DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, May 13, 2012

FAKTOR Datuk Hassan ALI mampu meWUJUDkan GELOMBANG umat seperti tahun 1977 di Kelantan yang amat diGERUNi Pok Nik!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terlebih dahulu kita ingin mengUCAPkan TERIMA KASIH kepada BLOG 1 MALAYSIA dan meMOHON untuk ambik sikit GAMBAR-GAMBAR dari BLOG tersebut.. Perghh.. Nampaknya selepas GELOMBANG puluhan RIBU umat ISLAM memBANJIRi ceramah Datuk Hassan ALI di Kota Bharu, kali ini GELOMBANG yang SAMA memBANJIRi bandar PASIR MAS pulak.. Agak-agak anda berapa RAMAI mereka yang berKUMPUL untuk ceramah ini depan STESEN KTM PASIR MAS? 10 RIBU orang? Lebih.. Mungkin seRAMAI peRUSUH BERSIH 3.0 di KL sebelum ini? HE!HE!HE!

Sebenarnya, inilah bentuk GELOMBANG umat yang amat diTAKUTi oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM'.. Kenapa? Kerana GELOMBANG sebegini pernah diALAMi oleh PAS pada tahun 1977 dahulu semasa PRESIDEN PAS diTERAJUi oleh Datuk Asri MUDA dan MB Kelantan ialah Datuk Nasir.. Pok Nik memang sangat TAKUT dengan GELOMBANG sedemikian dan akan berUSAHA untuk mengELAKkannya berlaku walau dengan apa cara sekalipun! Sebab itulah UMNO di Kelantan GAGAL BANGKIT kerana UMNO Kelantan telah diMASUKki oleh AGEN-AGEN peROSAK yang diHANTAR oleh Pok Nik hingga WUJUDnya BUDAYA Cah-KETING!


Sebenarnya, SIFAT orang Kelantan sendiri yang sukakan HIDUP secara SANTAI dan TIDAK suka 'HAVOC' meMUDAHkan kerja-kerja Pok Nik dan PAS Kelantan meWUJUDkan perseKITARan yang sesuai untuk mereka berKUASA.. Sebab itulah Pok Nik BEBAS jadik peMAKAN GAJI BUTA selama 22 TAHUN tanpa terGUGAT sedikit pun kecuali pada PRU-11 tahun 2004.. Malah, UMNO Kelantan tak BOLEH menDABIK DADA mengatakan mereka sudah PULIH selagi AGEN-AGEN PAS yang ada dalam PARTI ini TIDAK diKELUARkan dan para PEMIMPIN UMNO bersatu.. Apa? Mana AGEN sedemikian? Patule KALAH aje pasal tak NAMPAK rupanya..

Datuk Hassan ALI sebenarnya telah meWUJUDkan WADAH baru dalam POLITIK khususnya di Kelantan.. Pernah ke CERAMAH UMNO di Kelantan diHADIRi GELOMBANG umat sebegini RAMAI? Kalau PM tak TURUN, jangan HARAPlah.. Yang datang menDENGARi CERAMAH Datuk Hassan ALI tuh bukannya orang UMNO atau PERKASA aje.. Kita yakin Lebai-Lebai PAS yang TIDAK ingin lagi diperDUNGUkan oleh para PEMIMPIN mereka pun turut HADIR menDENGARnya.. Ye la.. Sampai bila PAS mampu meperDUNGUkan para PENGIKUTnya? Kalau memperDUNGUkan UMNO Kelantan, memang Lebai PAS pandai!


Dari SUDUT DEMOGRAFInya pulak, penduduk PASIR MAS memang UNIK.. PAS dan UMNO sebenarnya boleh diKIRAkan 50%-50% di sana.. Di PASIR MAS ini banyak sekolah PONDOK yang biasanya MUDAH terPENGARUH dengan PAS.. Manakala golongan PENIAGA, kakitangan Kerajaan PUSAT dan PESARA Kerajaan pulak biasanya memilih UMNO.. Namun demikian, Datuk Hassan ALI telah memecahkan DEMOGRAFI ini dengan mengHIMPUNkan GELOMBANG umat tanpa mengira PARTI di PASIR MAS.. Yang RUGInya adalah PARTI yang meMUSUHi Datuk Hassan ALI ketika ini la iaitu PAS! Itulah.. DUNGU tak boleh diAJAR dah!


Kita yakin kalau kena CARAnya, PAS boleh diLUPUSkan di Kelantan seperti apa yang berlaku pada tahun 1977 dahulu.. PAS memang TAKUT dengan GELOMBANG umat seperti tahun 1977.. Cumanya, ISU tahun 1977 ialah keMARAHan RAKYAT Kelantan pada Lebai-Lebai PAS yang mengGADAIkan tanah NEGERI ini kepada CINA Singapura! (ISU ini rasanya belum SELESAI lagi pada hari ini..).. PRU-13 nanti, apakah FAKTOR Datuk Hassan ALI mampu menyumbangkan keJATUHan PAS bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh NEGARA? Betul ke? Nampaknya FAKTOR ini semakin jelas cuma kena diperKUATkan lagi..

UMNO pun jangan EGO sangat pasal tahun 1977 dulu pun UMNO hanya BERJAYA meRAMPAS Kelantan pasal adanya PARTI BERJASA yang meRUPAkan SERPIHAN PAS! RAKYAT Kelantan amat menyanjung TINGGI Datuk Nasir yang MENEBUS kembali tanah-tanah NEGERI dari CINA Singapura.. Kalau nak HARAPkan keKUATan UMNO 100%, amatlah sukar.. Tahun 2004 pun UMNO GAGAL pasal FAKTOR perPECAHan UNDI contohnya seperti di PASIR MAS.. Ada BAIKnya UMNO mengGUNAkan FAKTOR Datuk Hassan ALI di samping menyingkirkan AGEN-AGEN PAS yang meWUJUDkan BUDAYA Cah-KETING dalam PARTInya!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS