DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 18, 2012

RED ALERT: RPK sebenarnya menDEDAHkan bagaimana kePIMPINan NEGARA boleh terGADAI hanya kerana WANG..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hanya berMODALkan RM300 juta, anda boleh menJADI PM untuk NEGARA ini.. TIDAK perlu ada PRU.. TIDAK perlu ada SPR dan Perlembagaan NEGARA.. Hanya dengan menDAPATkan seorang TOKEY Cina yang sanggup menyumbangkan RM300 juta, tak MUSTAHIL anda akan jadik PM.. Begitulah sebenarnya MAKSUD terSIRAT yang cuba diSAMPAIkan oleh Raja Petra (RPK) dalam portal MILIKnya iaitu Malaysia TODAY.. ->KLIK<- dan ->KLIK<-

Bagaimana anda meNILAI apa yang diTULIS oleh RPK ini? Nampaknya faktor WANG memang meMAINkan peranan dalam POLITIK apa jenis PARTI sekalipun.. Mungkin itu sebabnya UMNO sendiri sudah JARANG menyebut tentang BAHAYAnya POLITIK WANG dalam PAUnya akhir-akhir ini.. Kot mana sekalipun, akhirnya siapa yang ada WANG yang akan menDAPAT tempat untuk jadik PEMIMPIN.. Ini yang berlaku dalam mana-mana PARTI pun.. PAS pun hingga sekarang GAGAL menJELASkan ke mana duit DERMA mereka LESAP? HE!HE!HE!

PKR pulak terpaksa meLOBI segala macam Yahudi, ZIONIS, Neo-CON, Cina KAI-FENG atau Kristian di Malaysia TIMUR untuk memBIAYAi PARTI mereka.. Oleh itu, penDEDAHan RPK sebenarnya TIDAKlah memeranjatkan.. Ini sebenarnya sudah mejadi seperti 'BUDAYA' kita.. Kita sudah menjadi MASYARAKAT yang MATERIALISTIK dan semakin meninggalkan nilai-nilai AGAMA yang mahukan keSEDERHANAan.. TIDAK hairanlah gejala MURTAD di Damansara Utama TAHUN lalu jugak berPUNCA daripada keSUNTUKkan WANG untuk meneruskan HIDUP.. Tengok AGAMA pun boleh diGADAIkan kerana WANG?

Dalam KONTEKS ini, kita seharusnya meLIHAT tentang BAHAYA daripada mereka yang memPUNYAi WANG untuk memBELI segala-galanya.. IRONInya, keBETULan pulak hari ini akhbar-akhbar TEMPATAN meLAPORkan tentang senarai BILIONAIR yang ada di NEGARA ini.. ->KLIK<-

Jika RM300 juta boleh mengUBAH kePIMPINan sesebuah NEGARA, bagaimana pulak agaknya jika JUMLAH yang diLABURkan sebagai MODAL mencecah BILION? Apakah cukup dengan hanya menDAPATkan JAWATAN PM sahaja? TIDAKkah JUMLAH sedemikian boleh mengubah terus Geo-POLITIK di NEGARA ini hingga mengHAPUSkan Perlembagaan NEGARA dan seterusnya mungkin sampai tahap nama NEGARA ini yang ada perKATAan 'M-A-L-A-Y' pun akan turut diubah? Anda RASAkan itu MUSTAHIL dan tak akan berlaku? Ye ke? HE!HE!HE!

Dahulu pun TIDAK siapa menyangka 'Orang ATAS Angin' (PenJAJAH) mampu menJAJAH Tok NENEK kita yang JUMLAH mereka jauh lebih RAMAI.. Cuba anda KIRA balik JUMLAH penJAJAH Barat berbanding JUMLAH RAKYAT pribumi di Tanah Melayu ketika itu.. Mana lagi RAMAI? Namun, siapa yang menJADI 'TUAN' dan siapa yang menJADI 'HAMBA' selama lebih 300 TAHUN seperti tercatat dalam SEJARAH? TIDAKkah SEJARAH menyatakan mereka menJADI 'TUAN' kerana mereka ada lebih banyak WANG berbanding Tok NENEK kita masa tuh?

Anda FAHAM ke apa yang kita cuba SAMPAIkan nih? Yaa.. Dengan KATA lain, hari ini siapa yang banyak WANG, dialah yang akan berKUASA.. Dalam KONTEKS ini, harus diINGAT bahawa walaupun JUMLAH kaum Melayu/BUMIPUTERA ini RAMAI tetapi keMAMPUan KEWANGAN mereka sangatlah mengecewakan.. PeMILIKkan WANG oleh kaum Melayu/BUMIPUTERA sangatlah KECIL.. Itu pun NASIB baiklah UMNO tubuhkan PNB, Tabung HAJI, MARA dan banyak lagi agar kaum Melayu/BUMIPUTERA ini dapat meMILIKki sedikit WANG.. Kalau tak?

KeLEMAHan kaum Melayu/BUMIPUTERA ini ialah WANG.. Kita meLIHAT WANG semacam kita meLIHAT nasi untuk diMAKAN.. Selagi tak KENYANG, selagi itulah kita akan terus MAKAN.. Selagi kita ada WANG, selagi itulah kita akan berJOLI sakan.. Malah, RASUAH jugak seringkali diKAITkan dengan kaum Melayu/BUMIPUTERA sebagai penerima RASUAH sedangkan kaum yang 'MemBERI RASUAH' pulak SENGAJA di'SOROK'kan dalam BERITA.. Inipun kerana ada WANG semua JADI.. Jadik, mungkin TUNGGU masa aje NEGARA ini akan terGADAI dan diTUKAR nama kerana WANG adalah segala-galanya.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS