DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, February 19, 2012

Bahasa KEBANGSAAN berTERABUR, 'TRANSLATION' Bahasa 'IBUNDA' sendiri ke Bahasa INGGERIS pun HANCUS?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Bayangkan kalau Utusan MALAYSIA terSALAH 'TRANSLATE' kata-kata Khalifah KIASU dan diSIARkan dalam akhbar? Dah tentu beRATUS juta RM akan diSAMAN.. Sungguh berUNTUNG akhbar The STAR kerana walaupun mereka mengakui terSALAH lapor KONONnya Khalifah KIASU berkata seperti berikut mereka hanya diTUNTUT memohon MAAF sahaja.. Anda NAMPAK tak HIPOKRASI ini semua?

"We do not agree the Prime Minister must always be a Malay because we want people to decide", ->KLIK<-

Malah, dalam BLOGnya, Khalifah KIASU sendiri mengakui bahawa WARTAWAN The STAR yang menulis dia berkata sedemikian hanya melakukan 'SIMPLE Mistake'.. Menurut Khalifah KIASU ini,

"This quote attributed to me is false and untrue because no reference whatsoever was ever made by me on this issue during the debate. As this debate was conducted in Mandarin, I would prefer to believe that this was a simple mistake in comprehension by an English newspaper, notwithstanding the Star being owned by MCA." ->KLIK<-

Haiyya!! Itu MCA punya 'NEWSPAPER' tak TAHU terjemahkan Bahasa MANDARIN kepada Bahasa INGGERIS ke? Apa kata Ketua Pengarang the STAR? HE!HE!HE!

Cakap Bahasa Kebangsaan pun tak betul, cakap Bahasa INGGERIS pun tak BETUL jugak ke? Haiyya!! Sudah BERAPA tahun HIDUP dalam ini NEGARA maa?? "Do TRANSLATION from your Mother TONGUE language to ENGLISH also FAIL?" Haiyya!! NEGARA sudah 54 tahun MERDEKA, selama ini apa bahasa yang kamu semua pakai? Bahasa KEBANGSAAN selalu berTERABUR.. Bahasa INGGERIS pulak salah 'TRANSLATION', jadik selama ini cuma pakai satu bahasa saja ke? Itulah.. DiSURUH belajar PPSMI tak mahu.. Sekarang apa sudah JADI?

Apa kata kalau The STAR adakan RUANGAN belajar 3 BAHASA serentak iaitu Bahasa KEBANGSAAN - Bahasa INGGERIS - Bahasa MANDARIN? Mungkin selepas itu barulah TIDAK akan berlaku keSALAHan penTERJEMAHan oleh The STAR ke dalam mana-mana bahasa tersebut? Mungkin ini perlu perTIMBANGan oleh pihak The STAR kerana keSALAHan TERJEMAHan tersebut diLAPORkan oleh seorang ahli parti berbangsa Cina kepada akhbar yang diMILIKki oleh parti Cina yang lain.. Kalaulah akhbar tersebut diMILIKki oleh Kumpulan Utusan, tentunya lain CERITA!

Dalam KONTEKS yang lebih BESAR, di sini sahaja kita dapat meNILAI sendiri bagaimana para PEMIMPIN DAP La'anatullah dan MCA mengHARGAi Bahasa KEBANGSAAN.. Mungkin sebelum ini TS KOH Tsu Koon lebih mengHARGAi Bahasa KEBANGSAAN kerana bukan sahaja mengGUNAkannya untuk berDEBAT dengan Khalifah KIASU ini malah tempat DEBAT jugak berlangsung di Dewan BAHASA dan Pustaka.. Kali ini NAMPAKnya Bahasa KEBANGSAAN diabaikan dalam acara DEBAT tersebut.. Apakah ini jugak KONSEP 1 MALAYSIA? HE!HE!HE!

Oh ye.. Di manakah dia pejuang BAHASA seperti Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA? Tak nak ke berDEMONSTRASI atau paling KURANG pun buat SAJAK berhubung keSALAHan penTERJEMAHan MANDARIN ke INGGERIS ini akibat meminggirkan Bahasa KEBANGSAAN? Takkanlah Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA cuma nampak UMNO aje apabila memperSOALkan keDAULATan Bahasa KEBANGSAAN? Phuii!! Memang 'DOUBLE-Standard' betul Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA yang diMAKSUDkan tuh.. OTAK dah letak ke mana?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS