DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, April 04, 2011

DATUK T VS LELAKI Y - Ramai yang sudah jadik tak RASIONAL dengan penDEDAHan video seks tersebut..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita INGIN sekali menegaskan dalam BLOG ini bahawa kita tetap tidak berSETUJU dengan TINDAKkan 'DATUK T' menDEDAHkan video seks seorang pemimpin kanan PKR kepada beberapa wakil MEDIA sebelum menyerahkan kepada pihak POLIS tetap tidak KENA cara.. Walaupun tujuan 'DATUK T' adalah JELAS mahu menunjukkan keMUNGKARan yang dilakukan oleh pemimpin terBABIT tetapi CARA yang diambil oleh mereka telah menyebabkan UMNO/BN dan PERKASA menanggung AKIBAT kerana ramai PIHAK yang menganggap pendedahan video seks tersebut berMOTIFkan POLITIK.. Itulah SILAPnya kerana sepatutnya video seks tersebut wajar diSERAHkan terus kepada pihak berkuasa tanpa perlu sesiapa pun melakukan pengHAKIMan.. ->KLIK<-

Namun demikian, kita jugak INGIN menZAHIRkan rasa keKECEWAan dengan golongan alim ULAMA, yang PERASAN alim dan jugak seorang dua TOKOH politik veteran dalam UMNO/BN sendiri.. Ini kerana mereka seolah-olah KABUR atau tidak nampak MOTIF yang sebenar penDEDAHan video seks pemimpin kanan PKR tersebut.. ->KLIK<- & ->KLIK<-

Apa yang menyebabkan kita KECEWA ialah kenyataan mereka yang lebih menumpukan bahawa penDEDAHn video seks tersebut berMOTIFkan POLITIK sedangkan sebagai alim ULAMA dan tokoh POLITIK, mereka sepatutnya TAHU bahawa KOT mana sekali pun seorang yang berZINA dengan PELACUR 'China Doll' tidak PATUT sama sekali menjadi PEMIMPIN!

Kenapa mereka lebih nampak motif POLITIK? Ini kerana Penasihat PKR semasa sidang media untuk meNAFIkan dirinya adalah 'LELAKI Y' dalam RAKAMAN video seks telah mengatakan bahawa penDEDAHannya berMOTIFkan POLITIK lantas mengaitkan dengan UMNO/BN.. Kata-katanya INIlah yang diKUTIP habis-habisan oleh para alim ULAMA, yang PERASAN alim dan jugak tokoh-tokoh POLITIK yang diMAKSUDkan.. Sepatutnya mereka jugak WAJAR mengutuk perBUATan ZINA yang ada dalam video seks tersebut? Apakah ZINA itu HUKUMANnya lebih RINGAN atau DOSA kecil hinggakan mereka seakan ENGGAN mengutuknya?

Sampai bila mereka INI mahu melihat perkara sebegini dari SUDUT POLITIK 100%? Patutlah begitu banyak GEJALA SOSIAL berlaku hari ini pasal SEMUAnya mahu diLIHAT dari SUDUT POLITIK? Mereka lebih PERCAYA imej 'CARMOUFLAGE' tokoh-tokoh POLITIK tertentu yang KONONnya ISLAMIK tetapi berNAFSU buas mengalahkan HAIWAN? Sepatutnya mereka mengeluarkan KENYATAAN lebih berIMBANG tanpa memihak kepada sesiapa pun.. Kalau BEGINIlah sikap mereka, memang ramai RAKYAT yang akan terANIAYA kerana jika mereka DEDAHkan, mereka akan dikatakan bertujuan POLITIK!

Dalam KONTEKS ini, ada beberapa alim ULAMA dan tokoh-tokoh POLITIK yang diMAKSUDkan menuding jari kepada UMNO/BN sedangkan RAMAI di kalangan pemimpin dan ahli UMNO/BN pun terpinga-pinga dengan penDEDAHan video seks ini.. Ya, memang SALAH seorang daripada 'DATUK T' adalah ahli UMNO dan ada jugak yang pegang jawatan Bendahari dalam PERKASA tetapi adakah itu BUKTI yang KUKUH untuk mengaitkan UMNO/BN atau PERKASA secara langsung dengan pendedahan video seks tersebut? Walaupun CARA pendedahan mereka SALAH tetapi adakah mereka tidak BERHAK untuk menDEDAHkan sebarang salah laku SEKSUAL mana-mana tokoh POLITIK?

UMNO/BN atau PERKASA sebagai sebuah pertubuhan BERHAK mengambil tindakkan MAHKAMAH ke atas mana-mana PIHAK yang menuduh mereka sebagai DALANG di sebalik pendedahan video seks ini.. Seharusnya kita patut meLIHAT secara RASIONAL bahawa CARA penDEDAHan video seks sedemikian rupa tidak BETUL tetapi pada masa yang SAMA kita jugak patut MENGUTUK perbuatan ZINA jika benar 'LELAKI Y' terBUKTI melakukannya.. Kata-kata peNAFIan KONONnya pendedahan video seks itu berTUJUAN atau berMOTIFkan POLITIK adalah ALASAN yang cuba mengalihkan TUMPUAN daripada perkara SEBENAR iaitu ZINA! Seharusnya para alim ULAMA, yang PERASAN alim dan jugak tokoh-tokoh POLITIK yang diMAKSUDkan meletakkan kePERCAYAan kepada pihak berkuasa untuk memBUKTIkan keBENARan kerana seperti kita, mereka jugak INGIN tahu perkara SEBENAR!

Wallahualam..

1 comment:

Sazrul Hafizie ... said...

Salam perkenalann..onfo yg bagus..TQ2!!!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS