DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, September 12, 2011

Begitu MUDAH sesuatu BANGSA dijual MARUAHnya oleh kuasa-kuasa Barat


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hmnn.. Apa la nak jadi dengan Pak-Pak ARAB ini.. Sanggup mengHANCURkan NEGARA sendiri demi mengemis sedikit 'PINJAMAN' daripada kuasa-kuasa BESAR yang telah meMUSNAHkan mereka sendiri.. ->KLIK<-

Patutlah sebab Rasulullah SAW menjadi Rasul kepada bangsa ARAB bukan kerana mereka bangsa terPILIH sebaliknya kerana mereka bangsa yang telampau JAUH daripada TAUFIK dan HIDAYAH untuk menuju ke jalan yang diREDHAi Allah SWT.. Perangai yang tak pernah berUBAH baik sebelum keDATANGan ISLAM mahu pun selepas era-era keWAFATan Rasulullah SAW..

Kalau kita selusuri SEJARAH bangsa ARAB, mereka sanggup bertelingkah hanya disebabkan perBEZAan pendapat.. Mereka lebih RELA mendengar FITNAH daripada mencari keBENARan atau berMUSYAWARAH mencari jalan penyelasaian.. Khalifah Uthman Al-Affan RA diBUNUH kerana bangsa ARAB yang sepatutnya bersatu sesama saudara seISLAM telah termakan FITNAH.. Begitu jugak nasib yang menimpa sahabat-sahabat Rasulullah SAW seperti Zubair Al Awwam, Talhah Ubaidillah, Khalifah Ali bin Abu Talib dan akhirnya menjadi pecahan Sunnah dan Syiah selepas keMATIan Hussin ibni Ali, cucu Rasulullah SAW sendiri..

Jelas sekali bangsa ARAB hanya mampu diPIMPIN oleh seorang PEMIMPIN yang KERAS, diktator, TEGAS dan AUTOKRATIK.. Walaupun ISLAM sendiri telah memperINCIkan sifat-sifat seorang pemimpin yang diTUNTUT oleh agama ini, nyata sekali para pemimpin ARAB pada hari ini mempunyai sifat-sifat yang berTENTANGan.. Namun demikian, mana mungkin untuk pemimpin mempunya SIFAT sedemikian jika orang yang diPIMPIN jugak tidak menunjukkan sifat yuang sepatutnya? Tidakkah pemimpin yang BAIK itu hanya wujud untuk ummah yang BAIK jugak? Oleh itu, usaha pihak Barat untuk 'menabalkan' pemimpin Arab di Libya, Mesir, Syria dan Yaman mengikut acuan mereka sendiri hanya akan semakin memPORAK-PERANDAkan negara-negara ARAB itu sendiri..

Oleh itu, tidak HAIRANlah bangsa Arab lebih suka menJILAT punggung kuasa Barat yang diDALANGi oleh Zionis NEO-Con seperti mana Lebai-Lebai PAS ni NEGARA kita jugak melakukan demikian terhadap para pemimpin DAP La'anatullah.. Negara-negara KAYA Kumpulan Lapan (G8) dan institusi-institusi KEWANGAN termasuk Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), bank-bank serantau dan Dana Kewangan ARAB berjanji memberikan bantuan dan PINJAMan hampir AS$80 bilion (RM241 bilion) kepada NEGARA-NEGARA ARAB, yang menggulingkan pemimpin DIKTATOR mereka.. Dengan KATA lain, bangsa ARAB dijadikan bangsa tidak berMARUAH walaupun mereka beragama ISLAM..

Baiklah, apakah keLEBIHan yang akan diPEROLEHi oleh Pak-Pak ARAB ini jika mereka menurut kata-kata kuasa Barat yang diDALANGi oleh Zionis NEO-Con ini? Apa yang diTAWARkan oleh kuasa Barat hanyalah 'PINJAMAN' yang sudah tentu akan diMINTA balasan oleh mereka.. Kuasa-kuasa Barat tidak akan pernah memBERIkan 'PINJAMAN' tanpa mengHARAPkan balasan yang setimpal.. Rasanya semua sedia MAKLUM apakah yang diHARAPkan oleh kuasa-kuasa Barat sebagai balasan terhadap 'PINJAMAN' tersebut.. Sudah tentu mereka tidak mengHARAPkan pasir gurun, unta, kurma atau pun penari gelek sebagai balasan? Sudah tentu mereka mahukan hasil BUMI anugerah Allah SWT kepada Pak-Pak ARAB seperti 'EMAS HITAM' sebagai balasan..

Apa pun, tiada GUNAnya kita meRAYU atau meNASIHATkan Pak-Pak ARAB ini agar sedar dan berubah atas nama persaudaraan ISLAM.. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh Pak-Pak ARAB inilah yang diCONTOHi oleh Lebai-Lebai PAS yang sentiasa PERCAYAkan diri mereka lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain.. Sesungguhnya umat Bani JAWI (Melayu/ISLAM) harus meWUJUDkan garis pemisah agar kita tidak menjadi seperti Pak-Pak ARAB ini..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS