DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, February 10, 2012

SeTERUK manakah kegiatan 'UNDERWORLD' di Selangor?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebijik macam dalam 'MOVIE'.. Tak sangka NEGARA kita ini dah diPENUHi dengan ahli-ahli POLITIK bertahap MAFIA sama seperti di Eropah.. Sanggup memBUNUH kalau kePENTINGan POLITIK mereka terjejas.. Adakah ini BUDAYA baru dalam POLITIK di NEGARA ini? Apa sudah jadi dengan RUKUNEGARA ke-5 iaitu KeDAULATan Undang-Undang? Apakah pihak berKUASA hanya memBIARkan sahaja ahli-ahli POLITIK tahap MAFIA ini berMAHARAJALELA menumpahkan DARAH RAKYAT kerana agenda PERIBADI?

Anda BEBAS untuk TIDAK memPERCAYAi RPK kerana penDEDAHannya terhadap KES pemBUNUHan seorang MODEL dari Mongolia yang cuba diKAITkan dengan PM sebelum ini.. Namun, penDEDAHan oleh RPK berhubung SKANDAL PASIR di Selangor sebenarnya agak UNIK.. Ini kerana menurut RPK, pemBUNUHan Dato Patrick Yeoh, seorang 'WHISTLE Blower' adalah kerana dia mahu menDEDAHkan tentang SKANDAL Pasir di Selangor.. Menurut RPK,

"I trust my Deep Throats in the police and the underworld more than I trust the government. And if they say that Dato’ Patrick was murdered by hired killers, then that is the story I am going to believe. I do not believe the story that it was a robbery gone awry and that Dato’ Patrick’s death was accidental, the result of him falling off the balcony while trying to escape."

Pada PERENGGAN terAKHIR, di dalam BLOGnya, RPK menulis seperti berikut,

"By the way, I was warned that I should not make this revelation because the Chinese Boss of those who murdered Dato’ Patrick is a very powerful underworld figure who has the police in his pocket. I was also warned that the underworld is very much involved in the sand mining syndicate and that even the local council officers fear them because the Chinese underworld has strong links to those in the Selangor state government." ->KLIK<-

Kalau sebelum ini puak-puak PR begitu memPERCAYAi penDEDAHan RPK berhubung KES pemBUNUHan MODEL Monggolia, adakah mereka jugak akan memPERCAYAi penDEDAHan RPK berhubung SKANDAL PASIR ini yang turut meLIBATkan perTUMPAHan DARAH? LOGIKnya, jika puak-puak PR TIDAK mahu memPERCAYAi RPK sekarang, maka penDEDAHan RPK sebelum ini jugak TIDAK bolehlah diPERCAYAi.. Begitulah jugak sebaliknya.. BERANIkah Kerajaan Selangor dan kePIMPINan PR berTINDAK ke atas RPK? Atau mereka hanya mampu 'MENYALAK' menerusi MEDIA milik mereka sahaja?

Walau apa pun NIAT RPK, pihak yang terJEJAS dengan TINDAKannya perlulah mengambil TINDAKan undang-undang.. Kalau sebelum ini mereka pantas MENYAMAN jika ada penDEDAHan diLAKUkan oleh UMNO/BN, kenapa pulak mereka ENGGAN berTINDAK dengan cara yang SAMA terhadap RPK? Sementara itu, pihak berKUASA jugak wajar menyiasat segala BUKTI yang diSERTAkan dalam penDEDAHan termasuk segala SALINan SURAT dan DOKUMEN perBANKan yang ada seperti berikut.. ->KLIK<-

Payah sangatkah untuk mengHUBUNGi pihak BANK terbabit bagi memastikan keSAHIHan segala DOKUMEN tersebut? PenDEDAHan RPK ini jugak mungkin dapat memBUKTIkan kenapa para PEMIMPIN PR khususnya dalam PKR begitu MEWAH tanpa dikeTAHUi sumber keKAYAan mereka.. Selain itu, penDEDAHan ini jugak berKAIT rapat dengan "The Chinese UNDERWORLD that has strong links to those in the Selangor State GOVERNMENT".. Ini yang RAMAI ingin TAHU.. Banyak DARAH tumpah kerana ini..

Siapakah yang menaungi mereka ini? Apakah KES keMATIan seorang pemBANTU kepada ADUN Selangor di pejabat SPRM Plaza Masalam jugak kerana mereka ini? Fuhh..!! Kerajaan Selangor bawah PKR dah macam MAFIA dalam 'MOVIE' bertajuk 'The UNTOUCHABLES' la pulak.. Mungkin MB GAGAP patut gembar-gemburkan keJAYAan Kerajaan NEGERInya yang membantu perKEMBANGan kegiatan 'UNDERWORLD' sebegini? Tak pun MB GAGAP bersama Penasihat Ekonomi Selangor berNILAI RM1 tuh boleh ke Itali untuk jumpa mana-mana 'GODFATHER' bukak CAWANGAN di Selangor? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS