DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, February 05, 2012

UMNO nampak KUKUH di luar tetapi sedang diRANAPkan dari dalam..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam 2,3 hari nih kita NAMPAK seakan TIDAK ada keSUNGGUHan daripada pihak UMNO untuk meMENANGi PRU-13.. Kita NAMPAK jelas UMNO tak TAHU siapakah yang akan mengUNDI mereka pada PRU-13 nanti.. Dengan kata lain, UMNO masih KEKAL dengan 'DENIAL Syndrome' untuk TIDAK mengakui bahawa punca mereka NYARIS terSUNGKUR pada PRU-12 lalu kerana SIKAP mereka yang menolak memperJUANGkan kePENTINGan kaum Melayu/ISLAM dan masih berANGGAPan KONONnya kaum Melayu/ISLAM tetap menyokong UMNO.. Sampai bila mereka mahu berMIMPI atau di'HYPNOSYS' sedemikian rupa, tak ada siapa pun TAHU dan PEDULI..

UMNO sepatutnya berSATU-padu ketika ini.. Namun demikian, kita meLIHAT yang UMNO semakin berPECAH-belah untuk menghadapi PRU-13.. Di Selangor, mantan MB Selangor DS Khir Toyo telah menyuarakan keTIDAK-yakinannya untuk UMNO/BN meRAMPAS kembali negeri itu.. Di dalam UMNO pulak, 'BOSS' Wanita UMNO mengHADAPi TEKANAN dari dalam UMNO sendiri pasal ISU NFC.. Selain itu, UMNO pulak diTIPU hidup-hidup dek 'BOSS' Pemuda UMNO yang KONONnya cuba mengGAMBARkan dia meRAIHkan SOKONGan kepada parti dengan hanya pandai berDEBAT dengan 'RAKAN-RAKAN PKR'nya? ->KLIK<-

Jadik? UMNO sebenarnya berJUANG untuk siapa? Apakah para PEMIMPIN UMNO meRASAkan TIDAK perlu untuk mereka bersatu-pada bagi menDAPATkan UNDI kaum Melayu/ISLAM 100%? Apakah UMNO hanya mahu menDAPATkan UNDI kaum Melayu/ISLAM sekadar cukup MAKAN untuk KEKAL menjadi kerajaan? Apakah UMNO meRASAkan kaum bukan Melayu/ISLAM akan berMURAH hati memBERIkan UNDI kepada UMNO? Apakah UMNO meRASAkan SEKUTUnya dalam BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP dapat meRAIH keMENANGan? Atau apakah UMNO meRASAkan dengan menyokong agenda 'NEW Politics' akan meMENANGkan parti ini pada PRU-13 nanti?

UMNO hanya mengHARAPkan POPULARITI DS Najib dan TS Muhyiddin aje untuk meMENANGi PRU-13.. 3 juta LEBIH ahli UMNO lain tak MAMPU nak berTINDAK dan kalau mereka memandai-mandai berTINDAK memBELAKANGi PEMIMPIN, mereka akan diLABELkan pengKHIANAT.. Selain itu, para VETERAN dari UMNO jugak akan 'diPISAHkan' dari parti samada dengan mengHASUT mereka KONONnya mereka diPINGGIRkan atau memutar-BELITkan kenyataan mereka agar diLIHAT meMUSUHi DS Najib.. Ini semuanya kerja JAHAT dari dalam UMNO sendiri sejak gejala POLITIK WANG makin kurang diperKATAkan..

Ya.. UMNO sedang diROSAKkan dari dalam untuk PRU-13 kali ini.. Ini bukan perkara baru pun.. Dah LAMA dah.. Sememangnya wujud KONSPIRASI teRANCANG untuk mengGAGALkan pemulihan UMNO dari dalam.. Boleh diKATAkan, ada pihak dari dalam UMNO sendiri cuba mengHALANG agar UMNO dilihat menJAUHkan diri daripada SOKONGan kaum Melayu/ISLAM.. Sudah tentu sebagai PM, DS Najib TIDAK boleh bercakap atau suara kaum Melayu/ISLAM aje tetapi UMNO itu sendiri kenalah berCAKAP meWAKILi suara Melayu/ISLAM! SIA-SIA aje la pakai nama 'M-A-L-A-Y' pada nama parti?

Apabila UMNO bercakap ala-ala LIBERAL atau PLURALISME, secara AUTOMATIK kaum Melayu/ISLAM akan menJAUHkan diri mereka dari UMNO.. Malangnya, mereka yang berCAKAP dalam NADA sebeginilah di'SAYANGi' oleh DS Najib kerana mahu diLIHAT setanding dengan PKR yang jelas LIBERAL dan mengAMALkan PLURALISME.. Sebab itulah RAMAI kaum Melayu/ISLAM tawar HATI dengan UMNO dan mencari NGO seperti PERKASA, AMANAH atau JATI.. Ini kerana SIKAP para PEMIMPIN UMNO sendiri menJAUHkan mereka ini dari UMNO! Penting sangat ke SOKONGan golongan LIBERAL dan pengamal PLURALISME dalam UMNO ini?

Segala USAHA untuk memulihkan UMNO akan diHALANG dari dalam parti itu sendiri.. Malah, beberapa juruBLOG yang menDAKWA mereka meWAKILi UMNO pun sebenarnya berpuak-puak mengikut PEMIMPIN UMNO mana yang SPONSOR mereka.. Ini jugak USAHA teRANCANG dari dalam UMNO agar para juruBLOG ini saling bertelingkah sesama sendiri dan HILANG tumpuan untuk menDEDAHkan keBURUKkan puak-puak PR.. Malah, ada beberapa juruBLOG ini menjadi TALI-BARUT untuk kedua-dua PIHAK asalkan mereka ber'FULUS'! Apa pun, KHIDMAT 'BerBAYAR' ini tentunya tak akan seTANDING dengan KHIDMAT secara sukarela! Jadik, kalau DS Najib ada 'AH-JIB GOR' sekalipun, ianya TIDAK akan mengubah apa-apa!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

SDRA TSCaA
Izin kan saya,

Terima kasih atas ulasan terkini yang amat sangat mencermin kan sikap syiok sendiri 3.4 juta ahli umno yang menukar kerjaya menjual telor setengah masak sebelum PAU yang baru saja berlalu tak sampai 3 bulan dulu.

Kalau kita jengok di kedai buku di Jalan TAR KL sudah terbit buku kulit putih tajuk nya Kesilapan kesilapan Najib".

Semua maklum bahawa apa saja yang bawa olih Najib 1M liberalisasi blue ocean liberal bapak vernakular kelainanan engage inklusive KR1M BR1M BB1M teruskan subsidi gula Gen Y gajet Mr Kool suami flom Neville Chamberlain Malaya, tidak memihak kapada Melayu kerana Najib nak tanding dengan PR.Tiap kali Najib tembak kaki sendiri,PR tak payah kerja kuat!
Cukup lah , saya akhiri dengan ucapan selamat menjawat ketua pembanagkang PRU 13(kalau Pekan undi dia).
dapat lesen besar 1M.
arjuna waspada.
changkat lobak

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

En. Arjuna,

Mungkin DS Najib TIDAK gemar membaca seperti Tun Dr. Mahathir..

Entah-entah BLUE Ocean Strategy tu pun ex-LEVEL 4 BOYS yang tolong ceritakan kat dia?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS