DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, November 05, 2011

Dua petikan berita BERNAMA yang patut diBACA oleh pihak yang MAHU kemelut PPSMI diSELESAIkan..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada dua PETIKAN berita BERNAMA yang kalau diLIHAT pada TAJUKnya adalah dua BERITA yang berLAINan tetapi kalau diLIHAT di sebaliknya, dua BERITA yang boleh diKATAkan saling membuat KESIMPULAN terutamanya berkaitan kemelut PPSMI yang RANCAK diperKATAkan ketika ini.. Mungkin sewajarnya pihak-pihak yang menyokong atau mahukan PPSMI diMANSUHkan wajar melihat kedua-dua berita BERNAMA ini sebagai RUJUKan sebelum kembali membuat kenyataan mengHANGATkan lagi ISU ini.. Yang NYATAnya, kemelut sebegini semakin MERAPU dan patut diHENTIkan..

Salah satu berita BERNAMA yang kita ingin anda semua LIHAT ialah bertajuk seperti berikut:-

- MUHYIDDIN NAFI KERAJAAN BUAT KEPUTUSAN SAMBIL LEWA DALAM PPSMI -

Ini adalah berita yang memetik kenyataan TPM merangkap Menteri Pelajaran TS Muhyiddin yang meNAFIkan KONONnya kerajaan bersikap sambil LEWA berhubung peMANSUHan PPSMI.. Selanjutnya anda boleh baca sendiri di sini.. ->KLIK<-

Apa pun, kita SERAHkan kepada anda sebagai RAKYAT untuk menilai kenyataan TPM kita ini.. Cumanya, secara LOGIKnya kalau benar peMANSUHan ini bukan sambil LEWA, takkanlah pulak hari ini boleh timbul golongan yang mahukan PPSMI diteruskan dan SUARA mereka seakan-akan semakin BESAR setiap hari? Jadik, fikir-fikirkanlah ye.. Janganlah jadik macam PM ke-5 yang diperDAYAkan dek Menantu BABAHnya dan 'LEVEL 4 Boys' hingga terBUAT banyak keputusan yang SALAH!

Satu lagi berita BERNAMA yang patut kita nyatakan dan patut anda cari perKAITannya dengan berita tadi ialah seperti berikut:-

- MALAYSIA PERLU PAKAR KOMPUTER HADAPI SERANGAN PENGGODAM -> RAIS-

Secara UMUMnya, berita ini adalah biasa-biasa aje.. Tidak lebih daripada kenyataan DSU Rais Yatim yang menyatakan NEGARA memerlukan pakar-pakar KOMPUTER untuk menghalang serangan penGODAM.. ->KLIK<-

Cumanya, anda PERASAN tak apa KAITan berita ini dengan berita yang menyiarkan kenyataan TS Muhyiddin berhubung peNAFIan ISU peMANSUHan PPSMI yang diKATAkan dilakukan sambil LEWA tadi? Nampak tak KAITannya? Jumpa tak?

Sebenarnya kedua-dua berita ini saling berKAIT dari segi isu KANDUNGannya antara satu sama lain walaupun berLAINan tajuk.. Kenapa kita katakan sedemikian? Kalau kita rujuk balik objektif PPSMI, ianya bertujuan untuk menguasa subjek SAINS dan MATEMATIK mengGUNAkan Bahasa Inggeris sebagai MEDIUM pemBELAJARan.. Mudah dan senang aje objektifnya tetapi pada yang tidak FAHAM, ternyata menimbulkan masalah sebegitu BESAR kepada mereka untuk gunakan OTAK bagi memahaminya.. Kalau salah guna OTAK, maunya jadik macam Pak Janggut 'SARUMAN The White' yang jadik Sasterawan NEGARA MERAPU tuh! KAH!KAH!KAH!

Baiklah, apa pulak KAITannya dengan kenyataan DSU Rais berhubung perlunya NEGARA ada pakar KOMPUTER? Dah tentulah untuk meLAHIRkan pakar KOMPUTER, anda perlu mahir dalam MATEMATIK dan SAINS.. KeUNIKkan bidang ICT ialah ianya boleh diKATAkan 100% mengGUNAkan Bahasa Inggeris sebagai MEDIUM pemBELAJARan.. Sudah tentu anda tidak belajar 'Programming Language' (Bahasa Pengaturcaraan), 'Software Engineering' (Kejuruteraan Perisian) dan lain-lain dalam Bahasa MELAYU! Malah, pakar-pakar ICT di Jepun, China dan India pun tidak BELAJAR 'Programming' dalam Bahasa Mandarin. Tamil atau pun Jepun! Sudah tentu belajar 'JAVA' di dalam 'Programming' bukannya berMAKSUD sebagai belajar 'JAWA' dalam Bahasa MELAYU! Ke ada yang BONGOK sampai FAHAM begitu? KAH!KAH!KAH!

Inilah 'keKOSONGan' dalam Bahasa MELAYU kita yang memerlukan pengISIan dalam bentuk penTERJEMAHan ISTILAH secara BESAR-BESARan tetapi pakar-pakar BAHASA kita masih berKHAYAL dengan 'meNIKMATi' sajak-sajak Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA tadi macam 'Mat GIAN' dok layan STIM! Kalau kita GAGAL menguasai ILMU berTERASkan SAINS dan MATEMATIK seperti ILMU ICT sebegini, bagaimanakah kita nak jadikkan sajak-sajak Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA itu mampu diBACA menerusi INTERNET di peringkat GLOBAL? Patutlah PELANCONG Mat Salleh tengok kelakuan 'SERABAI' dia kat Masjid INDIA pun naik KESIAN pasal INGATkan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) tak buat KERJA sebab Menteri dia buat 'PART time' bela LEMBU kat Negeri Sembilan! KAH!KAH!KAH!

Janganlah kita terlampau TAKSUB untuk memperJUANGkan Bahasa MELAYU hingga kita mengABAIkan kePENTINGan untuk menguasai SAINS dan MATEMATIK bagi meWUJUDkan ramai pakar-pakar dalam bidang KHUSUS seperti ICT! Seperti yang kita sebut tadi, ICT adalah salah satu bidang KHUSUS yang WAJIB dan hanya boleh diKUASAi dengan mengGUNAkan Bahasa INGGERIS.. Belum lagi bidang seperti Teknologi NANO, BIOTEKNOLOGI, Sains NUKLEAR dan banyak lagi.. Janganlah kita menDENGAR hasutan PeSALAH POLITIK WANG dalam Pemuda UMNO yang sebelum ini beriya-iya MAHUkan PPSMI diMANSUHkan kerana 'DENDAM' dengan Tun Mahathir! Anda INGAT sek-sok kalau anak dia nak belajar ICT atau bidang-bidang KHUSUS yang lain, anda INGAT dia nak AJAR anak dia dalam Bahasa MELAYU ke?

KESIMPULANNYA, untuk menDAULATkan Bahasa MELAYU di persada DUNIA memerlukan Bahasa MELAYU itu menjadi Bahasa ILMU.. Untuk menjadi Bahasa ILMU, ianya memerlukan USAHA agar ILMU yang diperlukan terdapat dalam Bahasa MELAYU.. Kalau sekarang ZAMAN yang mementingkan SAINS dan MATEMATIK sebagai teras ILMU, apakah Bahasa MELAYU berkemampuan dan sentiasa 'UP to DATE' untuk mengejar penemuan-penemuan BARU dalam bidang SAINS dan cabang-cabangnya? Mampukah kesemua penemuan BARU itu dialih-BAHASAkan dengan CEPAT seperti mana orang-orang JEPUN lakukan? Itulah agaknya yang diFIKIRkan semasa PPSMI diperKENALkan.. Malangnya, hanya sekerat jalan aje..

Hari ini pakar-pakar Bahasa MELAYU lebih berMINAT menJADIkan bahasa ini sebagai bahasa POLITIK dan bahasa HIBURAN yang mana boleh diPELAJARi hanya dengan dok di kedai KOPI berjam-jam.. Anda LIHAT sendiri orang POLITIK kita kalau bab nak memBOHONGi RAKYAT dan berJANJI langit dan BUMI sanggup mengGUNAkan bahasa MELAYU sebagai MEDIUM menarik SOKONGan.. Tak kira ahli POLITIK MELAYU, Cina atau India.. Begitu jugak dengan ARTIS kita.. Kalau nak 'GLAMER' dan album laku, pakat NYANYI lagu MELAYU tak kira irama ROCK ke DANGDUT ke.. Patutlah ARTIS kita tak de dah tahap arwah Sudirman.. Ramai tahap ARTIS chap AYAM dalam 'YOUTUBE' aje.. ARTIS Korea atau Justin Bieber pakat PUJA pulak ye?

Wallahualam..

5 comments:

Kenn said...

Saruman & gang sudah begitu celaru memperjuangkan bahasa IBUNDA, bukannya bahasa Kebangsaan.

Lagi gila apabila mereka menyalahkan PPSMI pula.

Sekira bahasa Keabngsaan tidak didaulatkan dengan sebenar-benarnya, sampai bila bahasa kebangsaan akan mempunyai istilah yang tepat utk menjadi bahasa pengantar kepada ilmu sains & matematik?

Celaru Saruman dgn perjuangan bahasa IBUNDA samalah juga celarunya Najib dgn sekolah vernakular.

Daulatkan Bahasa Keabngsaan - Kenapa PPSMI dijadikan kambing hitam Artikel 152?


p/s : terima kasih kerana menulis. Hampir setiap terbitan artikel "Tukang Dok Peghati" saya petik di laman ...LISTED !!! (silakan buat carian di LISTED menggunakan search string "Tukang Dok Peghati" utk membaca setiap artikel tuan yang telah dipetik di sana selama ini)

KL BOYZ said...

Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini..Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com/

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM AIDILADHA..

Sdr. Kenn.. Ya kita memang IKUTi log anda setiap masa.. IZINkan kita 'LINK'kan BLOG anda ye..

KL_BOYZ, akan diUSAHAkan segera hasrat anda.. TQ TQ

Wallahualam..

Kenn said...

Begitu bangganya saya apabila Tuan mempunyai hasrat untuk memautkan blog saya di senarai esteem laman Tuan.

LISTED sememangnya meminati laman Tuan sejak awal berblog dulu, cuma senarai di VOICES AROUND kini telah diringkaskan kepada hanya LISTED sahaja.

Terima kasih Tuan.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Alhamdulillah,

BLOG saudara Kenn dan KLBOYZ telah diSENARAIkan.. Bersama-samalah kita bekerjasama agar NEGARA kita ini SELAMAT..

Terima Kasih

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS