DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, October 25, 2011

Profesor 'CHAP AYAM' berMAHARAJALELA kerana ada MUSANG berBULU AYAM dalam kabinet DS Najib..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kadang-kadang kita tak FAHAM dengan beberapa 'MALAUN' yang menDAKWA mereka adalah 'PAKAR'.. Kalau DOKTOR, kita tahu kePAKARan mereka diukur dengan berapa RAMAI orang berjaya diRAWAT.. Ada orang kata Penasihat PKR adalah 'PAKAR' dalam bidang EKONOMI walaupun semua TAHU dia dulu mana pernah mengaji bab EKONOMI kat IPT.. Krisis EKONOMI tahun 1997/98 yang hampir meMUFLISkan NEGARA memBUKTIkan betapa 'HEBAT'nya ilmu 'PAKAR' ini.. Mungkin kali ini dia jugak patut diKENALi sebagai 'PAKAR' aktiviti SEKSUAL tak kira JANTINA? KAH!KAH!KAH!

Bagaimana pulak dengan Profesor 'CHAP AYAM' di sebuah IPTA di Gombak yang 'diDAKWA' puak-puak PR sebagai 'PAKAR' Perlembagaan? Bagaimanakah ke'PAKAR'annya diUKUR? Negara mana yang telah mengGUNAkan khidmat 'PAKAR'nya untuk membentuk Perlembagaan? Atau pernahkah NEGARA kita ini mengubah Perlembagaan mengikut susuan ayat-ayat yang diTULIS olehnya? Setahu kitalah, PAKAR sebenar yang terlibat memBENTUK Perlembagaan NEGARA kita ramai yang sudah pun meninggal DUNIA.. Jadik, siapa Profesor 'CHAP AYAM' ini yang memandai-mandai nak diKATAkan 'PAKAR'?

Seharusnya ada satu macam bentuk KPI atau RUJUKan yang diperlukan untuk memanggil seseorang itu sebagai 'PAKAR'.. Bukan kerana dia pensyarah di IPT atau KONONnya dia ada PhD.. Sekarang ini petani MODEN pun RAMAI yang ada PhD tetapi takde sorang pun di antara mereka meDABIK dada atau meminta PUBLISITI agar diKENALi sebagai 'PAKAR'? Begitu jugak mereka di LUAR sana yang berKHIDMAT untuk NEGARA dalam bidang keJURUTERAan, 'MANUFACTURING', R&D dan perUBATan.. Hingga ada yang menyabung NYAWA.. Ramai di antara mereka diIKTIRAF sebagai PAKAR yang hebat oleh DUNIA tetapi tidak pun diBERIkan PUBLISITI seperti mana Profesor 'CHAP AYAM' di sebuah IPT di Gombak ini?

Kenapa kita panggil dia Profesor 'CHAP AYAM'? Mudah.. Dia cuma seorang pensyarah atau 'LECTURER' biasa sahaja.. Kalau bukan kerana dia menJAWAT jawatan di sebuah IPT yang diILHAMkan oleh Tun Dr. Mahathir, sudah tentu dia sama TARAF dengan Timbalan Presiden PAS yang cuma tahap 'Kaki BORAK Tepi Jalan' aje.. Seharusnya pengHARGAan diBERIkan kepada Tun Dr. Mahathir kerana mengILHAMkam dan meREALISASIkan pemBINAan IPT di Gombak itu sebagai tempat Profesor 'CHAP AYAM' ini mencari MAKAN untuk anak BINInya? Dengan kata LAIN, sudah tentu seekor AYAM tidak dapat mengATASi keBIJAKsanaan 'TUAN' yang memBERIkan REBAN untuknya?

Dalam KONTEKS ini, keSILAPan kita kerana kita terlalu berGANTUNg kepada PUBLISTI yang diBERIkan oleh MEDIA khususnya MEDIA pro-PR.. Sudah tentu MEDIA ini akan memBERIkan PUBLISTI sehabis TINGGI terhadap mana-mana Profesor 'CHAP AYAM' yang menyebelahi kePIMPINan PR sebaliknya akan menRENDAH-rendahkan 'ACADEMICIAN' yang menDEDAHkan FAKTA yang keBETULan sama pulak dengan pandangan kerajaan UMNO/BN.. Lihatlah berapa RAMAI profesor dan ahli AKADEMIK yang sederhana diHINA oleh Lebai-Lebai PAS dan penJILAT JUBOR dalam PKR hanya kerana menyampaikan FAKTA berhubung kes Timbalan Presiden PAS menyanjung KOMUNIS?

Oleh itu, ini semuanya terPULANG kepada keBIJAKsanaan kerajaan UMNO/BN sendiri untuk memBUKTIkan bahawa mereka lebih BIJAK daripada Profesor 'CHAP AYAM' yang berselindung sebagai ahli AKADEMIK.. Pihak pentadbir IPT di mana Profesor 'CHAP AYAM' ini bertugas telah mengGANTUNG TUGASnya sementara menunggu SIASATAN dilakukan terhadap KES dia mengeluarkan kenyataan yang seakan meperTIKAIkan DYMM Sultan Selangor berhubung isu serbuan JAIS di gereja DUMC.. Orang lain boleh TERIMA aje titah DYMM Sultan, Profesor 'CHAP AYAM' ini pulak nak tunjuk PANDAI? Siapa dia sampaikan DYMM Sultan pun nak kena ikut apa yang dia KATA? Sebenarnya, jika Profesor 'CHAP AYAM' ini menyaman pihak-pihak yang mengKRITIKnya, dia jugak patut sedar DYMM Sultan Selangor jugak BERHAK mengambil TINDAKkan yang sama!

Apabila meLIBATkan pandangan SERONG ahli AKADEMIK yang jelas cuma nak berPOLITIK, pasti akan ada Timbalan Menteri IPT yang akan memBELA mereka ini walaupun jelas Profesor 'CHAP AYAM' seperti mereka ini berNIAT untuk memBURUKkan kerajaan UMNO/BN.. ->KLIK<-

Inilah HIPOKRIT tahap GABAN yang masih disimpan oleh DS Najib dalam KABINETnya selain Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG dalam partinya.. Jika anda masih INGAT, Timbalan Menteri inilah yang beriya-iya mahukan AUKU diMANSUhkan KONONnya kerajaan menCAMPURi aktiviti para SISWA IPT melalui AUKU.. Sekarang, TIDAKkah dia sebagai Timbalan Menteri IPT telah CAMPUR tangan terhadap siasatan DALAMan pihak penTABDIR IPT apabila mengeluarkan kenyataan agar pengGANTUNGan tugas Profesor 'CHAP AYAM' ini dtarik balik? Ini ke yang diKATAkan 'KeDAULATan Undang-Undang'?

Pada kitalah, kerajaan patut mula berTEGAS dengan para Profesor 'CHAP AYAM' yang umpama MUSANG berBULUkan AYAM ini.. Kita tidak KISAH kalau mereka meLUAHkan ketidak-puasan HATI mereka menerusi peti UNDI tetapi mereka lebih SUKA meLAKUkannya dengan berselindung disebalik gelaran 'PAKAR' itu dan ini.. Agaknya dengan gelaran sedemikian RUPA boleh dijadikkan alasan KONONnya mereka lebih atas daripada undang-undang di NEGARA ini? Inikah yang di ajar di IPT-IPT kita selama ini? Apa yang hendak diCAPAI jika IPT-IPT kita menyemai para SISWAZAH dengan 'MIND-Set' sebegini? Nak pakat HANCURkan NEGARA demi nafsu POLITIK seorang 'penZINA'? Mohon diJAUHkan..

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

mangkuk tingkat nie overdose tgk citer chicken run agaknye keh keh keh

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Memang banyak org yg OVERDOSE sekarang ni.. Especially dalam PR..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS