DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, August 28, 2011

Wujudnya SPESIS 'Otak LEMBU' dalam PAS kerana kita sendiri ENGGAN gunakan OTAK..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita pernah sebut sebelum INI bahawa tidak ada apa pun yang diBOLEH diBANGGAkan dalam PAS apabila mereka memilih 'Kaki BORAK Tepi Jalan' sebagai Timbalan Presiden parti mereka.. Malah, kita jugak pernah menyebut bahawa antara 3 calon Timbalan Presiden semasa pemilihan PAS lalu, 'Kaki BORAK Tepi Jalan' inilah yang paling tidak LAYAK menjadi IMAM Solat.. Siapa dia dan apa sumbangannya kepada PAS sendiri? Dalam KONTEKS yang lebih besar, apakah sumbangan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini kepada perkembangan ISLAM di negara kita hingga Lebai-Lebai DUNGU dalam PAS meRASAkan dia LAYAK sebagai Timbalan Presiden parti?

Apa keLEBIHan dia selain terBABIT dalam beberapa KONTROVERSI seperti kes KHALWATnya di bilik 121 Hotel Perdana, kes LESAP duit Tabung Memali dan kes KELENTONG tak menJADInya terhadap pihak POLIS semasa rusuhan HARAM BERSIH 2.0 lalu? Kali ini 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini telah mengHINA keluarga mangsa TRAGEDI Bukit Kepong dengan menDAKWA Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota KOMUNIS adalah HERO sebenar, bukannya 25 anggota POLIS dan keluarga mereka yang memperTAHANkan diri dalam serangan di balai polis itu.. ->KLIK<-

Pada kitalah, 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini manalah ada OTAK? Oleh itu, tidak HAIRANlah kenyataan yang keluar dari MULUT 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini 100% adalah SAMPAH dan meRUGIkan PAS itu sendiri.. Siapa dia yang nak mengAGUNGkan pemBUNUH seperti Mat Indera dan Goh Peng Tun? Apakah tindakkan Mat Indera dan Goh Peng Tun itu adalah meRUPAkan dasar perjuangan PAS itu sendiri? Semua sedia maklum bahawa tragedi Bukit Kepong menyaksikan bukan sahaja anggota POLIS dan orang-orang kampung yang diBUNUH, malah kaum wanita dan anak-anak KECIL jugak turut diBAKAR hidup-hidup dalam Balai Polis tersebut.. Apabila 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini menyokong tindakkan sedemikian, seHARUSnya RAKYAT mengANGGAP bahawa PAS ini jugak adalah seKEJAM itu..

Secara JUJURnya, bantahan demi bantahan melalui MEDIA tidak menCUKUPi.. Malah, kita jugak berANGGAPan laporan POLIS terhadap kenyataan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini tidak akan ke mana pun.. Sedangkan 4 ribu lebih laporan POLIS terhadap BERSIH 2.0 pun tak TAHU apa cerita? Pengerusi SPR pun masih lagi nak 'BERCEMOLOT' dengan pertubuhan HARAM itu walaupun mereka menjadi MANGSA? Jadik, apa yang anda HARAPkan dengan menZAHIRkan bantahan melalui MEDIA dan laporan POLIS? Pihak yang berBOHONG dan memFITNAH langsung lepas BEBAS hinggakan seolah-olah NEGARA ini sudah tidak ada undang-undang.. Tak percaya, SILAlah rujuk kepada 'Menteri AMARAN' yang jugak sepupu PM kita tu...

Memang WAJAR untuk banyak PIHAK khususnya warga ATM, POLIS, Wataniah, RELA dan banyak lagi merasa terHINA dengan kenyataan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang jugak Timbalan Presiden PAS itu.. Mungkin tindakan MAHKAMAH boleh diambil samada terhadap 'Kaki BORAK Tepi Jalan' itu atau parti PAS yang menaunginya.. Namun, proses sedemikian agak PANJANG dan kita PERCAYA banyak 'Kaki PUTAR Alam' dalam BAR Council akan memihak kepada mereka ini KONONnya atas nama Hak ASASI Manusia.. Apa pun, tak SALAH untuk menCUBA.. Cumanya, kita secara PERIBADI mengHARAPkan agar pihak yang lebih berKUASA seperti YDP Agong dan Majlis Raja-Raja memandang SERIUS kenyataan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' tuh.. Ianya jelas satu bentuk penDERHAKAan terhadap NEGARA!

Malah, kita jugak mengHARAPkan warga ATM, POLIS dan lain-lain mengGUNAkan UNDI mereka dengan cara lebih EFEKTIF jika mereka merasa terHINA dengan kenyataan tersebut.. Kita jugak agak KECEWA melihat SEGELINTIR warga ATM, POLIS dan lain-lain yang telah berSARA sanggup pulak berSEKONGKOL dengan puak yang mengHINA mereka sendiri.. Bukan RAHSIA untuk dinyatakan banyak warga ATM dan POLIS yang berSARA telah masuk POLITIK dan ada yang menjadik calon PAS.. Cuba TANYA PM kita sendiri Jeneral PENCEN mana yang melawan beliau di Parlimen Pekan pada PRU Mac 2004? Itu sahaja dah memBUKTIkan bagaimana warga ATM dan POLIS yang telah berSARA sanggup 'BERCEMOLOT' dengan pihak yang mengHINA mereka selama ini..

WUJUDnya manusia seperti 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini adalah kerana kita sendiri memBERIkan RUANG untuk mereka berNAFAS.. Ramai antara kita seolah-olah 'SEGAN' dengan parti yang menaunginya KONONnya parti PAS itu dilihat ISLAM sedangkan PAS sebenarnya tidak ada perBEZAan KETARA pun dengan parti LIKUD di Israel atau BJP di India? Mentaliti kita sendiri yang memBERIkan PERSEPSI yang SALAH terhadap PAS apabila mengANGGAP mereka 'Lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain'.. SeTAHU kitalah, tak ada siapa pun penyokong PAS atau pemimpinnya yang dah ARWAH kembali hidup dan menCERITAkan dia cium bau SYURGA kerana menjadi ahli PAS? Jadik? Salah siapa kalau kita sendiri ENGGAN bukak mata untuk melihat REALITI sebaliknya nak hidup dalam KHAYALAN?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS