DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, December 29, 2012

Bila 'BOSS' Pemuda UMNO berbicara 'KOSONG' pasal REBAT Phone 3G RM200..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Kita terTARIK dengan ISU REBAT RM200 untuk 'Smart PHONE' yang ASALnya diGEMBAR-GEMBURkan oleh MEDIA PR iaitu Malaysiakini diSAHUT oleh 'BOSS' Pemuda UMNO untuk MODAL POLITIKnya dan di'HANGGUK' oleh beberapa kerat juruBLOG yang terHUTANG 'BODY' dengannya.. ->KLIK<-

Sebelum kita menambah-nambah CERITA, ada BAIKnya anda TAHU bahawa sememangnya WUJUD satu macam 'PROCESS FLOW' yang KHUSUS untuk mengHENTAM DS Najib dan Kerajaan UMNO/BN jika WUJUDnya sesuatu keRAGUan dalam DASAR kerajaan.. 'FLOW'nya berPUTAR antara Malaysiakini, 'BOSS' Pemuda UMNO dan juruBLOG yang diTAJAnya.. OBJEKTIFnya? Apa lagi kalau bukan untuk TIBAI DS Najib dan penTADBIRannya dekat-dekat PRU-13..

OKlah.. KeLEMAHan dalam perLAKSANAan DASAR memang sentiasa WUJUD.. Soalnya bagaimana pihak yang berKENAan mahu memperBAIKInya.. Adakah dengan mengKRITIK senada dengan MUSUH atau secara lebih berHEMAH sebagai SAHABAT? Dalam KONTEKS 'BOSS' Pemuda UMNO, mungkin dia meROYAN pasal tak puas HATI tak dapat JAWATAN dalam KABINET.. Sebab itulah kerjanya menyahut apa sahaja yang diLONTARkan oleh Malaysiakini untuk diLEMPARkan kembali kepada Kerajaan UMNO/BN.. Sedangkan BANYAK cara lain yang lebih berHEMAH sebagai anggota PARTI untuk 'SOUND' kerajaannya..

REBAT RM200 ni sebenarnya apa tujuannya? Kalau ikut apa yang DS Najib KATA masa pemBENTANGan BAJET 2013 dulu, tujuannya untuk memBERIkan AKSES kepada maklumat melalui perKHIDMATan 3G kepada golongan BELIA umur 21 hingga 30 TAHUN berpendapatan BULANan RM3 ribu ke bawah.. Kerajaan berHABISan RM300 juta untuk tujuan ini aje.. Ianya diMANFAATkan bagi keMUDAHan 1.5 juta orang BELIA mengAKSES maklumat di alam SIBER.. 


REBAT RM200 tuh tak banyak mana ke untuk 'SMART Phone'? Kalau ikut STATUS dan 'LIFESTYLE' ala-ala 'BOSS' Pemuda UMNO, betulla kot! Almaklumlah, berapa KERAT sangatlah BELIA umur 21 hingga 30 TAHUN seMEWAH 'BOSS' Pemuda UMNO? Cuba kita KIRA..

RM200 X 1.5 juta BELIA = RM300 000 000

Jadik menepatilah apa yang diJANJIkan oleh DS Najib semasa BAJET 2013.. Tak BAIK lagi ke tujuan kerajaan nih? BURUK sangat ke? Ooo.. TIDAK BURUK cuma secara tiba-tiba pulak diKATAkan SKMM telah menetapkan harga 'Smart PHONE' bagi tujuan ini berHARGA RM500 ke bawah.. Eh? Tak ada ke harga sedemikian? Kalau menurut SKMM ada sekitar 23 MODEL yang masih dalam PASARan.. Jom kita pakat 'CHECK' kat kedai Low Yat.. ->KLIK<-


Ha'ah.. Ada la.. Err... CIKAI sangat ke? Tak 'TRENDY' macam MODEL terkini SAMSUNG Galaxy Note 2 ke? Amboi.. Dah ada REBAT RM200 cuma kena bayar RM300 aje? BerSYUKUR la.. Kalau nak lebih-lebih, apa KATA mintak 'BOSS' Pemuda UMNO dan para BARUAnya yang berMAHARAJALELA kat GLC macam Teraju tuh tolong SPONSORkan? Mereka SEMUA tuh dah lama dah MEWAH hinggakan nak beli SAHAM ECM Libra pun ada 'KAWAN' tolong PINJAMkan duit!


Apa? Kena ada PAKEJ 'BROADBAND' sekali? Yang tu RASAnya takde diSEBUT pun oleh DS Najib masa pemBENTANGan BAJET tetapi SKMM ada menyatakan mereka akan menyediakan SENARAI penyedia perKHIDMATan 'BROADBAND' selepas 1 Januari 2013.. Jadik, apa KATA kita tunggu dulu harinya? ->KLIK<-

Lagipun hari ini semakin banyak AKSES Wi-Fi boleh didapati walaupun di kampung-kampung.. CADANGan untuk 'BUNDLE'kan sekali dengan PAKEJ 'BROADBAND' patut jugak diperTIMBANGkan cuma masalahnya adakah 'KAWAN-KAWAN' baik 'BOSS' Pemuda UMNO dalam syarikat TELCO akan SETUJU? Nanti terKURANG pulak SPONSOR untuk PRU-13 karang, MENGAMUK pulak! HE!HE!HE!

Apa pun kita berHARAP sangat agar pihak SKMM turun padang memantau perLAKSANAan apa yang diINISIATIFkan oleh DS Najib semasa pemBENTANGan BAJET 2013 lalu.. Ini penting agar FAEDAHnya benar-benar diNIKMATi golongan SASARan bukannya golongan yang MEWAH dengan menJADIkan UMNO/BN sebagai PLATFORM keKAYAan seperti 'BOSS' Pemuda UMNO dan para BARUAnya dalam GLC-GLC.. Lagi pun, REBAT RM200 untuk golongan BELIA pada peringkat umur dan pendapatan sedemikian memang memBANTU.. Kalau diFIKIRkan secara LOGIK, keBANYAKkan golongan ini baru mula masuk alam peKERJAan dan perlu diBANTU.. Bukan macam 'BOSS' Pemuda UMNO dan para BARUAnya yang MEWAH secara tiba-tiba!

Kita PERCAYA menjelang PRU-13 nanti memang akan wujud pihak yang sentiasa akan menSABOTAJ segala usaha DS Najib dan kerajaannya.. Yang JELIK tuh, kalau SABOTAJ tuh datang dari musuhnya seperti puak-puak PR, kita FAHAM la sangat-sangat.. MALANGnya ada jugak yang datang dari pihak yang dah 'KEMBONG PEROT' selama ini atas PLATFORM UMNO tetapi tak puas hati pasal NAFSUnya masih tak diPENUHi.. Itu yang masalahnya.. Belum masuk lagi bab kakitangan kerajaan yang menSABOTAJ usaha MURNI kerajaan sendiri? MUSUH kat luar tuh bukannya KUAT mana pun tetapi mereka akan berjaya jika MUSUH dari dalam yang meROSAKkan apa yang diUSAHAkan selama ini..    

Wallahualam.. 

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS