DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, December 23, 2012

RAKYAT Palestin dan anggota Al-QAEDA tadah TANGAN berSYUKUR kerana Pok Nik tak jadik PEMIMPIN mereka..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita SEMUA tahu apa yang terjadi kepada RAKYAT Palestin.. Kita SEMUA tahu bagaimana ZIONIS meRAMPAS TANAH-TANAH milik RAKYAT Palestin dan menDIRIkan penempatan HARAM mereka.. Kita jugak TAHU bahawa ZIONIS nih amat-amat meMUSUHi ISLAM dan mereka TIDAK akan sesekali memuji AGAMA ini.. Namun, SEDAR tak anda bahawa RAMAI RAKYAT Palestin akan menadah TANGAN tanda keSYUKURan kerana Pok Nik 'ALAIHISSALAM' TIDAK pernah dan TIDAK akan menjadi PEMIMPIN mereka? Malah, kita PERCAYA jika RAKYAT Palestin mengetahui pe'el Pok Nik ini, mereka pasti akan MENOLAKnya 100%!

Apa yang tak kenanya dengan Pok Nik? Bukankah dia asyik berCAKAP pasal 'Isle.. Isle..' selama 24 X 7 (macam KERJA 'SHIFT' la pulak..)? Bukankah Pok Nik memperAKUI bahawa para PENGIKUTnya lebih ISLAM berBANDING 1.8 bilion umat ISLAM lain seluruh dunia? Bukankah Pok Nik jugak HEBAT sekali 'BerLAKON ZUHUD' untuk menawan HATI segelintir umat ISLAM yang MAK BAPAKnya tak ajar pasal ISLAM sejak kecil? Jadik, TIDAKkah Pok Nik sepatutnya menjadi PUJAan umat ISLAM, apatah lagi JUTAan RAKYAT Palestin yang sepatutnya mengHARAPkan Pok Nik untuk berJUANG bersama-sama?

RAKYAT Palestin menadah TANGAN keSYUKURan kerana Pok Nik TIDAK menjadi PEMIMPIN mereka.. Kalau para PEMIMPIN DAP La'anatullah yang mengHINA ISLAM pun Pok Nik boleh BERIkan TANAH beribu ekar berNILAI RM 30 juta di Hulu Kelantan, RASAnya tak mengHAIRANkan jika ZIONIS pun akan diBERIkan LAYANAN serupa seperti LAYANAN terhadap DAP La'anatullah oleh Pok Nik dalam bab pemBERIan TANAH.. ->KLIK<-




Lagi pun, banyak lagi TANAH yang diUSAHAkan oleh RAKYAT Kelantan boleh diRAMPAS ala-ala ZIONIS dengan ALASAN untuk dijadikkan Ladang RAKYAT! TAMBAHan pulak Pok Nik telah menabalkan seorang PEMIMPIN PKR yang PRIHATIN terhadap 'SECURITY' Israel sebagai 'Manusia ANUGERAH Tuhan'.. Lagi RAMAI RAKYAT Palestin berSYUKUR pasal terSELAMAT dari BAHAYA bukan sahaja dari ZIONIS malah saki-baki umat Nabi Luth AS!


Begitu jugak dengan Al-QAEDA.. Mereka jugak berSYUKUR pasal Pok Nik tak jadik PEMIMPIN mereka.. Ahli-ahli Al-QAEDA pun RISAU kalau Pok Nik jadik PEMIMPIN mereka, asyik nak kena masuk ICU atau CCU kat HUSM aje.. Silap-silap kalau diSURUH LETUPkan diri sendiri pun maunya kena 'EMERGENCY' kat HUSM dulu! Kita PERCAYA ahli-ahli Al-QAEDA TIDAK akan mudah terPESONA dengan 'LAKONan ZUHUD' Pok Nik seperti yang sering diRAKAM oleh para PENGIKUTnya.. Para PEMIMPIN Al-QAEDA jugak sering diRAKAM 'BerLAKON ZUHUD' sebagai satu bentuk DAKYAH, tetapi TIDAKlah seHEBAT Pok Nik..

SAMA seperti para PENGIKUT Pok Nik iaitu Lebai-Lebai DUNGU PAS, Al-QAEDA jugak sering menDAKWA perJUANGan mereka lebih ISLAM berBANDING umat ISLAM lain.. Namun demikian, RAMAI ahli-ahli Al-QAEDA menadah TANGAN keSYUKURan kerana mereka TIDAK perlu menJADIkan ISTERI mereka sebagai 'GADAIan' seperti umat ISLAM yang nak 'APPLY membership'  sebagai TOTOK PAS! Uish.. BAYANGkan kalau Pak-Pak ARAB yang jadik ahli-ahli Al-QAEDA terpaksa berbuat demikian? TAMBAH pulak Pak-Pak ARAB nih memang HEBAT bab POLIGAMI.. Tak ke MENGAMUK mereka nanti kalau kena buat macam tuh? ->KLIK<-


Sebab itulah kita PERCAYA Pok Nik TIDAK sesekali akan diIKTIRAF sebagai Mursyidul AM untuk Al-QAEDA atau pun oleh RAKYAT Palestin.. Pada mereka, lebih BAIK SYAHID berHADAPAN dengan MUSUH yang NYATA daripada mati KATAK kerana keBODOHan PEMIMPIN sendiri.. Yang TERUKnya tuh, kalau PEMIMPIN sendiri mengKHIANATi para PENGIKUT dan RAKYATnya sendiri.. 

- SeTERUK-TERUK para PEMIMPIN Palestin, mereka TIDAK akan menyerahkan seINCI pun TANAH kepada ZIONIS? 

- SeTERUK-TERUK Al-QAEDA, sekurang-kurangnya ISTERI mereka jadik JANDA jika mereka terBUNUH, bukannya jadik JANDA kerana langgar BAI'AH?

Oleh itu jika pe'el Pok Nik ini diDEDAHkan kepada RAKYAT Palestin dan Al-QAEDA, kita PERCAYA mereka akan menadah TANGAN keSYUKURan kerana TIDAK berPEMIMPINkan Pok Nik.. Selepas itu mereka akan GELAK berguling-guling KETAWA kerana melihat keDUNGUan para PENGIKUT Pok Nik iaitu Lebai-Lebai DUNGU PAS! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS