DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, August 06, 2011

Selain isu serbuan GEREJA, isu penTADBIRan UNISEL dan asrama YBK jugak perlukan campur tangan DYMM Sultan Selangor..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selain isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara yang diDAKWA ada kaitan dengan agenda meMURTADkan umat ISLAM di Selangor, rasanya DYMM Sultan Selangor jugak perlu 'Seeking for AUDIENCE' dalam isu penTADBIRan UNISEL dan isu perpindahan asrama pelajar YBK.. Ini kerana baik UNISEL atau pun YBK, kedua-duanya adalah demi pendidikan RAKYAT Selangor yang seharusnya BEBAS dari campur tangan berUNSURkan POLITIK.. Kemelut kedua-dua INSTITUSI yang disebabkan oleh ke'BENGONG'an MB GAGAP ini hanya akan meMUSNAHkan apa yang telah diBINA untuk RAKYAT Selangor sendiri selama ini..

Ada RAHMATnya apabila kemelut dalam kedua-kuda INSTITUSI berkaitan pendidikan ini terDEDAH.. Ianya memBUKTIkan betapa besarnya HIPOKRASI puak-puak PR yang selama ini mengKRITIK dan mengutuk Kerajaan Pusat yang mengenakan AUKU dan mengawal-selia INSTITUSI pendidikan NEGARA.. Para pemimpin PR menDAKWA kononnya AUKU sebagai satu bentuk campur tangan kerajaan terhadap INSTITUSI pendidikan tetapi MB GAGAP telah memBUKTIkan tanpa AUKU sekali pun dia BEBAS bertindak ala-ala 'CEO syarikat MAK BAPAK dia' terhadap mana-mana INSTITUSI pendidikan di Selangor.. Macam le duit POKET dia yang TUBUHkan UNISEL dan YBK?

Integriti UNISEL terCEMAR teruk dengan tindakkan Naib Canselornya yang meLETAKkan jawatan kerana tidak berPUAS hati dengan PROSEDUR meLUCUTkan jawatan tiga pegawai UNISEL oleh MB GAGAP.. UNISEL yang sepatutnya seperti mana-mana IPT lain yang meLAHIRkan modal INSAN untuk NEGARA sebaliknya cuba diBENTUK agar meLAHIRkan modal INSAN untuk tujuan POLITIK kepada parti-parti PR.. MB GAGAP telah meLETAKkan kepentingan POLITIK partinya sebagai ELEMEN yang meLEMAHkan seterusnya menJATUHkan INTEGRITI sebuah IPT seperti UNISEL.. Apakah KUALITI pendidikan yang boleh diJAMIN jika sesebuah IPT menjadi 'KILANG' kepada agenda POLITIK kePARTIan? ->KLIK<-

MB GAGAP jugak seakan-akan berDENDAM dengan YBK apabila masih cuba menunjuk KUASA dalam yayasan tersebut.. Sesudah meRUGIkan YBK dan RAKYAT Selangor secara khususnya apabila dengan BONGKAK menolak sebuah UiTM di atas tanah milik yayasan tersebut, MB GAGAP cuba memaksa YBK menutup ASRAMA mereka di KL yang menempatkan para pelajar RAKYAT Selangor yang belajar di sana.. ->KLIK<-

Tindakkan MB GAGAP bukanlah kerana dia ingin melakukan sesuatu yang LEBIH baik.. Sebaliknya dia DENGKI kerana baik YBK atau pun UNISEL, kedua-duanya adalah HASIL kerja kerajaan UMNO/BN yang terDAHULU kepada RAKYAT Selangor.. Inilah 'keCEMERLANGan' kerajaan PR di Selangor iaitu menJAHANAMkan apa yang telah diBINA untuk RAKYAT Selangor..

RAKYAT Selangor patut sedar kenapa MB GAGAP tidak memBINA sesuatu yang BARU sebaliknya menJAHANAMkan apa yang telah pun diBINA.. Ini kerana, untuk memBINA sesuatu yang BARU, ianya memerlukan 'FULUS' dan MB GAGAP nyata tidak mampu menyediakan 'FULUS' kerana semua 'FULUS' milik kerajaan NEGERI telah diGUNAkan untuk perBELANJAan kegiatan parti mereka! Adakah anda LIHAT tindakkan MB GAGAP meLANTIK Penasihat PKR sebagai Penasihat EKONOMI Selangor berGAJI 1 sen sebagai sesuatu yang berBALOI-BALOI? Sedangkan MASA dan 'FULUS' negeri Selangor telah diHABISkan oleh Penasihat EKONOMI 1 sen ini dengan perBICARAan kes 'menJUBOR'nya di mahkamah, mengANJURkan 'RALLY' memuja diri sendiri dan pergi 'OVERSEA' bertujuan untuk memBURUK-burukkan NEGARA sendiri..

Agak malang DYMM Sultan Selangor tidak boleh campur tangan dalam URUSAN penTADBIRan Kerajaan Negeri.. Kalau tak, dah LAMA dah MB GAGAP menerima nasib seperti mana Bendahara Melayu zaman dulu-dulu yang telah mencetuskan keMURKAan kepada Sultannya.. Sekarang hanya RAKYAT Selangor sendiri yang mampu menJATUHkan atau mengekalkan MB GAGAP ini ditampuk KUASA.. Jadik, apakah pilihan RAKYAT Selangor sendiri? Adakah anda masih mahu HIDUP dalam kePALSUan atau kembali kepada REALITI?

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Bila MB nak gi jumpa Sultan nanti, pastikan Hasan Ali (HA) ada sekali supaya HA dapat menjawap segala laporan MB serta merta.

Sultan patut juga tanya pasal Unisel & Yayasan Selangor. Kalau boleh tukarkan je MB yg mengikut telunjuk DAP ni !!!

HA jadi MB baru bagus jugak, tentu UMNO akan sokong.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS