DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, April 15, 2011

Eksklusif PRN Sarawak - Dear PRIBUMI of Sarawak, will you ASK these questions to DAP?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pertama sekali, kita INGIN sekali meRAYU kepada para pemimpin besar UMNO seperti TS Muhyiddin agar tidak terlalu OPTIMISTIK semasa mengeluarkan kenyataan tentang tahap SOKONGan satu kaum yang dikeTAHUi umum sebagai penyokong 'HARDCORE' DAP.. ->KLIK<-

Bukan apa, ada BAIKnya TS Muhyiddin ingat BALIK pengalaman beliau sendiri semasa PRK Bukit Gantang dahulu.. Bukankah beliau jugak pernah mengeLUARkan kenyataan yang sama di hadapan AUDIENS yang sama? Lalu apakah keputusan PRK Bukit Gantang akhirnya mengGAMBARkan keBENARan kenyataan TS Muhyiddin pada masa itu? Bagi kita SENANG aje, biarkan saja mereka.. Kalau kaum itu begitu menyayangi DAP, abaikan saja mereka dan TUMPUkan saja keMURAH hatian BN kepada warga PRIBUMI Sarawak!

Blog ini sentiasa menDESAK agar BN Sarawak dan BN Pusat tidak BERHENTI menyerang DAP semasa berKEMPEN di sana.. Dah banyak kali kita TEGASkan bahawa DAPlah yang menjadi 'Command Centre' kepada pakatan DAP-PKR-PAS.. Lumpuhkan mereka maka AUTOMATIK lumpuhlah yang dua lagi tuh.. PKR tidak mempunyai keKUATan asas di Sarawak sebaliknya hanya berGANTUNG kepada sokongan dan maklumat dari DAP.. Sementara PAS memang akan diKORBANkan sebagai ’Kambing Hitam’ di Sarawak oleh DAP akibat keDUNGUan mereka sendiri..

BN Sarawak seharusnya mengGEMBLENG 100% keKUATan sokongan PRIBUMI Sarawak terhadap mereka.. Jelas sekali DAP tidak akan berMURAH hati kepada PRIBUMI Sarawak seperti mana apa yang mereka lakukan terhadap orang Melayu/BUMIPUTERA di Semenanjung.. Malah, kita CABAR warga PRIBUMI Sarawak pergi berTANYA kepada DAP, apakah yang mereka akan lakukan untuk memBELA nasib kamu?

- Adakah DAP sanggup mengAGIHkan keKAYAan yang diMILIKki oleh kaum yang TEGAR menyokong mereka untuk dibahagikan sama rata kepada PRIBUMI Sarawak?

- Adakah DAP sanggup memBINA masjid atau rumah ibadat untuk mana-mana kaum PRIBUMI Sarawak tanpa pilih KASIH dan PREJUDIS?

- Adakah DAP akan memBUKA peluang perNIAGAan atau peKERJAan kepada kaum PRIBUMI Sarawak seperti mana yang BN lakukan terhadap kaum yang menyokong mereka?

- Adakah DAP akan memberikan taraf penDIDIKan kepada PRIBUMI Sarawak sama seperti yang mereka BERIkan kepada anak-anak mereka?

- Adakah DAP akan mengAGIH-AGIHkan tanah sama rata berDASARkan pecahan kaum PRIBUMI di Sarawak atau hanya mereka yang memBOLOTnya 100%?

Sila TANYAkan itu semua kepada DAP secara berDEPAN! Anda akan LIHAT sendiri bagaimana 'BODY Language' mereka berSIKAP lebih JUJUR berbanding LIDAH mereka!


Kalau orang Melayu/BUMIPUTERA di Pulau Pinang, Perak dan Selangor pun GAGAL mendapat LAYANAN sama rata seperti yang diJANJIkan oleh DAP semasa PRU 2008, apakah PRIBUMI Sarawak meRASAkan DAP akan meLAYAN mereka tahap kelas PERTAMA kelak? Konsep yang di bawa oleh DAP mudah sahaja – menyerupai fahaman KOMUNIS! Jika anda tidak menyokong mereka, anda bakal di'LENYAP'kan dari muka bumi.. Cuba warga PRIBUMI Sarawak bukak MATA dan lihat sendiri bagaimana DAP meLAYAN kaumnya sendiri yang ENGGAN menyokong mereka! Kalau yang sama KAUM pun diLAYAN sedemikian rupa, apakah PRIBUMI Sarawak merasakan mereka lebih berNASIB baik? ->KLIK<-

DAP meMUSUHi TS Taib bukan hanya kerana dia KAYA semata-mata.. Sebenarnya seperti jugak di Semenanjung, DAP tidak mungkin mahu HIDUP di bawah pemerintahan orang Melayu/BUMIPUTERA apatah lagi yang beragama ISLAM, maka begitu jugaklah di Sarawak! Sifat DENGKI, dendam dan TAMAK yang wujud dalam DAP dan kaum yang menyokongnya amat sukar diPULIHkan selagi mereka tidak berjaya berKUASA di negara ini.. Jika Melayu/BUMIPUTERA di Semenanjung yang menjadi kaum MAJORITI enggan diHORMATi, apakah PRIBUMI Sarawak yang merupakan warga MAJORITI merasakan DAP akan mengHORMATi mereka?

DAP hanya tahu meletakkan perKATAan ‘D-E-M-O-C-R-A-T-I-C’ pada nama parti mereka tetapi adakah anda RASA perkataan itu memberi MAKNA jika DAP sendiri enggan mengHORMATi suara MAJORITI yang merupakan tuntutan paling ASAS dalam erti kata DEMOKRASI itu sendiri?

Wallahualam..

1 comment:

Bhavani said...

Hi, Some one from facebook refereed your link i have book marked it nice blogs you write see Free Ezine Article here

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS