DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, November 01, 2011

Antara dua jenis BAS dan perSAMAannya dengan orang POLITIK kita..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tadi kita SENGAJA balik ke rumah mengGUNAkan pengangkutan AWAM iaitu perKHIDMATan BAS.. Secara JUJURnya, kita dapati BAS Metro yang BURUK lebih EFISIEN dan menepati WAKTU berbanding BAS Rapid KL yang lebih BARU tetapi HARAM tak pernah 'ON Time'.. Untuk LALUan ke Hulu Kelang yang kita NAIKi tadi, keKERAPan BAS Rapid KL U2X hanya sebuah BAS dari pukul 7:20 malam hingga pukul 8 malam.. Sedangkan dalam tempoh MASA yang sama, BAS Metro sampai 3 buah melalui LALUan yang sama.. Kenapa jadik begini gamaknya?

Kisah dua jenis BAS di atas sebenarnya adalah satu perUMPAMAan secara keBETULan pulak dengan dua ENTITI POLITIK dalam NEGARA kita.. Satu daripadanya ialah UMNO/BN sementara satu lagi ialah PR yang terdiri daripada PAS + DAP + PKR.. Terpulanglah anda nak SAMAkan kedua-dua ENTITI POLITIK ini dengan mana satu jenis BAS yang diNYATAkan.. Apa yang penting ialah seperti mana perKHIDMATan BAS tersebut, yang manakah lebih EFISIEN dan memBERIkan KHIDMAT menepati kehendak RAKYAT yang memilih mereka.. Pernah tak anda terFIKIRkan sedemikian RUPA? Atau anda pun SPESIS memBUAT pilihan ikut SUKA?

Sebagai RAKYAT, adakah anda mahu ENTITI POLITIK seperti BAS Rapid KL yang CANGGIH, bersih dan mesra OKU berbanding BAS Metro yang BURUK, kotor tetapi sering tiba pada MASAnya? Ini semua berGANTUNG kepada suasana, SENARIO dan PERSEPSI anda semasa mengGUNAkannya.. Mungkin anda TIDAK ada PILIHan untuk ke DESTINASI anda UMPAMA anda TIDAK ada PILIHan untuk memilih ENTITI POLITIK yang dapat meYAKINkan anda.. Mungkin anda YAKIN hanya BAS itu PILIHan anda atas sebab-sebab yang diNYATAkan sama seperti anda memilih ENTITI POLITIK tertentu atas sebab-sebab yang anda YAKIN terhadapnya..

Dalam KONTEKS kedua-dua ENTITI POLITIK yang diMAKSUDkan, sebenarnya masing-masing TIDAK ada perBEZAan pun.. UMNO/BN yang berKUASA mungkin memPUNYAi keLEBIHan terhadap PR yang menjadi penCABARnya dalam PRU-13.. Namun demikian, PR yang BIJAK meMAINkan PERSEPSI dan SENTIMEN terhadap RAKYAT berhubung isu-isu tertentu nyata TIDAK boleh dipandang REMEH.. PerSAMAan yang KETARA antara kedua-dua ENTITI POLITIK ini hanyalah selepas PRU-12 lalu, TIDAK ada satu pun KHIDMAT mereka terhadap RAKYAT yang benar-benar memuaskan atau menCAPAI kriteria yang diCANANGkan sendiri oleh mereka!

Secara UMUMnya pulak, TIDAK ada satu pun antara kedua-dua ENTITI POLITIK yang dinyatakan BERANI menDABIK dada bahawa mereka telah 100% menunaikan keWAJIPan mereka terhadap RAKYAT selaras JANJI mereka semasa PRU-12 lalu.. Untuk setakat ini mereka saling TUDUH-menuduh dan cuba memperBODOHkan RAKYAT agar masing-masing diLIHAT lebih BAIK berbanding LAWANnya.. Sehingga hari ini memang TIDAK ada pihak yang dapat mengatasi pihak yang jadi LAWANnya.. Boleh diKATAkan keKUATan atau keMAMPUan kedua-dua belah pihak adalah seTANDING dan tidak ada yang meLEBIHi walau sedikit pun LAWANnya..

Dari sudut demokrasi, keADAan sebegini mungkin BAIK jika kedua-dua belah PIHAK menjadi pengIMBANG antara satu sama lain demi kePENTINGan RAKYAT.. Soalnya RAKYAT TIDAK melihat sedemikian terUTAMAnya apabila wakil-wakil RAKYAT dari UMNO/BN dan PR mengGUNAkan medan Parlimen sebagai tempat untuk berTEKAK menegakkan fahaman POLITIK masing-masing.. Malah, medan Parlimen jugak menjadi tempat untuk meNAFIkan salah laku ahli keluarga masing-masing.. Contohnya, ada CUCU pemimpin yang meRABA 'BREAST' wanita diBAHASkan di Parlimen.. Ada anak perempuan yang cuba memBERSIHkan BAPAnya daripada TUDUHan menJUBOR, jugak diLAKUkan di dalam Parlimen.. Soal RAKYAT, ke mana?

Menjelang PRU-13 nanti, RAKYAT perlu memikirkan seMASAK-masaknya perkara ini.. Apa GUNAnya memilih wakil-wakil yang menJADI mergastua SARKAS di Parlimen untuk diTONTON kelakuan mereka sedangkan mereka sepatutnya memikul AMANAH daripada RAKYAT? Sudah hampir hancur NEGARA ini diJAHANAMkan dek perMAINan POLITIK sebegini sedangkan TIDAK ada langsung MANFAATnya kepada RAKYAT? Dengan menjadi wakil RAKYAT, mereka secara automatik dapat PENCEN sampai ke mati walaupun mungkin mereka tidak LAYAK memikul AMANAH sedemikian seperti 'BABI Tonyok' di Kelana Jaya! Apa sumbangan dia yang berKESAN kepada RAKYAT?

RAKYAT jugak seharusnya MATANG dalam memilih wakil mereka yang diAMANAHkan untuk berCAKAP bagi pihak mereka.. PRU-13 seharusnya menjadi MEDAN pemBERSIHan untuk tidak lagi memilih wakil-wakil yang 'Tak SEKOLAH', 'penuh dengan masalah SEKSUAL', 'peSALAH POLITIK WANG' dan ramai lagi.. Seperti mana perKHIDMATan BAS Rapid KL dan BAS Metro, pengguna (RAKYAT) jugak wajar menDAPAT alternatif lain di antara kedua-dua perKHIDMATan BAS sedia ada yang jelas TIDAK mencapai 'STANDARD' perKHIDMATan BAS di NEGARA yang lebih MAJU.. Jangan sek-sok BAS di Bangladesh atau Indonesia lebih ELOK daripada BAS kita!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS