DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, February 29, 2012

Dalam PKR, ZINA, KHALWAT, bersekeDUDUKan dan 'menJUBOR' kerana SUKA sama SUKA adalah HAK ASASI Manusia..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Seorang LELAKI dianggap DAYUS jika TIDAK berbuat apa-apa pun apabila BINInya ikut SUAMI orang.. PEMAHAMAN sedemikian bukan sahaja wujud dalam agama ISLAM, malah apa-apa agama sekalipun tetap wujud.. Anda boleh TANYA orang Iban di Sarawak apakah TINDAKan yang mereka akan ambil jika ISTERI mereka meLARIkan diri mengIKUT LELAKI lain.. Sudah tentu ISLAM sebagai agama yang amat menitik-BERATkan soal keKELUARGAan TIDAK teKECUALI dalam HAL ini.. Malah, keSALAHan sebegini boleh membawa diHUKUM REJAM mengikut HUDUD!

Selain itu, ISLAM jugak turut mengGARISkan HUKUMan secara terperinci berHUBUNG dengan KES bersekeDUDUKan, 'MenJUBOR' dan berZINA.. Semuanya ada dalam ISLAM.. MeRUJUK kepada KES seorang PEMIMPIN PKR yang diTUDUH berKHALWAT di HOTEL Swiss GARDEN, Kuantan, kenapa pulak PEMIMPIN PKR itu sendiri TIDAK boleh diperSALAHkan?

- Walaupun PEMIMPIN PKR itu menDAKWA KONONnya ISTERI orang yang diTUDUH berKHALWAT bersamanya itu meLARIkan diri kerana diKASARi oleh SUAMInya, apakah HAK untuk PEMIMPIN PKR itu menyembunyikan ISTERI orang dalam bilik HOTELnya?

- LOGIKnya, jika berlaku perSELISIHan antara SUAMI dan ISTERI yang SAH, biasanya ahli KELUARGA merekalah yang perlu diRUJUK atau memBERIkan perLINDUNGan.. Kenapa pulak dicari PEMIMPIN PKR itu yang cuma diKENALi KONONnya semasa pasangan tersebut pergi berUMRAH?

- PEMIMPIN PKR itu menDAKWA dirinya diPUKUL oleh 20 LELAKI lain semasa diserbu di bilik HOTELnya.. Walaupun RAKAMan CCTV menunjukkan sebaliknya, secara LOGIK SALAHkah jika dia diPUKUL sekalipun kerana berKHALWAT? ->KLIK<-

ISTERI orang itu berada di dalam bilik HOTELnya pada pukul 3 pagi.. DiULANGI, pukul 3 pagi.. LOKASI dan 'TIMING' nyata sekali TIDAK menyebelahi PEMIMPIN PKR tersebut.. Sebelum ini dia menDAKWA pulak KONONnya nak menolong ISTERI orang itu 'CHECK-In'.. Rasanya HOTEL 'AYAM' yang dikelolakan oleh Geng 'UNDERWORLD' aje yang boleh 'CHECK-In' macam tuh? Itu pun dia nak berBOHONG lagi untuk memBENARkan perBUATannya itu? ->KLIK<-

Anda KIRA tak berapa banyak FITNAH dan pemBOHONGan yang telah 'diCIPTA' oleh PEMIMPIN PKR ini? Apa kata kita SEMAK balik segala FAKTA yang ADA..

1) Dia memFITNAH si SUAMI yang datang ke bilik HOTELnya pada pukul 3 pagi dan menDAPATi ISTERInya berada dalam bilik HOTEL tersebut?

2) Dia berBOHONG mengatakan dirinya diPUKUL 20 orang LELAKI sedangkan tiada BUKTI pun ada 20 orang LELAKI semasa SERBUan?

3) Yang LAWAKnya tuh, habis Tengku MAHKOTA Pahang pun diHERET sama KONONnya Baginda mahu campur TANGAN untuk LEPASkan dia?

4) Seperti biasa, UMNOlah yang menjadi bahan FITNAHnya.. Hebat benar UMNO boleh LETAKkan ISTERI orang dalam bilik HOTELnya pukul 3 pagi tanpa pengeTAHUannya?

Agaknya sebelum ini pun KES 'MenJUBOR' Penasihat PKR, KES bersekeDUDUKan ADUN Bukit Lanjan dan KES berZINA orang yang diKATAkan 'BOSS'nya dengan 'China DOLL' sampai ada RAKAMan VIDEO pun UMNO punya peRANCANGanlah tuh? Hebat benar UMNO sampai TAHU bila mereka SEMUA nih naik SYAHWAT? Kalah CIA, MOSSAD dan KGB!

PEMIMPIN PKR yang berKHALWAT ini mungkin mengatakan dia tak buat apa-apa pun terhadap ISTERI orang itu.. Malah, seperti jugak 'BOSS'nya iaitu Penasihat PKR dan ADUN Bukit Lanjan, dia mungkin mengatakan itu adalah HAK ASASI Manusia atau pun atas DASAR 'SUKA sama SUKA'! Namun demikian, RASAnya dia pun maklum apa MAKSUD perKATAan KHALWAT.. Dr. Amran KASIMIN dah JELASkan pun di sini.. ->KLIK<-

Jadik, dia yang KONONnya 'USTAZ' takkan tak FAHAM kot apa MAKSUD 'K-H-A-L-W-A-T'? HE!HE!HE!

Wallahualam..

3 comments:

Tok Batin Baling said...

Mana Ustad ni tak Faham, dia kan pernah menuduh orang lain 'Bapa Shaitan' walaupun orang tersebut tak pernah pun malah berniat sekalipun untuk buat kerja kotor macam dia, sekarang bagaimana? kalau orang baik saperti Dr. MAZA digelar 'Bapa Shaitan' apa pula gelaran yang sesuai bagi orang yang berperangai KOTOR macam si Badrulamin ni?

Itupun nasib baik ditangkap, upacara TARBIAH face to face terhenti secara darurat, kalau tidak entah macam mana lagi bentuk dan fesyen Tarbiah akan berlaku dan dilakukan seterusnya.

Yang lucunya sekarang baru nak ingat Baginda Tengku Mahkota Pahang, siap mendakwa Baginda kenalan baiknya, pooodah....! pi masuk dalam negeri Baginda ada ke minta izin, lepas tu buat kacau pulak, kalau tak kena tangkap tentu tak kenal siapa Baginda Tengku Mahkota Pahang kan?.

Daripada dok melalak sana sini, mereka cerita2 bohong yang boleh mentertawakan orang maka adalah lebih baik anda menyerah diri dengan Allah dan Berastakfar banyak2, Seshahdu yang pernah anda lakunkan didalam CD yang anda jual.

Itu saja nasihat ana, walaupun sedikit pedas.

Anonymous said...

xtau crita jgn post bukan2..tunggu kt makamah Allah..Um NO dan bN dh xde modal..modal busuk dalam hati fitnah jooo...mcm tuan blog keparat ni.insafla..Allah sndiri myuruh ummatnya xbuat fitnah..tp uM NO dh jadi hobi..mangkuk punya tuan blog

Anonymous said...

tak payah nasihat...diri ko dh xbetul...Orang yang kuat iman sentiasa diuji untuk kuatkan iman xkira dari setan, manusia(umNO dan tuan blog ni)

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS