DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, June 29, 2012

PADERI Singapura didakwa KEBAS derma RM124.8 juta, Lebai-Lebai DUNGU PAS dah KEBAS berapa BILION RM gamaknya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!

AGAMA.. AGAMA adalah kePERCAYAan kepada TUHAN yang diSEMBAH.. Walau apa pun AGAMA anda, walau apa pun TUHAN anda, setiap AGAMA pasti ada DOSA dan PAHALAnya.. Namun demikian, bukan perkara luar BIASA jika diKATAkan pada akhir ZAMAN ini banyak perBUATan DOSA yang berASASkan keAGAMAan atau pun mengGUNAkan nama TUHAN.. Dengan KATA lain, semakin banyak orang sanggup melakukan DOSA atas nama AGAMA sendiri!

Kita KETAWA bukan kerana meRASAkan LUCUnya AGAMA itu.. TIDAK.. TIDAK sama sekali.. Apa AGAMA sekalipun akan mengANJURkan ke arah keBAIKkan.. Apa yang kita KETAWAkan apabila meLIHAT bahawa ramai orang masih lagi meLIHAT orang yang ALIM atau WARAK terhadap AGAMAnya itu adalah MA'ASUM atau TIDAK berDOSA.. Apa sahaja DOSA diLAKUkan oleh mereka ini seakan menDAPAT keREDHAan TUHAN masing-masing walaupun TUHAN sendiri meLARANGnya.. Malah, mereka ini jugak PANTAS meLABELkan berDOSA sekiranya perBUATan yang sama diLAKUkan oleh orang biasa yang bukan ALIM?

Kita KETAWA apabila terBACA kisah seorang PADERI Kristian di SINGAPURA yang diDAKWA telah KEBAS duit DERMA.. Pengasas GEREJA City Harvest SINGAPURA, PADERI Kong Hee, dan empat anggota kanan GEREJA itu semalam dituduh melakukan pecah AMANAH dan memalsukan AKAUN melibatkan wang berJUMLAH lebih DS50 juta (RM124.8 juta) juta milik GEREJA itu.. JUMLAH tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada DS23 juta yang diDEDAHkan oleh Pesuruhjaya Badan Amal (COC) SINGAPURA semalam.. ->KLIK<-

KONONnya seBAHAGIAN besar penyelewengan wang hasil sumbangan DERMA kepada GEREJA itu diLAKUkan dengan tujuan memBIAYAi kerjaya muzik SEKULAR isteri PADERI Kong, Cik Ho Yeow Sun, atau lebih dikenali sebagai Sun Ho, dari 2007 hingga 2010.. Aik? PADERI pun berFAHAMan SEKULAR jugak ke?

Ini seBENARnya wajar menJADI pengajaran kepada kita SEMUA umat ISLAM di NEGARA ini.. Kenapa? Haa.. Kalau anda nak TAHU, sifat KIASU para 'AH-BENG' ini TIDAK akan HILANG walau apa pun AGAMA dia.. TAMBAH pulak kalau 'AH-BENG' itu dari SINGAPURA, habis AGAMA pun akan diKIASUkannya.. Bagaimana pulak dengan 'AH-BENG' KIASU di Pulau Pinang iaitu 'KHALIFAH' Joseph LIM? Apakah dia nih yang diKATAkan ALIM dalam AGAMAnya hingga diTABALkan seTARAF dengan KHALIFAH UMAR Abdul AZIZ oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS TIDAK akan menjadi sedemikian? Ehh.. Mana korang TAHU? DUIT punya pasal, AGAMA pun boleh diJUAL-beli macam JUAL-beli BAK KUT TEH aje? HE!HE!HE!

Yang KELAKARnya tuh, apa yang berlaku di SINGAPURA ini seBENARnya telah LAMA pun berlaku di NEGARA ini.. Tak PERCAYA? Cuba TANYA Lebai-Lebai DUNGU PAS? MODUS-Operandi mungkin berBEZA sedikit tapi OBJEKTIF untuk MENGEBAS tuh tetap SAMA tanpa mengira apa pun FAHAMan AGAMA! Dalam KONTEKS ini, PADERI tersebut patut ambik 'TAULIAH' bab KEBAS-MENGEBAS duit DERMA daripada Lebai-Lebai DUNGU PAS di NEGARA ini.. Hanya di NEGARA ini aje takde SIAPA pun memperSOALkan ke mana wang DERMA mereka LESAP di tangan Lebai-Lebai DUNGU PAS! Nak KATAkan wang DERMA tu NAIK ke LANGIT berSAMA-SAMA Pok Nik 'ALAIHISSALAM', tak TAHU la.. KAH!KAH!KAH!

Jadik, jelas di sini di akhir ZAMAN ini kita menyaksikan faktor keAGAMAan boleh meMAINkan PERANAN untuk memBUNCITkan PERUT-PERUT mereka yang KONON-KONONnya ALIM dan WARAK.. Bukan keSALAHan itu patut diLETAKkan pada AGAMA sebaliknya keSALAHan tersebut patut diLETAKkan pada penganut AGAMA itu sendiri yang GAGAL mengawal NAFSU.. Apabila wang diSAMA-tarafkan dengan TUHAN, maka begitulah jadiknya.. JUBAH, SERBAN, janggut dan PURDAH hanya PAKAIAN pada MATA aje.. Itu SEMUA jelas TIDAK akan menJAMIN bahawa wang yang anda DERMAkan atau SEDEKAHkan atau WAKAFkan akan SELAMAT di tangan mereka ini.. Kena tengok SAIZ PERUT kot?

Wallahualam..

1 comment:

Telebih Sudah said...

Mohon dipautkan blog saya di blog ini. Blog anda telah dipautkan.

http://assassincyber.blogspot.com

TQ

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS