DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, August 04, 2011

MB GAGAP patut berTANGGUNG-JAWAB kes JAIS serbu GEREJA yang adakan majlis buka PUASA!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita pada mulanya terGAMAM jugak apabila membaca BERITA tentang serbuan JAIS ke sebuah gereja di Damansara yang mengANJURkan majlis berbuka PUASA dengan keHADIRan seramai 12 orang ISLAM.. Tindakkan JAIS menyebabkan BANTAHan daripada ramai pemimpin POLITIK bukan Melayu/ISLAM samada daripada komponen BN dan jugak PR.. Berlaku jugak sesi tuding-menuding JARI yang kelihatan sangat BODOH antara pemimpin PKR dan UMNO menyebabkan pertelingkahan yang menCEMARkan bulan Ramadhan ketika ini..

Beberapa pemimpin Melayu PKR yang DUNGU menyalahkan UMNO kerana menDAKWA tindakkan JAIS berikutan para pefawai JAIS diLANTIK oleh Kerajaan Pusat.. Manakala para pemimpin UMNO pulak memBALAS dengan menyatakan bidang kuasa JAIS terTAKLUK kepada kuasa Kerajaan Negeri Selangor yang sudah TENTUnya di bawah bidang kuasa MB GAGAP dari PKR.. Soalnya, adakah MB GAGAP tahu dan ARIF bidang KUASAnya sebagai ketua sebuah kerajaan NEGERI? Atau selama ini dia mengikut aje 'ARAHAN' daripada 'Lord Of UNDERWORLD', sekutunya dalam DAP La'anatullah untuk memerintah Selangor?

PenJELASan daripada Exco Hal Ehwal Agama ISLAM, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri iaitu Dr. Hassan Ali ternyata lebih mengKUSUTkan keadaan sedia ada.. Ini kerana dia menyatakan pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS memperoleh bukti wujudnya percubaan meMURTADkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.. Menurutnya, MAKLUMAT yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang ISLAM pada majlis berbuka PUASA di gereja berkenaan.. ->KLIK<-

Mereka yang 'diCEKUP' diarahkan untuk mengHADIRkan diri di bahagian penguatkuasaan JAIS untuk siasatan LANJUT di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995..

Di sini sahaja kita meLIHAT betapa KUCAR-KACIRnya penTADBIRan negeri Selangor di bawah MB GAGAP.. Punyalah banyak MASJID, ada ke patut diadakan majlis berbuka PUASA dalam gereja? Nabi SAW pernah ke buat begitu? Siapala yang BONGOK sangat nak adakan di tempat IBADAT agama LAIN sedangkan begitu banyak HOTEL, restoran dan kedai mamak sudi menerima TEMPAHAN untuk majlis sedemikian? Atau semua PREMIS yang boleh diGUNAkan dah diTUKAR jadik rumah URUT atas ARAHAN 'Lord Of UNDERWORLD' GAMAKnya? Terus-terang katalah, seteruk-teruk MB Selangor dari UMNO tak pernah pun mereka meLAKUkan pengHINAan sedemikian rupa terhadap ISLAM!

Nampak sangat MB GAGAP ini tak reti menTADBIR sebuah negeri seperti Selangor.. Banyak sangat 'TAIK' yang telah dia buat terhadap RAKYAT Selangor daripada isu tanah YBK, pemindahan KUIL di Shah Alam, penLANTIKkan SUK, pemBEKALan air dengan SYABAS, kegiatan KOREK pasir, rumah URUT dan jualan ARAK secara terbuka, konsert di I-City dan banyak lagi.. Yang NYATAnya, keSEMUA isu yang diNYATAkan jelas meRUGIkan umat Melayu/ISLAM di Selangor! Inilah PADAHnya apabila MB GAGAP meLETAKkan agama ISLAM di 'KEPALA LUTUT'nya apabila menTABDIR Selangor.. Lepas nih apa pulak yang nak JADIK, kita pun tak TAHUla.. Memang SIAL betullah si GAGAP nih!

Kenapa MB GAGAP yang perlu berTANGGUNG-JAWAB? Habis? Kalau bukan dia, siapa lagi? Dr. Hassan Ali adalah EXCO di bawahnya.. Kita jugak PERCAYA pihak gereja jugak sudah tentu akan meMINTAnya campur tangan dengan menDESAK menerusi para pemimpin bukan ISLAM dalam PKR dan DAP La'anatullah.. Ini bukan PERKARA baru kerana sebelum ini pun kita pernah meLIHAT bagaimana ADUN Serdang masuk ke tempat IMAM masjid untuk ber'TAZKIRAH' tanpa berPAKAIan sepatutnya dan bagaimana MP Shah Alam sanggup masuk ke gereja KONONnya nak 'berDAKWAH'! Siapakah yang jadik 'BOSS' kepada mereka SEMUA ini di Selangor kalau bukan si GAGAP tuh?

Anda telah meLIHAT sendiri bagaimana ROSAKnya Selangor di bawah penTADBIRan MB GAGAP.. Yang menerima AKIBATnya sudah tentulah orang Melayu/ISLAM yang meRUPAkan penduduk MAJORITI di Selangor.. Apakah perlunya berDIAM diri terhadap keGAGALan si GAGAP ini jika MARUAH anda sebagai orang Melayu/ISLAM diinjak-injak sedemikian RUPA?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS