DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, January 24, 2013

KREDIBILITI Sinar HARIAN dah HANCUR pasal jadik 'Tukang KOMPANG' kepada EXCO PAS ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita HAIRAN apa sudah jadik dengan AKHBAR Sinar HARIAN dekat-dekar PRU-13 kali ini? Sinar HARIAN yang sering diKATAkan sebagai AKHBAR yang TIDAK memihak baik kepada UMNO/BN mahu pun puak-puak PR diLIHAT cenderung menJALANkan AGENDA memperBODOHkan RAKYAT.. Hari ini TIDAK ada BEZAnya Sinar HARIAN dengan HARAKAH atau Suara KeADILan yang sememangnya berTUJUAN memperBODOHkan RAKYAT.. Ini kerana BERITA yang diSAMPAIkan oleh Sinar HARIAN adalah KOSONG dari segi FAKTA cuma TAJUK aje yang 'Bikin GEMPAK'.. Dah jadik macam TABLOID pulak dah.. MALAYSIAKINI dan MALAYSIA Insider lebih berFAKTA walaupun ianya FAKTA diputar-belitkan..

Kita KATAkan sedemikian kerana NAMPAK sangat Sinar HARIAN nak BODOHkan pemBACAnya apabila menyiarkan BERITA 'GEMPAK' lebih seperti ini.. ->KLIK<-


NAMPAKnya pemilik Sinar HARIAN yang jugak RAKYAT Kelantan meRELAkan dirinya turut SAMA diperBODOHkan oleh EXCO PAS ini.. Dengan meRUJUK kepada petikan BERITA tersebut, apa dia FAKTA yang SAHIH di dalamnya? EXCO PAS itu sendiri NAMPAK SERONOK melihat Sinar HARIAN sudi menyebarkan KENYATAANnya yang nak memperBODOHkan orang seperti ini,

"Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini. Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,"

Haa.. Itu yang diKATAkan oleh EXCO PAS tersebut dalam Sinar HARIAN.. Kan dia sendiri SEBUTkan bahawa 'Belum diSAHkan'? Jadik? Apa FAKTA yang cuba diSAMPAIkan oleh Sinar HARIAN di sini? Tak ke KOSONG.. KOSONG.. KOSONG..

RIZAB minyak di sepanjang kawasan Kota BHARU hingga ke Tumpat? Pergh.. Setahu kitalah, hanya di NEGARA-NEGARA Arab, US, Kanada dan Asia Tengah aje yang ada RIZAB sebegini.. Apakah BODOH benarnya SIAM dan British yang pernah menJAJAH Kelantan hinggakan ada minyak atas DARAT pun mereka tak SEDAR? Sebaliknya hanya EXCO PAS yang OTAKnya semakin diRAGUkan ini pulak yang menJUMPAinya? British yang menJUMPAi TELAGA minyak PERTAMA NEGARA di atas DARAT di Miri pun tak reti nak GUNAkan TEKNOLOGI yang SAMA semasa Kelantan di bawah JAJAHan mereka? Mungkin juruBLOG Kickdafella boleh bantu menJAWABkannya? Apa? dia bukan GEOLOGIS? Habis EXCO PAS tu?

Kawasan DARATan sepanjang Tumpat hingga ke Kota BHARU meRUPAkan kawasan dataran BANJIR atau diKENALi sebagai DELTA Sungai Kelantan.. Namun, kawasan ini jugak meRUPAkan kawasan yang paling PADAT POPULASI penduduknya di Kelantan selain kawasan UTAMA penanaman PADI.. Kalaulah.. DiULANGi, kalaulah diTAKDIRkan ada minyak di kawasan ini.. Agak-agak mahukah Lebai-Lebai DUNGU PAS memBONGKAR tanah seluruh BANDAR Kota BHARU dan Tumpat seterusnya memindahkan 50% penduduk Kelantan? Ye la.. Takkan nak buat LOJI pemPROSESan minyak kat belakang JAMBAN Pok Nik 'ALAIHISSALAM' pulak? Karang HILANG pulak KHUSYUK dia, dah tak jadik ZUHUD dah..

Atau mungkinkah ini satu lagi 'TRICK' EXCO PAS ini untuk memindahkan penduduk seterusnya mengambil pulak tanah-tanah MILIK mereka? Kalau diRUJUK kepada KES Ladang RAKYAT dan PROJEK-PROJEK GAGAL yang lain, memang macam tu lah gayanya.. Jadik? Berapa pulak agaknya 'SHARE' untuk pemilik Sinar HARIAN yang turut sama menSENSASIkan BERITA tanpa FAKTA ini? Ada ke? Atau saja-saja je buat BERITA KOSONG ala-ala TABLOID untuk 'TEST Market'? Kita PERHATIkan memang Sinar HARIAN aje yang SUKA bagi 'SCOPE' kat EXCO PAS ini yang semakin diPINGGIRkan oleh MEDIA lain seperti MALAYSIAKINI dan lain-lain kerana RAGU akan kesihatan OTAKnya..

Nak BUKTI lagi? Lupa ke Sinar HARIAN dengan BERITA terowong di Palekbang seperti berikut? Bukankah Sinar HARIAN yang menSENSASIkannya bersama-sama EXCO PAS tersebut? Dah terlalu 'PATHETIC' sangat gamaknya? ->KLIK<-

Di sini aje kita melihat seolah-olah Sinar HARIAN sememangnya SERONOK memBERIkan PUBLISITI yang TIDAK sepatutnya kepada EXCO PAS tersebut.. Sinar HARIAN patut sedar bahawa EXCO PAS tersebut sememangnya HEBAT meRUNTUHkan KREDIBILITI orang lain bersama KREDIBILITInya sendiri.. Lihatlah apa yang berlaku kat Pok Nik yang RELA diperBODOHkan olehnya hinggakan jadik Tukang RASMI PROJEK yang tak pernahnya nak diSIAPkan!

Wallahualam..  

2 comments:

Anonymous said...

Nak ketawa aku membacanye.Kalau benar dah ada petroleum di darat,Tak payah la Petronas cari gali minyak di tengah laut yg melibatkan kosnya yg tinggi.Nak tipu pakai akai la,rizab emas setinggi gunung ke di bumi kelantan.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kerja-kerja PENIPUan mereka ini lebih MUDAH diJAYAkan dengan adanya MEDIA seperti Sinar HARIAN ini..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS