DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, February 14, 2012

ALAHAI.. Takkanlah anda BARU kenal orang TUA nih beberapa JAM tadi? HE!HE!HE!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Mursyidul AM PAS, Pok Nik 'ALAIHISSALAM' mengatakan bahawa PAS melalui Jawatankuasa AGONG dan Majlis SYURAnya menDESAK agar Penasihat PKR melakukan 2 PILIHAN berikut berhubung kenyataannya yang menyokong sebarang USAHA memastikan keSELAMATan NEGARA Israel seperti yang diSIARkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.. Kenapa Pok Nik baru nak berSUARA selepas dah berMINGGU ISU ini timbul? Ada apa-apa ke Pok Nik? 2 PILIHAN yang diNYATAkan oleh Pok Nik tersebut ialah:

1) MENARIK balik kenyataan Penasihat PKR yang diSIARkan dalam WSJ

2) Penasihat PKR disarankan buat TUNTUTan SAMAN terhadap WSJ

Itu yang diSEBUTkan oleh Pok Nik pada sidang AKHBAR selepas majlis makan MALAM bersama Ahli Majlis FATWA Kebangsaan di Hotel GRV di sini seMALAM.. ->KLIK<-

Untuk lebih menyedapkan CERITA lagi, Pok Nik telah berkata seperti berikut,

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin,
"

Wahh.. Tak SANGKA Pok Nik akhirnya menunjukkan keTEGASannya terhadap SEKUTUnya.. Namun demikian, kita nak la TANYA kepada Pok Nik dan Lebai-Lebai PAS yang lain.. Adakah hanya 2 PILIHAN itu sahaja yang berjaya diKEMUKAkan? Aisehh.. Takkan PAS sebagai PARTI yang lebih ISLAM dari orang ISLAM lain hanya mampu KEMUKAkan 2 PILIHAN itu aje? Sepatutnya penDIRIan PAS lebih KERAS berbanding UMNO berhubung SOAL ini? TerFIKIR tak Pok Nik dan Lebai-Lebai PAS yang lain jika Penasihat PKR buat-buat PEKAK pulak nanti?

Jika TIDAK satu pun dari 2 PILIHAN itu dilakukan oleh Penasihat PKR, Pok Nik nak buat APA? Adakah Pok Nik rela TEBAL MUKA kerana DESAKannya itu bakal diBAKUL-sampahkan nanti? Atau yang lebih MENARIKnya, adakah DESAKan Pok Nik itu tiba-tiba MUNCUL hanya kerana dia bersama dengan Ahli Majlis FATWA Kebangsaan di Hotel GRV seMALAM? Di sini kita meLIHAT yang 'TerTEKAN' dengan DESAKan tersebut adalah Pok Nik dan Lebai-Lebai PAS sendiri, bukannya Penasihat PKR pun.. Ye la.. Penasihat PKR bukannya TAK biasa MENIPU?

Kalau terpaksa mengambil HATI Pok Nik untuk SEKEJAP pun, itu bukanlah perkara yang SUSAH untuk Penasihat PKR lakukan.. Mungkin LEPAS dia 'SLOW TALK' dengan Pok Nik, ESOKnya Pok Nik dah 'CAIR' dan SALAHkan orang lain pulak.. Inilah DRAMA mereka berdua.. Jangan kita LUPA bahawa Pok Niklah yang berIYA-IYA menJUNJUNG tinggi 'Manusia ANUGERAH Tuhan' tuh sebelum ini.. Malah, Pok Nik sanggup 'MengAMPUNkan DOSA' seorang ADUN PKR yang berSEKEDUDUKAN dengan seorang lelaki ISLAM? Jadik, anda PERCAYA ke Pok Nik nih? Anda PERCAYA ke kata-kata Pok Nik nih akan diPATUHi?

Pok Nik bukan TAK biasa KELENTONG orang.. Dah 22 TAHUN Pok Nik boleh KELENTONGkan RAKYAT Kelantan, apalah sangat dengan KELENTONG macam nih? Lagi pun semua maklum bahawa Pok Nik nih penyokong TEGAR Geng ERDOGAN atau PARASIT dalam PAS yang berMAZHABkan PKR.. Takkan tiba-tiba Pok Nik BERANI nak main 'ACAH-ACAH' macam nih? Tak gitu ke Pok Nik? Baiklah, apa kata Pok Nik TAMBAH lagi satu PILIHAN iaitu memutuskan HUBUNGan PAS dengan PKR jika Penasihat PKR ENGGAN meLAKUkan 2 PILIHAN yang disebut oleh Pok Nik! Ada BERANI ke Pok Nik kata begitu? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS