DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 25, 2012

SURVIVAL PAS pada PRU-13 berGANTUNG kepada seRAMAI mana MANUSIA yang berjaya mereka TUKAR jadi 'LEMBU'!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terINGIN nak TAHU apakah HALA TUJU yang akan dibawa dek Lebai-Lebai PAS sekiranya mereka berKUASA kelak? Pada kita, satu-satunya CARA untuk Lebai PAS kekal RELEVAN dalam arena POLITIK di NEGARA ini hanyalah dengan memperBODOHkan seRAMAI mungkin RAKYAT.. Hanya dengan CARA itulah Lebai-Lebai PAS dapat 'SURVIVE'.. Kalau nak HARAPkan Lebai-Lebai PAS menCIPTA satu bentu WAWASAN macam WAWASAN 2020, jangan HARAPlah.. WAWASAN untuk tambah BINI, harta atau KEKAL makan GAJI buta, BOLEH la!

Sebab itulah Lebai-Lebai PAS cuba seRAMAI mungkin untuk memperBODOHkan RAKYAT menjelang PRU-13 ini.. Terbaru, dalam ISU Lynas, kita meLIHAT dengan jelas perCANGGAHan sesama Lebai-Lebai PAS sendiri antara yang TOKOH yang PAKAR seperti MP PAS Hulu LANGAT Dr. Rosli Che Mat dengan 'FATHER' Khalid sempena PerHIMPUNan HIJAU ini.. Semasa sidang AKHBAR semalam, Dr. Rosli telah mengULANGi pandangannya bahawa KILANG Lynas itu SELAMAT.. Namun, 'FATHER' Khalid yang semua TAHU latar BELAKANGnya kata,

"Bagi PAS dan PKR...ia tidak selamat," ->KLIK<-

Entah apa LOGIK atau JUSTIFIKASI yang diguna pakai oleh 'FATHER' Khalid ini, tak siapa pun TAHU.. Nak kata 'FATHER' Khalid ini pakar NUKLEAR atau RADIASI macam Dr. Rosli, tak jugak? Pakar dalam hal ehwal GEREJA, ye la kot? Setakat ini kita banyak dah memBACA tentang usaha pengURUSan Lyans memBERIkan penerangan termasuk kadar RADIASI dan tahap keSELAMATan kilang tersebut.. MALANGnya, Lebai-Lebai PAS cuma setakat mampu memperBODOHkan orang dengan memBERI gambaran KONONnya KILANG itu adalah LOJI NUKLEAR!

Itu dalam ISU Lynas yang semua mengetahui PAS masih cuba berBOHONG walaupun diKANTOIkan oleh 'PAKAR NUKLEAR'nya sendiri.. Mungkin kalau DAP La'anatullah berjaya mengALIHkan PROJEK ini ke Pulau Pinang, Lebai-Lebai PAS yang DUNGU ini akan SENYAP kot? Sebab itulah DAP La'anatullah menerusi beberapa NGO 'BerBAYAR' yang 'seKAUM' dengannya seboleh mungkin menDESAK Lebai-Lebai PAS agar terus berusaha memperBODOHkan RAKYAT? Apa pun, FAKTA tetap FAKTA.. Dalam SOAL ini, Lebai-Lebai PAS amat BODOH!

Begitu jugak apabila kita memBACA peREBUTan kuasa Lebai-Lebai PAS di Kedah.. Tak SANGKA pulak PERANGAI BURUK para PEMIMPIN UMNO di Kedah dah berJANGKIT kepada Lebai-Lebai PAS? ->KLIK<-

Nampak sangat Lebai-Lebai PAS ini TIDAK ada IDEALISME sendiri sebaliknya hanya mampu menJADI 'LEMBU PELIHARAan' kepada SEKUTU mereka dalam PR seperti PKR dan DAP La'anatullah.. PEMIMPIN yang yang diSENANGi oleh RAKYAT Kedah seperti DS Azizan pun mereka nak KACAU semata-mata demi kePENTINGan orang lain? Sebijik macam kisah SEJARAH penJAJAHan British dulu.. Jadik secara LOGIKnya, adakah LAYAK untuk Lebai-Lebai PAS yang DUNGU ini diBERIkan AMANAH oleh RAKYAT pada PRU-13 nanti? Patut ke?

Kelakuan Lebai-Lebai PAS ini sebenarnya meMALUkan ISLAM.. Lebai-Lebai PAS ini serba-serbi cuba menDAKWA diri mereka KONONnya lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain.. Malah, 'BAI-AH' yang dilakukan mereka jugak patut diLIHAT sebagai satu bentuk AKU-JANJI untuk terus 'MengLEMBU'kan diri kepada segala macam TUNTUTan PKR dan DAP La'anatullah.. Dalam keadaa sekarang, mustahil PAS akan mengetuai PR walaupun ketika ini PAS berKUASA di Kedah dan Kelantan dan keAHLIan mereka jauh lebih RAMAI.. Anda NAMPAK tak?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS