus-putus memBERIkan 'BODEK'kan tahap langit ke-7 terhadapnya.. Antara keKURANGan yang kita RASAkan ialah ketidak-samarataan dan terdapat JURANG perBEZAan yang amat KETARA berhubung IMBUHAN atau pemBERIan terhadap KAKITANGAN awam dengan pekerja di sektor SWASTA.. Sudah tentulah IMBUHAN terhadap para pekerja SWASTA tidak diTENTUkan oleh pihak kerajaan.. Namun demikian, BAJET 2012 seakan-akan tidak memBANTU banyak mana pun golongan ini berbanding kakitangan AWAM sedangkan mereka jugak banyak menyumbang kepada pemBANGUNan NEGARA? Kenapa ye?

Semasa BAJET 2011, kita menyaksikan banyak IMBUHAN diberikan terhadap tauke-tauke, TAIKUN-TAIKUN dan 'Lanun-Lanun KORPORAT' di dalam GLC khususnya berhubung dengan keNAIKkan cukai perKHIDMATan.. Ini menyebabkan keNAIKkan kos SARA hidup RAKYAT tanpa mengira RAKYAT tersebut adalah KAKITANGAN awam atau pun pekerja SWASTA.. Dengan KATA lain, semua terBEBAN dengan keNAIKkan kos SARA hidup pada hari ini.. Sebaliknya BAJET 2012 dilihat meneruskan 'pemBERIan' terhadap tauke-tauke, TAIKUN-TAIKUN dan 'Lanun-Lanun KORPORAT' di samping menambahkan IMBUHAN sebanyak-banyaknya terhadap KAKITANGAN awam.. HABIS tuh pekerja SWASTA? Masuk angin keluar ASAP aje ke?

Kita tak HAIRAN orang akan berebut-rebut untuk menJAWAT jawatan KAKITANGAN awam walaupun sebagai KERANI.. Ini kerana penDAPATan KERANI di dalam sektor awam lebih LUMAYAN berbanding penDAPATan 'SUPERVISOR' dan mungkin jugak pendapatan JURUTERA di sektor SWASTA.. Semasa BAJET 2011 kita menDENGAR tentang istilah 'GAJI MINIMUM' yang KONONnya sebagai INISIATIF untuk membantu pekerja SWASTA.. Semalam semasa BAJET 2012, entah ke mana HILANGnya istilah tersebut? Begitu jugak dengan KONONnya istilah SKIM PENCEN untuk pekerja SWASTA? Agaknya dah diPADAMkan daripada DOKUMEN BAJET kot? Atau mungkin SOKONGan daripada pekerja SWASTA tidak diperlukan oleh DS Najib dan jugak UMNO/BN untuk PRU-13 berbanding SOKONGan daripada KAKITANGAN awam?

Kita PERCAYA keNAIKkan kos SARA hidup pada tahun 2012 tetap akan berlaku meskipun betapa BANYAKnya IMBUHAN diBERIkan terhadap KAKITANGAN awam.. Ini kerana BAJET 2012 patut diLIHAT sebagai 'memBERIkan DUIT untuk memBAYAR' bagi kos SARA hidup pada HARI ini, BUKANnya 'mengGUNAkan DUIT untuk mengurangkan' kos SARA hidup.. Dalam KONTEKS BAJET 2012, sudah tentu KAKITANGAN awam dah 'MAMPU' memBAYAR kos SARA hidup mereka pada HARI ini.. Yang terkial-kial berkerja tiga suku NYAWA untuk menyara keHIDUPan pulak sudah tentunya pekerja SWASTA yang tidak diBEZAkan pun dengan PATI dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan lain-lain.. Ada sesiapa yang KISAH?

Apa pun selepas pembentangan BAJET 2012, ianya akan diBAHASkan oleh para Wakil RAKYAT sebelum diLULUSkan.. Kita berHARAP sangat-sangat akan ada di kalangan YB yang mengemukakan apa yang kita BIMBANGkan dan kita NYATAkan dalam TULISAN ini.. Kot la para YB pun dah di'LALOK'kan dengan keNAIKkan ELAUN seperti yang diUMUMkan semalam, entah la.. Ye la.. Zaman LIBERAL macam sekarang ni pun DUIT adalah segala-galanya.. Tak gitu? Apa pun kita HARAPlah ucapan BAJET 2012 tidak lagi menjadi RETORIK seperti yang sudah-sudah.. ->KLIK<-

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

harap la yb kita berbahas dengan ilmiah penuh dengan kajian dan pandangan yang baik demi agama , dan negara. memang syok dapat duit, tapi masa hadapan negara juga penting.

harap kerajaan dapat bagi bajet kat sekolah lepas menghapuskan bayaran tambahan. duit bagi budak rm100, habis beli top up dan tengok wayang. lebih baik duit tu kasi sekolah, sekolah jangan kutip duit lagi daripada ibu bapa.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Memang itulah tugas seorang YB.. Dah berapa RAMAI dah YB yang jadik peMAKAN gaji BUTA selepas PRU-12, 2008 lalu?

Kita RASA kalau bagi kat SEKOLAH nanti ibu bapa jugak yang KOMPLEN.. Apa pun terpulangla..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS