DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, February 07, 2012

JANGAN perSIAkan air mata MUSLIMAH PAS dan DOA Pok Nik - BAWA pulang segera 'Azmin HELI' dari INDONESIA!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RESPON Kerajaan Selangor dan PKR terhadap penangkapan seorang WARGANEGARA Malaysia di Batam Indonesia kerana masalah IMIGRESEN sebenarnya memeranjatkan.. DiFAHAMkan, Kerajaan Selangor akan meneliti setiap LAPORan dan PKR pulak akan memBINCANGkannya dalam Mesyuarat Biro Politik PKR.. Soalnya, kenapa KES ini diLIHAT begitu SERIUS oleh mereka? IBARAT kata PEPATAH, KALAU tiada ANGIN, masakan POKOK berGOYANG? ->KLIK<-

SPEKULASI di dalam beberapa BLOG mengatakan bahawa INDIVIDU yang diTANGKAP ini meRUPAkan INDIVIDU yang sama dicari POLIS berikutan tersebarnya GAMBAR tak SENONOH lagi 'BerBULU' milik seorang EXCO Selangor atau ADUN Bukit Lanjan semasa TIDUR.. Ooo... Dia nih ke? BETUL ke? Namun, itu baru SPEKULASIkan? Takkan SPEKULASI tahap ni puh Kerajaan Selangor dan PKR dah GABRA? Ooo.. Ada lagi.. Rupa-rupanya, INDIVIDU tersebut berkata,

"Saya memilih menetap di Indonesia walaupun izin tinggal telah berakhir karena di Malaysia oleh pihak keluarga dan pimpinan anggota Partai Malaysia menyarankan agar saya berubah dulu di Indonesia. Keselamatan saya tidak lagi terjamin di Malaysia ini terkait dengan ancaman terhadap saya oleh pemerintah Malaysia yang mungkin atau menjadikan saya sebagai tumbal dan alat politik dari pihak yang berkuasa di Malaysia," ->KLIK<-

Kalau IKUT terjemahan daripada The Malaysian INSIDER, INDIVIDU tersebut berkata seperti berikut kepada pihak IMIGRESEN Indonesia..

"I chose to stay in Indonesia even though my visa had ended because my family in Malaysia and the PKR leadership urged me to change in Indonesia. My safety is not ensured in Malaysia as a result of threats made against me by Malaysian leaders who may use me as a pawn or political tool for the authorities," ->KLIK<-

Dengan kata lain, INDIVIDU ini mengakui bahawa dia terPAKSA tinggal di Indonesia KONONnya untuk menyelamatkan diri daripada pihak berKUASA Malaysia.. Segala perBELANJAannya diSPONSOR oleh PKR dan keluarganya.. Baiklah, kenapa dia terpaksa MENYOROK di Indonesia kalau dia tak berbuat apa-apa keSALAHan? Adakah dia ini seperti yang diSPEKULASIkan bahawa dialah yang terlibat dalam penDEDAHan GAMBAR tak SENONOH lagi 'BerBULU' ADUN Bukit Lanjan itu? Jika BETUL, ini pun SALAH pihak berKUASA Malaysia ke? Kita PERCAYA MB GAGAP akan meBIAYAi KOS GUAMan untuk tujuan ini..

Agaknya sudah berapa LAMA pihak PKR menaja keGIATan HARAM seperti ini? Menyembunyikan INDIVIDU yang diCARI oleh pihak berKUASA berhubung JENAYAH yang dilakukan? Lepas tuh, memBIARkan pulak dia meLANGGAR peraturan IMIGRESEN di NEGARA orang? Memang SIAL betul parti PKR ini.. Itu belum lagi dikira MOTIF untuk PKR menyorokkan INDIVIDU ini di Indonesia? Apakah dia ini 'WANTED' kerana KAITANnya dengan penDEDAHan GAMBAR tak SENONOH ADUN Bukit Lanjan? Bukankah PKR yang buat LAPORan POLIS berhubung KES ini? ->KLIK<-

Apa pun, kita meMINTA agar pihak berKUASA di Malaysia seperti POLIS, IMIGRESEN dan Wisma PUTRA segera campur TANGAN dalam KES ini.. Kita KHUATIR nanti akan ada penyelewengan FAKTA pasal kita tahu Indonesia ini MUDAH 'DiBELI' jika Penasihat PKR mahu menyelamatkan cita-cita POLITIKnya! Kalau dia sendiri boleh LARI ke KeDUTAan Turki, biasalah jika BALACInya lari ke Indonesia? Ini BAHAYA yang pihak KDN sengaja PEJAM MATA! Segeralah bawa PULANG INDIVIDU tersebut ke NEGARA ini untuk diBICARAkan.. Jangan SIA-SIAkan air mata MUSLIMAH PAS dan 'DOA pengAMPUNan' Pok Nik 'ALAIHISSALAM' kepada ADUN Bukit Lanjan sebelum ini.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

memang sial!!!!memang sial PKR ni..melindung jantan ni kerana konon nak cover betina bebulu ketiak dan pepet tak bersunat...he he memang sial!!!

Anonymous said...

bro,
aku dulu penah berkwn dgn helmi masa kami2 sama belajar di england dulu.bdk ni mmg hardcore anwar.bila dia blk thn 2005-2006 mcm tu aku terus lost contact sbb aku masih diuk.dr berita yg aku dpt dr kwn2 yg lain,helmi ni lari ke indon sbb ade gengster cina cari dia sbb sebab dia sebar gambar bogel eli.tgk betapa jahat puak2 pkr ni ubah cerita nk tuduh kerajaan yg cari dia.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS