DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, September 05, 2011

Kenyataan SYOK senDIRI pemimpin UMNO hanya akan memBAWA keCELAKAan pada parti..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada DUA kenyataan 'kurang CERDIK' dalam MEDIA arus PERDANA telah dibuat oleh pemimpin UMNO pada HARI ini.. Satunya berhubung dengan keYAKINan jentera UMNO Kelantan untuk meRAMPAS balik negeri tersebut dan menewaskan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' di DUN yang diWAKILinya.. Satu lagi kenyataan BANGANG Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG yang KONON-KONONnya nak berLAGAK berani untuk berDEBAT dengan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang jugak Timbalan Presiden PAS berhubung isu kenyataannya yang 'mengHEROkan' KOMUNIS..

Mula-mula sekali kita tengok kenyataan Tok Pa yang meRASAkan jentera UMNO Kelantan KONONnya dah cukup berSEMANGAT untuk meRAMPAS kembali negeri tersebut dari PAS.. Menurut Tok Pa,

"Hari ini juga hari penting kerana kesemua jentera kita membulatkan tekad untuk berjuang, kita kena ada keyakinan diri, jangan takut. Ingat, Pas pernah tinggal batu nisan di negeri ini, Nik Aziz pernah kalah pada 1986 kepada Mohd. Zin Abdullah dengan majoriti 259 undi," ->KLIK<-

Mintak MAAFlah Tok Pa.. Pada masa itu Kelantan pun boleh diKATAkan baru aje pulih dari DARURAT akibat krisis antara Presiden PAS Datuk Asri dengan MB Kelantan Datuk Mohamad Nasir pada tahun 1977.. Pada masa itu PAS berpecah TERUK antara kumpulan NASIONALIS dengan kumpulan ISLAMis ala-ala Iran.. Pada masa itu lahir beberapa serpihan PAS seperti Berjasa dan HAMIM yang meLEMAHkan PAS.. UMNO Kelantan sungguh berUNTUNG kerana kePIMPINan cemerlang arwah TS Mohamad Yaacob berjaya mengHALANG PAS memulihkan keKUATan parti..

Walaupun kita tak NAFIkan SEJARAH boleh berULANG.. Namun demikian, untuk mengULANGi SEJARAH ianya perlukan perpaduan yang amat KUKUH.. Soalnya, adakah jentera UMNO Kelantan pada ketika ini dilihat sebegitu oleh RAKYAT Kelantan? Pok Nik KALAH pada tahun 1986 tetapi pada PRU 1990, orang TUA inilah BERJAYA menjadik MB Kelantan selama 5 kali PRU AKIBAT pecah-belah sesama UMNO.. Oleh itu, Tok Pa patut memikirkan SEMULA adakah PRU-13 nanti SEJARAH hitam UMNO atau SEJARAH hitam PAS di Kelantan yang akan berULANG? Adakah UMNO Kelantan pada HARI ini KUAT seperti tahun 1986 atau 2004?

Adalah penting untuk UMNO Kelantan tidak terTIPU dengan 'CARMOUFLAGE' yang cuba ditunjukkan oleh Lebai-Lebai PAS.. Kita biasa jumpa di Kelantan ahli-ahli UMNO yang pada hari mengUNDI akan PANGKAH calon-calon LAWAN hanya kerana nak luahkan RASA tak puas hati mereka.. Tok Pa pernah mengALAMinya pada PRU tahun 1999, TS Annuar Musa entah berapa KALI, Datuk Awang Adek dah kena pada PRU tahun 2008.. Mungkin Tok Pa patut belajar TAKTIK Tok Him Ali semasa PRU tahun 2008 kot untuk dicuba pada PRU-13 nanti? HE!HE!HE!

Baiklah, itu cerita di Kelantan.. Kita tengok pulak kenyataan BANGANG Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG untuk berDEBAT dengan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' daripada PAS berhubung ISU siapa yang LAYAK digelar pejuang keMERDEKAan NEGARA.. DiFAHAMkan, mereka berDUA berSETUJU untuk berDEBAT di Balai ISLAM Lundang, Kota Bharu.. Menurut Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG ini,

"Tempat yang sama saya pernah debat (dengan) Husam. Walaupun digelanggang lawan Mat Sabu ke Husam ke, saya akan hadir. Masa lawan Husam 3 ribu penyokong pAS sorak. It's OK. Tak payah cari gelanggang neutral. Saya akan lawan di sarang singa anda, jumpa di sana Mat Sabu," ->KLIK<-

Perghh... TerLEBIH 'Over CONFIDENT' gamaknya dia nih.. Mungkin juak-juak dalam Pemuda UMNO KAGUM dengan keBERANIan 'BOSS' mereka nih.. Namun demikian, adakah UMNO sendiri meRASAkan dia ini yang LAYAK menjadi WAKIL mereka untuk tujuan tersebut?

Pada KITAlah, ISU yang diTIMBULkan oleh 'Kaki BORAK Tepi Jalan' itu sebenarnya boleh diATASi tanpa perlu berDEBAT pun.. Malah, kita yakin wakil-wakil dari pihak ATM atau PDRM mampu bagi PUKULan 'KNOCK-OUT' kepada 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini tanpa perlu pun 'BOSS' Pemuda UMNO mencari RUANG untuk memPUBLISTIkan dirinya.. Kalau UMNO begitu GHAIRAH untuk menyahut CABARAN sedemikian pun, lebih BAIK diWAKILi oleh anak Johor seperti Datuk Razali Ibrahim atau pun Datuk Puad Zarkashi.. RASIONALnya kerana TRAGEDI Bukit Kepong berlaku di Johor dan kita YAKIN hanya anak-anak JATI Johor yang memahaminya..

Datuk Razali adalah MP Muar, DAERAH di mana berlakunya TRAGEDI Bukit Kepong.. Datuk Puad adalah MP Batu Pahat, DAERAH yang terKENAL dengan keBERANIan Panglima Salleh Selempang MERAH memBUNUH KOMUNIS pada tahun 1946.. Inilah FAKTA yang perlu dipertimbangkan oleh UMNO jika mahu menyahur cabaran DEBAT tersebut.. Bukannya mengHANTAR seseorang yang diLAHIRkan di Kuwait, berSEKOLAH di Singapura dan masuk IPT di UK sebagai WAKIL mereka! Apa yang dia TAHU? Takkan nak KUTIP cakap-cakap Mat Salleh UK pasal TRAGEDI berlaku di NEGARA sendiri?

RAKYAT secara UMUMnya sedia MAKLUM bahawa 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini hanya MERAPU dan cuma tahu bermain SENTIMEN.. Apa dia KISAH dengan pemBOHONGan dan bukannya selama ini 'Kaki BORAK Tepi Jalan' tak biasa berBOHONG? Dia nih menCONTOHi SPESIS peMAKAN BABI dalam DAP La'anatullah jugaklah yang tak perlu FIKIR pun soal DOSA PAHALA bila berBOHONG.. Bukankah dia nih pernah berBOHONG dalam isu 'penJUBOR'an Penasihat PKR, isu KHALWATnya di bilik 121 Hotel Perdana dan isu LESAPnya duit DERMA Memali?

Manakala 'BOSS' Pemuda UMNO pun apa KURANGnya dalam bab BOHONG dan KELENTONG orang nih? Bukankah dia yang terhegeh-hegeh mengHANTARkan PASSPORT kepada Penasihat PKR apabila dia diBEBASkan dalam kes 'menJUBOR'nya yang PERTAMA dulu? Bukankah segala TOHMAHan, caci-MAKI dan pemBOHONGan yang kita SEMUA lihat pada hari ini diSEBABkan keGAGALan Pak Mertuanya sebagai PM ke-5 yang diPENGARUHinya terMASUK dalam urusan penTADBIRan NEGARA? Bukankah WUJUDnya manusia seperti 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang jugak Timbalan Presiden PAS ini akibat RAKYAT menolak UMNO/BN semasa PRU-12 lalu kerana MELUAT dengan campur tangan menantu BABAH ini dalam urusan kerajaan?

Oleh itu, UMNO patut menilai kembali RASIONAL 'BOSS' Pemuda UMNO diperTEMUkan dengan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang jugak Timbalan Presiden PAS di atas pentas DEBAT nanti.. Apakah UMNO berHARAP imej dan PERSEPI terhadap UMNO akan diPULIHkan menerusi DEBAT sebegini? Sebaliknya, kita RASA UMNO akan diHENTAM oleh kedua-dua belah PIHAK baik oleh 'Kaki BORAK Tepi Jalan', atau pun oleh 'BOSS' Pemuda UMNO ini secara tidak langsung kerana keDUA-duanya JAHIL tentang salah-silah terbentuknya NEGARA ini dan SEJARAHnya!

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

MUFC tendang bola masuk gol sendiri.
Pemburu menembak kaki sendiri,(self inflicted injury-tak bolih claim).
PR tak perlu kerja kuat ,kalu macam ini punya keadaan.
Ketua pemuda beria ia amat sangat hendakan BN UMNO jadi pati pembangkang di Parlimen.
Putera tak habis cari publisiti sampai kebaluan isteri dan keyatiman anak tidak menjadi penyedar.
Wajib bagi 3 juta ahli UMNO jangan ambil ringan,sebab barisan pemenipin sedia ada dah tak ade senarai winnable candidates.
azmiapa sunggoh hebat cadang semua orang umur 555 ke ats di pensenkan.
arjuna waspada
changkat lobak.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS