DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, September 25, 2011

ISU Hukum HUDUD ni cuma MODAL POLITIK Pok Nik untuk KEKAL bertanding pilihanraya sampai MATI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebenarnya RAMAI tidak tahu kenapa Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dilihat SENGAJA menimbulkan kembali ISU Hukum HUDUD secara tiba-tiba.. Sedangkan sebelum ini PAS sendiri mengakui sudah TIDAK lagi memperJUANGkan HUDUD dan konsep NEGARA ISLAM demi menjaga hubungan BAIK dengan PKR dan DAP La'anatullah.. Kalau melihat REAKSI penyokong UMNO/BN, mereka mengatakan ISU ini diTIMBULkan untuk menutup ISU video SEKS seorang pemimpin KANAN PKR, ISU penDAKWAan ke atas Timbalan Presiden PAS berhubung kenyataan mengHEROkan KOMUNIS dan jugak isu MURTAD di sebuah gereja di Selangor.. Hakikatnya, ISU Hukum HUDUD ini sebenarnya BUKAN untuk menjadi MODAL POLITIK Lebai PAS sempena pilihanraya seperti kata Datuk Ahmad Maslan.. ->KLIK<-

Sebaliknya, dalam PAS pun cuma Pok Nik sahaja yang berSUNGGUH benar meMAINkan ISU ini.. Kenapa Pok Nik berbuat demikian? Ini kerana ISU Hukum HUDUDlah satu-satunya MODAL POLITIK Pok Nik untuk bertanding pilihanraya sejak sekian LAMA.. Pernah tak anda menDENGAR apa lagi MODAL POLITIK Pok Nik selain ISU Hukum HUDUD ini? Tak ada kan? Dari mula dia bertanding tahun 60-an dulu sampailah sekarang, INIlah satu-satunya MODAL POLITIK orang TUA nih.. Demi keGILAan dia untuk pegang KUASA sampai MATI, Pok Nik terpaksalah me'RECYCLE'kan ISU ini walaupun ianya menyakitkan HATI rakan-rakan POLITIKnya sendiri dalam PR.. Asalkan dia MENANG, peduli APA dengan orang lain?

Pok Nik tidak mampu nak bawak ISU lain sebagai MODAL POLITIKnya.. Nak bawak ISU pemBANGUNan, semua orang TAHU kawasan DUN Chempaka pun banyak jalan berLUBANG? Semua orang pun TAHU jugak keGAGALan Pok Nik mengURUSkan bekalan air BERSIH di Kelantan? Nak bawak ISU rasuah, semua orang TAHU anak-menantu Pok Nik pun 2X5 jugak dengan anak-menantu Tun Dollah? Nak bawak ISU keMISKINan, semua orang TAHU Pok Nik GAGAL meMAJUkan RAKYAT Kelantan sebaliknya dia aje yang dok MAKAN GAJI BUTA berpuluh-puluh tahun? Jadik, ISU yang tinggal cuma Hukum HUDUD aje la untuk MODAL POLITIK dia nak bertanding pilihanraya nanti.. Bagi dia, dia cuma nak MENANG sorang-sorang dia aje..

Nanti bila pilihanraya, dapatle dia meNAMPAKkan KONONnya dia nak memperJUANGkan ISLAM menerusi Hukum HUDUD untuk memPERDAYAkan RAKYAT Kelantan dan Lebai-Lebai PAS yang DUNGU tuh! Bila dia MENANG di kawasannya, dia KATAle balik Hukum HUDUD tak dapat dilaksanakan kerana SALAH orang itu dan orang INI.. Dah tentunya dia akan SALAHkan UMNO/BN depan RAKYAT walhal dia sendiri dari AWAL lagi memang tak nak buat pun Hukum HUDUD nih.. Jadik, yang DUNGU tuh memang akan kena TIPU le JAWABnya dek orang TUA nih.. Dah NAMA pun Lebai PAS, kalau tak DUNGU tuh memang tak SAHIH le jawabnya.. Dengan orang TUA yang nak pegang KUASA sampai MATI pun sanggup biarkan diri diTIPU?

Pada HARI ini, PAS sendiri telah berMUAFAKAT dengan PKR dan DAP La'anatullah untuk memBAHAGIkan sama banyak kerusi Parlimen dan DUN yang akan diTANDINGi mereka.. Jadik, dengan pemBAHAGIan kerusi pilihanraya sedemikian RUPA, PAS tidak boleh lagi nak menegakkan Hukum HUDUD secara SYOK sendiri kerana mereka mesti menDAPAT perSETUJUan PKR dan DAP La'anatullah terlebih dahulu.. Adakah DAP La'anatullah akan berSETUJU? ->KLIK<-

Jelaslah di sini bahawa ISU Hukum HUDUD ini cuma MODAL POLITIK Pok Nik seorang DIRI aje untuk kekal pegang KUASA sampai MATI.. Sepatutnya, kes KHALWAT Timbalan Presiden PAS di bilik 121 Hotel Perdana tahun 1997 dulu dah memBUKTIkan keSUNGGUHan Pok Nik nak laksanakan Hukum HUDUD!

Apa pun, UMNO/BN ternyata bertindak BODOH apabila pemimpin-pemimpin mereka RESPON terhadap kenyataan Pok Nik ini.. Apala yang para pemimpin UMNO/BN nak ULAS sangat ISU nih? Buat TAK RETI, sudahlah? Kalau nak JAWAB pun, JAWABlah secara BIJAK seperti JAWAPAN Tun Dr. Mahathir? Mudah dan ternyata kena SEBIJIK 'direct' pada dahi JENDUL Pok Nik! Apabila UMNO/BN RESPON, Pok Nik akan dapat MODAL POLITIK untuk kata UMNO/BN menolak ISLAM depan pengikutnya yang DUNGU.. Tambah pulak kalau JAWAPAN daripada pihak UMNO/BN diperolehi daripada bekas peLAKON PORNO yang jadik Presiden MCA tuh! BerSORAK sakanlah Pok Nik dan pengikutnya bila dapat JAWAPAN macam tuh!

PAS sebenarnya dah LAMA hilang keLAYAKkan untuk menegakkan Hukum HUDUD.. PAS bukan sahaja memPUNYAi Timbalan Presiden yang LAYAK diHukum HUDUD, PAS jugak bersekongkol dengan 'penJUBOR', penZINA dan jugak memBELA wanita KAFIR yang bersekedudukan dengan orang ISLAM seperti ADUN Bukit Lanjan! Ini ke KRITERIA nak tegakkan Hukum HUDUD yang terdapat pada Lebai-Lebai PAS? Patutle Pengerusi DAP sendiri KATA "Over my DEAD Body" dulu terhadap HASRAT Lebai-Lebai PAS nih walaupun Pok Nik kata dia nampak 'BULAN' pada DADA Benggali OKU tuh! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS