DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, November 03, 2011

SEKSUALITI Merdeka - Tahukah anda KISAH disebalik keWUJUDannya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anda TAHU kenapa tiba-tiba boleh MUNCUL agenda SEKSUALITI Merdeka yang diKATAkan sebahagian daripada Hak ASASI Manusia dan keBEBASan berSUARA? Kita PERCAYA agenda sebegini sebenarnya sudah diRANCANG sekian LAMA.. Cuma hari ini BARU mereka BERANI berTINDAK di mana ketika ini kita menyaksikan ketidak-stabilan senario POLITIK dalam NEGARA ketika ini.. Sudah tentu ada KRONOLOGInya yang diRANCANG oleh 'TANGAN-Tangan GHAIB' dari LUAR untuk meROSAKkan sebuah lagi negara majoriti umat ISLAM seperti Malaysia ini..

Cuba kita 'FLASHBACK' kembali ke zaman semasa Tun Dr. Mahathir bersara dahulu.. Semua maklum betapa TEGASnya Tun Dr. Mahathir dan 4 PM terDAHULU untuk tidak memberi MUKA kepada keWUJUDan agenda-agenda SONGSANG sebegini dalam NEGARA.. Namun, itu semuanya berUBAH apabila kePIMPINan NEGARA diambil alih oleh seorang PM yang paling LEMAH, mudah diPENGARUHi dan tidak ada IDEALISME terSENDIRI.. Sudahkah anda LUPA bahawa PM ke-5 yang mengGANTIkan Tun Dr. Mahathir inilah yang telah memBUKA seluas-luasnya RUANG untuk agenda-agenda SONGSANG sebegini SUBUR dan makmur KONONnya atas nama Hak ASASI Manusia dan keBEBASan berSUARA tanpa diSEDARinya sendiri?

PM ke-5 tidak ada IDEALISMEnya sendiri.. Dia mudah diPENGARUHi dan dikelilingi oleh puak-puak berOTAK LIBERAL yang lebih mementingkan untuk memBUNCITkan perut masing-masing daripada memBANGUNkan NEGARA.. Pada zaman PM ke-5 inilah kita menyaksikan bibit-bibit perMULAan kepada apa yang diKATAkan Hak ASASI Manusia dan keBEBASan berSUARA seperti usaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama, demosntrasi HINDRAF dan BERSIH serta perarakan peguam Bar COUNCIL di Putrajaya KONONnya untuk diLIHAT sebagai memperJUANGkan Hak ASASI Manusia! Malah, mereka turut menebarkan JARINGan mereka ke dalam parti-parti pembangkang untuk menJAYAkan usaha mereka ini..

Apabila PRU-12 berAKHIR dan menyaksikan keKALAHan terBURUK UMNO/BN di peringkat NEGARA dan NEGERI, agenda SONGSANG ini semakin KUKUH kerana tidak ada pihak yang BERANI melawan mereka pasal TAKUT diTUMBANGkan sebagai kerajaan.. PM ke-5 di'PENCEN'kan dan naiklah DS Najib sebagai pengGANTInya.. DS Najib jugak tidak BERANI mengembalikan senario POLITIK NEGARA kepada zaman 4 PM terDAHULU kerana keLEMAHan kerajaan UMNO/BN begitu ketara.. Malah, DS Najib sendiri mungkin seorang yang LIBERAL dan nak tak nak terpaksa mengIKUT kehendak puak-puak berOTAK LIBERAL ini yang KONONnya menDAKWA agenda SONGSANG sebegini sebagai sebahagian Hak ASASI Manusia dan keBEBASan berSUARA..

PM ke-5 yang menJADI punca kepada masalah ini pulak kini menjadi 'Pejuang Hak ASASI Manusia' di sidang CHOGM yang mana usahanya untuk buat piagam Hak ASASI Manusia semasa sidang CHOGM di'REJECT' oleh keBANYAKkan NEGARA anggota CHOGM itu sendiri! KAH!KAH!KAH! ->KLIK<-

Apa pun, ini semuanya agenda teRANCANG untuk mengubah Geo-POLITIK di NEGARA ini.. Baik PM ke-5 mahupun puak-puak PR yang menyokong agenda sebegini, mereka semua hanyalah 'CLOWN' yang diperALATkan untuk mengHIBUR dan menJAYAkan agenda ini.. Benar sekali kata-kata TS Rahim Noor bahawa memang ada agenda terSEMBUNYI untuk meWUJUDkan 'New RELIGION' di sebalik suara-suara Hak ASASI Manusia dan tuntutan keBEBASan bersuara.. ->KLIK<-

Sebenarnya, bagi manusia yang berAGAMA tidak kiralah samada agama ISLAM, Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi, Tao atau sebagainya, memang tidak WUJUD keBEBASan MUTLAK seperti mana yang diHAJATkan menerusi agenda-agenda SONGSANG ini.. Setiap agama sudah ada batas-batas atau peraturan yang menghalang keBEBASan MUTLAK yang mana jika tidak diKAWAL akan menJADIkan manusia tidak ada BEZAnya dengan lembu di tengah PADANG! Hanya golongan KOMUNIS dan ATHEIS sahaja yang memperJUANGkan fahaman sebegini.. Oleh kerana fahaman KOMUNIS semakin tidak relevan dan diLIHAT amat 'BLOODY' dalam tindakan, golongan ATHEIS pulak yang mengambil peluang mengGANTIkannya!

Sebagai CONTOH, agama manakah dalam DUNIA ini yang menyokong 'menJUBOR' sesama JANTINA atau beROMEN sesuka HATI macam BINATANG tanpa IKATan perKAHWINan? Tidak ada kan? Bagi golongan ATHEIS, mereka memperJUANGkannya kerana mereka tidak PERCAYAkan wujudnya Tuhan.. Jika ada yang masih tersisa kePERCAYAan terhadap Tuhan, mereka akan mengANUTi fahaman PLURALISME yang meletakkan semua agama adalah SAMA - satu tahap ATHEIS yang lebih rendah sikit.. Jadik, adakah NEGARA kita ini akan jatuh kepada 'TANGAN-Tangan GHAIB' ini seperti mana NEGARA-NEGARA ISLAM lain yang tumbang kerana tuntutan sebegini melalui FACEBOOK, Blog dan media Internet? Relakah kita menyaksikannya?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS