DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, April 28, 2011

DATUK T VS LELAKI Y - Mak aii...!! BESARnya PERUT lelaki itu... Nak MUNTAH!! Uweekkk!!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Uweekk!!! Uweekk!!!

Ramai yang mengadu MUNTAH melihat KLIP video SEKS siri ke-2 yang diKAITkan dengan seorang pemimpin kanan PKR dikenali sebagai 'LELAKI Y'.. Nampaknya KALI ini memang motif KLIP video SENGAJA diFOKUSkan kepada SAIZ perut 'LELAKI Y' kerana individu yang meNAFIkan dirinya sebagai 'LELAKI Y' iaitu pemimpinan kanan PKR itu menDAKWA saiz PERUTnya tidak besar seperti 'LELAKI Y' walaupun pada masa itu dia BELUM pun lagi meLIHAT video tersebut? ->KLIK<-

Baiklah, kita pakat-pakat TOLAK ke tepi dulu rasa LOYA nak MUNTAH melihat PERUT besar 'LELAKI Y', spender XXL dan MUKAnya dalam KLIP video lebih kurang 1 minit setengah tuh.. Kita nak TANYAlah secara JUJUR kepada anda SEMUA.. Selepas melihat dan mengenal-pasti MUKA dan PERUT besar 'LELAKI Y' dalam KLIP video tersebut, adakah anda masih MAHU dia menjadi Perdana Menteri(PM) kepada NEGARA ini? Adakah anda masih mahu dia menjadi PEMIMPIN kepada anda? Yang paling PENTING, adakah anda mahu berIMAMkan dia semasa solat berJEMAAH?

Kita TAK nafikan rakaman video ini diLAKUkan secara terSEMBUNYI.. Memang pihak yang SENGAJA meRAKAMkan video ini adalah pihak yang SALAH.. Namun, seperti yang kita TULISkan sebelum ini, aksi 'LELAKI Y' dalam video tersebut BUKANnya sekadar tukar baju atau BOGEL untuk pergi mandi! Sebaliknya itu adalah aksi bagaimana dia melakukan hubungan SEKS dengan seorang PELACUR Cina! LOGIKkah baik dari segi hukum agama mahu pun dari segi AKAL jika kita hanya mengatakan pihak yang meRAKAM video sedemikian bersalah sedangkan pihak yang SENGAJA melanggan PELACUR tidak pulak berSALAH?

Tidakkah DUNGU Lebai-Lebai PAS sebelum ini sanggup mengHIMPUNkan beribu-ribu orang pengikut mereka untuk SOLAT hajat agar Allah SWT meLINDUNGi 'LELAKI Y' yang melanggan PELACUR tersebut? Kamu mengGUNAkan solat yang meRUPAkan tiang agama ISLAM untuk meLINDUNGi perbuatan MUNGKAR yang diLAKNAT oleh Allah SWT hinggakan umat nabi-nabi terdahulu diTIMPA bala kerana melakukannya? Memang Lebai PAS sangat-sangat DUNGU! Patutlah Lebai-Lebai PAS tidak wujud di negara-negara ISLAM lain.. HANYA wujud di sini sahaja!

Tak pasal-pasal seluruh DUNIA dapat tengok SAIZ perut 'LELAKI Y' yang diDAKWA sebagai seorang pemimpin kanan PKR.. BURUK… Sangat BURUK… Malu sungguh untuk memBAYANGkan bagaimana 'LELAKI Y' yang berPERUT besar dan berUMUR 60 tahun lebih boleh melanggan PELACUR Cina dan masih pulak berNAFSU 'menJUBOR' lelaki!.. Kenapalah NAFSU manusia seperti 'LELAKI Y' ini sangat DAHSYAT meLEBIHi nafsu HAIWAN? Kenapalah ada umat ISLAM spesies macam nih? Atau ini pun memang peRANCANGan ZIONIS NEO-CON?

Bagaimana agaknya dengan penerimaan keluarganya? Walaupun mungkin ISTERI dan anak SULUNGnya berMATI-MATIan menafikannya, mampukah mereka menahan PERSEPSI buruk orang RAMAI seluruh dunia terhadap SUAMInya menerusi video KLIP ini? Mampukah mereka menahan AIR MATA dan keBENCIan anak-anak yang LAIN apabila melihat video KLIP ini? Bukankah kita dah pernah BERITAHU bahawa tidak berBALOI mengejar keKUASAan POLITIK jika keBAHAGIAan keluarga kita HANCUR kerananya?

Seperti biasa, kita YAKIN pemimpin kanan PKR yang diTUDUH sebagai 'LELAKI Y' dalam klip VIDEO ini akan meNAFIkan bahawa itu bukan DIRInya.. Begitu jugak kita menJANGKAkan skrip yang sama daripada ISTERInya dan anak SULUNGnya.. Malah, kita tak rasa pun penDIRIan pemimpin atasan PKR akan berubah.. Kita jugak menJANGKAkan mereka akan menuduh pihak lain seperti PM, isteri PM, Polis, UMNO, Peguam Negara dan mungkin seluruh NEGARA.. Kita jugak YAKIN 100% bahawasanya pemimpin kanan PKR ini, ISTERInya dan anak SULUNGnya tidak akan berani SAMAN salah seorang 'DATUK T' yang mengaku meMILIKki sepenuhnya klip video SEKS 'LEKAKI Y'! -> Pelik BUKAN? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS