DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, December 05, 2012

Apakah hanya DS Najib aje yang perlu MINTA MAAF pada PAU 2012 lalu?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semasa PAU 2012 baru-baru ini DS Najib meWAKILi UMNO dan Kerajaan UMNO/BN secara terbuka telah meMINTA MAAF kepada RAKYAT..  Menurutnya,

"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. 
Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," ->KLIK<-

Malah diFAHAMkan DS Najib pernah meMINTA MAAF di atas perkara yang SAMA sebelum ini di Selangor dan Kedah.. Dalam KONTEKS perMOHONan MAAF tersebut, kita menyanjung tinggi atas sikap terBUKA dan besar HATI DS Najib.. SOALnya, adakah memadai dengan DS Najib sahaja untuk meMOHON MAAF? Bagaimana dengan kePIMPINan UMNO/BN yang lain? Tak rasa berSALAH ke? Apa KATA Ustaz Fathul BARI (UFB)?


DS Najib baru 4 TAHUN menjadi PM dan PRESIDEN UMNO.. PRU-13 adalah PRU PERTAMA DS Najib untuk berDEPAN dengan RAKYAT sebagai PRESIDEN PARTI dan KETUA Kerajaan.. Oleh itu, kita meRASAkan perMOHONan MAAF DS Najib terlalu AWAL kerana RAKYAT belum lagi memBERIkan peNILAIan atas dasar-dasarnya sebagai PEMIMPIN ketika ini.. Jadik? Atas sebab apa perMOHONan MAAFnya itu diLUAHkan semasa PAU 2012? Apakah DS Najib meMOHON MAAF kerana meWAKILi PARTInya yang telah berbuat keSALAHan semasa PRU-12 lalu? Baiklah, itu LOGIK untuk diTERIMA tetapi apakah itu keSALAHan dirinya? Apakah DS Najib penyebab UMNO/BN nyaris terSUNGKUR pada PRU-12 lalu?

PRU-12 lalu adalah penCAPAIan terBURUK UMNO/BN dalam SEJARAH setakat ini.. Rasanya RAKYAT semua MAKLUM siapakah PM dan PRESIDEN UMNO ketika itu.. Anda jugak MAKLUM apakah yang dasar-dasar kerajaan yang telah diLAKSANAkan semasa itu.. Kita bukan ingin mengUNGKIT semula KISAH lama.. Cumanya, DS Najib TIDAK patut menanggung BEBANAN kisah HITAM UMNO ini seorang diri sedangkan mereka yang sebenarnya patut dipertanggungjawabkan buat-buat PEKAK dan BUTA semasa PAU 2012 lepas.. Ya.. Siapakah sebenarnya orang yang patut dipertanggungjawabkan atas keKALAHan UMNO/BN semasa PRU-12 dahulu? Apakah orang itu pernah meMINTA MAAF?

IMBAS kembali.. Kita pernah mengHADIRi 'ROADSHOW' anak PEREMPUAN Penasihat PKR yang hari ini telah diLABELkan sebagai pengGALAK MURTAD semasa KEMPEN PRU-12 dahulu.. Lokasi 'ROADSHOW'nya itu di kawasan FLAT di Brickfield.. Di atas PENTAS dekat FLAT tersebut, UMNO diHENTAM teruk dan diEJEK dengan EJEKan 'Bapak MERTUA - MENANTU'.. Siapakah 'Bapak MERTUA - MENANTU' di dalam UMNO yang diEJEK oleh puak-puak 'PenJUBOR' PKR ketika itu? Anda TAHU siapa dan kita jugak MALAS nak SEBUT siapa.. Apa yang kita NAK tahu daripada ahli-ahli dan PEMIMPIN UMNO HARI ini ialah adakah orang yang diMAKSUDkan itu pernah ke meMINTA MAAF seperti DS Najib sebelum ini?

Pernah? Pernah ke? TIDAK.. Tak pernah DENGAR pun.. 'Bapak MERTUA' telah LAMA meLETAKkan JAWATAN seTAHUN selepas PRU-12.. 'MENANTU' pulak dah dapat JAWATAN tinggi dalam Pemuda UMNO semasa pemilihan PARTI tahun 2009 walaupun satu NEGARA tahu penCALONannya di peringkat CAWANGAN dan BAHAGIAN UMNO, dialah paling terCOROT.. Agaknya dia ingat dia BELAJAR kat kolej dalam Oxford, orang lain SEMUAnya BODOH kot? Sebaik sahaja dia diTABALkan sebagai 'BOSS' dalam Pemuda UMNO walaupun diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG, UMNO/BN berterusan menerima BADI keKALAHan dalam PRK sehinggalah BADI itu mula LENYAP selepas PRK DUN Bagan Pinang..


'Bapak MERTUA' dah 'RESIGN' sebagai PRESIDEN PARTI.. Hari ini DS Najib pulak meMOHON MAAF bagi PARTInya kerana PERSEPSI terlalu NEGATIF oleh RAKYAT terhadap PARTInya akibat PERILAKU orang tersebut sebelum dan selepas PRU-12.. Apakah orang tersebut yang kini menjadi 'BOSS' dalam Pemuda UMNO itu terGERAK HATI untuk meMINTA MAAF seperti DS Najib? Ada ke? Piiraahh! NAMPAK macam 2X5 aje dengan Penasihat PKR!

Mana ada.. LAHIR dia bukan dalam wilayah UMNO, dia masuk OXFORD pun bukan kerana UMNO.. Dia langsung tak terHUTANG BUDI dengan UMNO pun.. UMNO baginya hanyalah PLATFORM untuk dia mengejar KUASA, PENGARUH dan ke'GLAMOUR'an.. Tanpa UMNO pun dia boleh HIDUP dalam PARTI lain CONTOHnya seperti PKR kerana dia pernah menJADI pengHANTAR PASSPORT kepada Penasihat PKR dahulu.. Lagi pun IDEALISMEnya dalam UMNO hari ini pun diPENGARUHi oleh PKR, jadik UMNO atau PKR hanyalah seUMPAMA sebuah SYARIKAT untuk dia cari MAKAN.. Kalau dia dah MUAK dengan UMNO, dia pasti akan diBERIkan tempat dalam PKR, PAS atau DAP La'anatullah yang seALIRAN dengan pemikirannya!  

Wallahualam..    

2 comments:

dinturtle said...

Ramainya 'mark of zorro' dalam gambar tu sampai tak boleh nak cam sorang pun!

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PEROMPAK, PENYAMUN pun pakai ala-ala 'MARK of ZORRO' jugak..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS