DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, August 13, 2011

Perbuatan 'menyalahi hukum SYARAK' (berDOSA) di Pulau Pinang tetapi dilakukan 5 kali sehari di Kelantan dan Terengganu?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kot mana sekalipun, orang Melayu/ISLAM di negara ini tetap menDAPAT layanan kelas KEDUA atau mungkin lebih BAWAH lagi termasuk dalam soal berIBADAT.. Rejim PR yang terdiri daripada DAP + PAS + PKR tidak ubah seperti ZIONIS di Palestin dalam bab menindas dan memperLEKEHkan orang Melayu/ISLAM.. Malah yang PELIKnya tuh ada pulak yang mengaku KONONnya pandai tentang ISLAM tapi sanggup berSEKONGKOL dengan musuh-musuh ISLAM dalam PR terutamanya dalam perkara yang meLIBATkan IBADAT orang ISLAM..

Kita terKEJUT apabila JHEAIPP mengeluarkan pekeliling meLARANG pengGUNAan pembesar SUARA di waktu subuh untuk membaca ayat-ayat suci Al Quran sebelum AZAN dikumandangkan.. Yang lebih DAHSYATnya tuh, diLABELkan pulak perbuatan sedemikian sebagai 'menyalahi hukum SYARAK' dan disifatkan sebagai mengGANGGU orang lain di dalam dan luar masjid.. ->KLIK<-

Adalah PELIK kenapa diGUNAkan istilah 'menyalahi hukum SYARAK'? Apabila mereka mengGUNAkan ISTILAH 'menyalahi hukum SYARAK', tidakkah ianya berMAKSUD sesiapa umat ISLAM yang melakukan perbuatan sedemikian adalah berDOSA? Atau adakah sesiapa Lebai-Lebai JHEAIPP yang boleh mengemukakan apa-apa perbuatan yang 'menyalahi hukum SYARAK' tetapi tidak berDOSA? Mungkin boleh RUJUK 'Khalifah KIASU Umar Abdul Aziz' kat pejabatnya di KOMTAR tuh kalau tak tahu..

Hukum SYARAK melibatkan perkara-perkara berKAITan dengan soal Feqah dan ianya masih diperBAHASkan oleh para ULAMA sehingga hari ini.. Bagi umat ISLAM, setiap perbuatan manusia seperti makan-minum, berniaga, berSUCI, beribadat dan apa sahaja hendaklah menepati hukum SYARAK yang telah diTETAPkan.. Namun demikian, apakah sandaran untuk mengatakan memBACA Al Quran mengGUNAkan pembesar SUARA sebelum azan Subuh adalah 'menyalahi hukum SYARAK' atau sama MAKSUD dengan berDOSA? Bagaimana pulak dengan masjid-masjid di Kelantan dan Terengganu yang memperDENGARkan bacaan al Quran setiap kali sebelum azan 5 kali sehari sekitar 10 minit? Adakah itu 'menyalahi hukum SYARAK'?

Atau adakah Lebai-Lebai dalam JHEAIPP berANGGAPan LARANGAN membaca ayat-ayat suci Al Quran sebelum azan Subuh mengGUNAkan pembesar SUARA hanya untuk negeri Pulau Pinang sahaja? ASSALAMUALAIKUM Pak Lebai! Apabila kamu mengaitkan dengan 'Hukum SYARAK', ianya meliputi seluruh umat ISLAM bukan sahaja di NEGARA ini, malah di serata DUNIA! Sebab itulah kita perSOALkan apabila LARANGAN ini diperkenalkan di Pulau Pinang, bagaimana pulak dengan umat ISLAM lain di serata dunia termasuk di Tanah Suci MAKKAH dan MADINAH? Apakah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memang senyap sunyi tanpa bacaan ayat-ayat suci Al Quran sebelum azan Subuh dikumandangkan?

Kita boleh TERIMA kalau JHEAIPP mengarahkan agar kadar 'VOLUME' pembesar SUARA diperKECILkan semasa ayat-ayat suci Al Quran diBACAkan sebelum azan Subuh.. Namun, adakah itu yang terCATAT dalam pekeliling JHEAIPP? Tidak.. Sebaliknya mereka menekankan ianya adalah 'menyalahi hukum SYARAK', bukannya cuba mencari ALTERNATIF atau menyediakan 'GUIDELINE' yang bersesuaian.. Begitu MUDAH sekali mereka memutuskan kaedah penyelesaian untuk perkara yang diKAITkan mereka dengan hukum SYARAK.. Cara pemikiran mereka menyamai OTAK 'Khalifah KIASU Umar Abdul Aziz' yang sebelum ini menCADANGkan pilihanraya MASJID - Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW sendiri!

KeBANYAKkan orang Melayu/ISLAM dari PAS dan PKR yang jadik penJILAT ponggong 'Khalifah KIASU Umar Abdul Aziz' dari DAP La'anatullah menggunakan HUJAH Dr. Asri/Dr. Maza seperti berikut..


1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya..
->KLIK<-

Di sini, kita seharusnya meLIHAT bahawa mereka yang memBACA Al Quran sebelum azan Subuh jugak patut diLIHAT sebagai ingin berIBADAT jugak.. MeLAINkan kot ada la keluar FATWA langit ke-7 dari mana-mana PIHAK mengatakan baca Al Quran bukan suatu IBADAT.. Jika terGANGGU kerana suara yang KUAT, Nabi SAW menyuruh pemBACA memPERLAHANkan suaranya.. Nabi SAW tidak pun meLARANG hak untuk seseorang itu memBACA Al Quran pada bila-bila masa pun? Apatah lagi Nabi SAW mengHUKUM perbuatan sedemikian sebagai 'menyalahi hukum SYARAK'? Tambahan pulak SENARIO dalam HADIS tersebut berlaku ketika ada pihak sedang berMUNAJAT atau mengerjakan SOLAT berdekatan dengan seseorang yang meBACA Al Quran secara KUAT.. Sama ke dengan SENARIO bacaan ayat-ayat suci Al Quran sebelum azan Subuh? Cuba anda BACA balik HADIS riwayat Abu Sa’id al-Khudri itu betul-betul!

Dalam KONTEKS zaman ini, seWAJARnya kita meMINTA atau memBERIkan 'GUIDELINE' supaya ayat-ayat suci Al Quran yang diBACA tidak mengGANGGU pihak yang diMAKSUDkan, bukannya terus mengHUKUM perbuatan sedemikian sebagai 'menyalahi hukum SYARAK'! Setahu kita, bacaan Al Quran sedemikian dilakukan di MASJID, bukannya di depan rumah 'Khalifah KIASU Umar Abdul Aziz' atau markas DAP La'anatullah.. Jadik, lokasinya adalah BETUL.. MASJID pulak sudah tentu dibina di kawasan kediaman orang ISLAM.. Sepatutnya bacaan ayat-ayat suci Al Quran ini menJADI daya penarik untuk ke MASJID.. Bukan lama mana pun, cuma sekitar 10 minit sebelum azan dikumandangkan.. Apakah itu yang nak diKATAkan 'menyalahi hukum SYARAK'?

TerPULANG kepada anda untuk menilai HUJAH Dr. Asri/Dr. Maza menerusi hadis tersebut.. Yang NYATAnya, Nabi SAW mengANJURkan kita berTOLAK ansur, bukannya mengHUKUM mana-mana pihak seperti mengatakan 'menyalahi hukum SYARAK'! Inilah PENYAKIT golongan yang dilihat sebagai alim ULAMA kita yang sering berHUJAH dengan perkataan 'M-U-N-G-K-I-N'.. Kalau tanya ULAMA A, dia keluarkan HUJAH 'M-U-N-G-K-I-N' dia macam nih.. Kalau tanya ULAMA B, adalah HUJAH 'M-U-N-G-K-I-N' kot lain pulak! Kalau tanya Lebai-Lebai PAS dan ahli-ahli PKR yang menJILAT ponggong DAP La'anatullah, mereka akan KATA,

"Aku TAHU pasal aku ada ILMU untuk memahami, korang yang tak ada ILMU memang tak akan FAHAM!" ---> Hakrrkk!! PTUIH!

Yang jelas RUGInya adalah umat ISLAM itu sendiri.. Kalau Al Quran tidak boleh diperDENGARkan di MASJID, selepas ini apa pulak? Khutbah JUMAAT? Azan Solat 5 WAKTU? Selawat Nabi SAW pulak? Sebaliknya, 'TAZKIRAH' para pemimpin DAP La'anatullah dan para penJILAT ponggongnya di dalam MASJID yang memecah-belahkan umat ISLAM demi kepentingan POLITIK, tak ada pulak LARANGAN sebegini? ---> Hakrrkk!! PTUIH!

Wallahualam..

4 comments:

Anonymous said...

hukum hakam dah jadi mainan sekarang..yang hancurnya DAP mulakan PAS dengan bangganya sokong sepenuh hati..

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dah OTAK letak kat LUTUT, macam tu la..

Wallahualam..

Anonymous said...

salam. saya tk menyelebelahi mana2 pihak kecuali berpandukan kpd sunah nabi yg melarang kita menganggu orglain walaupun ketika kita beribadah. nampak seolah-olah tulisan saudara lebih menjerumus kepada mengikut perasaan dan mencampur adukkan aspek politik.

Anonymous said...

di kelantan penuh masjid2 dan surau dia baca doa pakai microfon...bila nak haramkan ? hipokrit tul..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS