DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, April 13, 2011

Eksklusif PRN Sarawak - BN Sarawak should not HESITATE to ask support from their companion in UMNO to face the evil DAP..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tinggal beberapa HARI lagi sebelum hari pengundian tiba.. Semua pihak yang bertanding semakin mengGIATkan usaha untuk menawan hati pengundi di kawasan masing-masing.. Walaupun DAP bertanding tidak sampai pun 1/3 kerusi DUN Sarawak, tetapi IMPIAN mereka amat BESAR iaitu untuk menabalkan seorang lagi BALACI mereka selepas apa yang berlaku di Selangor dan Perak sebelum ini.. Inilah niat tersirat mereka yang cuba diMOMOKkan semasa kempen PRN Sarawak..

Walaupun NAFSU besar DAP boleh dibaca oleh sesiapa pun, kita masih tertanya-tanya adakah sistem penyampaian BN Sarawak begitu berkesan untuk menyalurkan MAKLUMAT bagi menangkis dakyah JAHAT ini? Kita tertanya-tanya seJAUH manakah BN Sarawak berjaya menJAWAB segala tohmahan dan DAKYAH oleh DAP.. Kita pernah INGATkan sebelum ini bahawa DAP adalah meRUPAkan 'COMMAND CENTER' kepada pakatan PKR dan PAS bagi menghadapi PRN kali ini.. Jika BN berjaya meLUMPUHkan DAP, tidak mustahil BN berjaya menjadi kerajaan di Sarawak.. ->KLIK<-


Kalau di Semenanjung, hanya UMNO yang merupakan TONGGAK utama dalam BN mampu menangkis dan menyerang BALAS segala DAKYAH jahat DAP.. MCA, PPP dan Gerakan seakan tidak bermaya untuk menghadapi DAP.. Malah, UMNO jugak mendapat dokongan secara tidak langsung melalui NGO-NGO Melayu seperti PERKASA dan lain-lain dalam usaha untuk menyerang BALAS ini.. Apabila kempen PRN Sarawak meMASUKki fasa-fasa terakhir, adakah BN Sarawak setakat ini sudah berani menDABIK dada bahawa mereka mampu MENANG besar atau mencapai majoriti 2/3 kerusi DUN? Adakah mereka yakin DAP akan TUMBANG di banyak kerusi DUN kali ini?

Mungkin parti-parti komponen BN Sarawak patut menilai semula STRATEGI mereka menghadapi DAP agar tidak kelihatan terlalu selsesa.. DAP adalah pakar dalam bab perang SARAF dan mengumpulkan risikan serta keLEMAHan lawan mereka.. DAP jugak bijak meMANIPULASIkan isu terutamanya di depan kaum yang menjadi pengundi SETIA mereka.. Mereka tidak KISAH pun untuk berBOHONG dan langsung tidak percaya DOSA kerana berBOHONG.. Tanpa melakukan pemBOHONGan dan memainkan SENTIMEN perKAUMan dan keAGAMAan secara meLAMPAU, adakah anda yakin DAP mampu mendapat banyak kerusi DUN?

Apa yang kita KHUATIR adalah keMAMPUan jentera penerangan BN Sarawak menJAWAB tohmahan DAP berhubung isu tanah, keBEBASan beragama dan jugak isu-isu nasional lain.. Apa yang dibawa untuk menjadi bahan KEMPEN di Sarawak sebahagian besarnya adalah bahan KEMPEN yang di 'IMPORT' dari Semenanjung.. Oleh kerana DAP tidak boleh hidup tanpa SOKONGan satu kaum, sudah tentulah di mana kaum tersebut wujud, di situlah DAP pun akan wujud.. Maka, ISU yang dimainkan mereka pun berkisar sekitar isu yang dimainkan di Semenanjung jugaklah..

Orang Melayu/Bumiputera di Semenanjung serta PRIBUMI di Sarawak dan Sabah mempunyai hak yang diLINDUNGi oleh Perlembagaan Negara.. Hak inilah yang menjadikan DAP sangat sakit HATI terhadap kita sejak negara ini MERDEKA lagi dan sering mempertikaikannya secara TERBUKA.. Demi mengHAPUSkan hak-hak ini, mereka sanggup 'MENAJA' beberapa pemBELOT dan pengKHIANAT di kalangan orang Melayu/Bumiputera serta di kalangan PRIBUMI Sarawak agar mengHASUT dan memFITNAH sesama kaum sendiri.. Apabila ini BERJAYA, yang akan mengaut sebanyak-banyak HASILnya sudah tentulah DAP sendiri dan TOKEY-TOKEY satu kaum yang menaunginya! Itukah yang kita mahu?

Rasanya tidak SALAH jika BN Sarawak mendapatkan BANTUAN daripada jentera penerangan rakan-rakan komponen BN lain di Semenanjung khususnya dari UMNO.. UMNO mempunyai jentera penerangan yang cukup berKESAN khususnya di kalangan orang Melayu/Bumiputera di Semenanjung.. Oleh kerana orang Melayu/Bumiputera dan PRIBUMI di Sarawak adalah kaum DOMINAN yang berKONGSI hak yang sama di bawah Perlembagaan Negara, sepatutnyalah BN Sarawak mengambil INISIATIF mengHUBUNGi rakan-rakan di Semenanjung untuk berKONGSI maklumat dan mencari jalan penyelasaian untuk melawan DAP.. Berhentilah melihat UMNO nak masuk Sarawak dalam KONTEKS melawan DAP untuk PRN kali ini..

Jentera BN di Semenanjung khususnya dari UMNO telah mempunyai pengalaman berHADAPAN dan memulihkan 'MIND-SET' orang Melayu/Bumiputera yang sanggup menJILAT punggung pemimpin DAP demi menDAPATkan kuasa POLITIK yang tidak sebesar mana.. Akhirnya, yang benar-benar KENYANG nanti adalah mereka kerana berjaya menJADIkan orang Melayu/Bumiputera meROMPAK harta bangsa sendiri untuk diAGIHkan kepada DAP dan suku-sakatnya.. Masa tuh nanti, puak yang memBELOT bangsanya sendiri pun hanya mendapat sekelumit sahaja berbanding dengan apa yang DAP perolehi.. Adakah PRIBUMI Sarawak mahu jadi sedemikian?

DAP sampai KIAMAT pun tidak akan menerima hak-hak Bumiputera atau PRIBUMI asal di negara ini.. Lihatlah bagaimana induk ASAL mereka iaitu PAP telah lakukan di Singapura.. Mereka sanggup mengubah sejarah negara tersebut KONONnya dibuka oleh penjajah Inggeris sedangkan ianya jelas diMILIKki oleh KeSULTANan Melayu sejak berkurun lamanya.. Adakah PRIBUMI Sarawak RELA menjadi sedemikian? Adakah PRIBUMI Sarawak mahu keHILANGan apa yang mereka ada ASALkan DAP berjaya menguasai Sarawak?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS