DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, April 20, 2013

Anda belum CUKUP mengenali PARTI dalam PAKATAN RAKYAT jika GAGAL menJAWAB SOALAN ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita sebenarnya ada satu SOALAN mudah untuk diTANYAkan kepada anda SEMUA selepas peNAMAan CALON pada pagi tadi.. SOALAN ini memerlukan JAWAPAN dan anda BEBAS menyatakannya dalam BLOG ini.. Selain itu, anda jugak BEBAS menyebarkan SOALAN kita ini ke mana-mana BLOG lain atau laman SOSIAL lain seperti FACEBOOK, WHATSAPPS dan TWITTER.. Apakah SOALAN itu? Baiklah, SOALAN yang kita ingin TANYAkan ialah seperti berikut..

KENAPAKAH TERDAPAT 6 KAWASAN DUN dan 1 KAWASAN PARLIMEN YANG MENYAKSIKAN PAS 'SAILANG' PKR ATAU PKR 'SAILANG' PAS TETAPI LANGSUNG TIDAK ADA KAWASAN PARLIMEN ATAU DUN YANG MENYAKSIKAN DAP LA'ANATULLAH 'SAILANG' PAS ATAU PUN PKR?

Yaa.. Itulah SOALAN yang kita ingin TAHU apakah JAWAPANnya.. Antara kawasan PARLIMEN dan DUN yang 'SAILANG' antara PAS dan PKR ialah seperti,

N34 PANTI (JOHOR) M:87.33% C:8.44% I:4.21%
1. Datuk Baderi Dasuki (BN)
2. Azlisham Azahar (PAS)
3. Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)

N2 KOTA PUTERA (TERENGGANU) M:98.4% C:0.79% I:0.17% L:0.57%
1. Mohd Mahdi Musa (BN)
2. Adam Mat Said (PAS)
3. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

N11 SEBERANG TAKIR (TERENGGANU) M:99.06% C:0.23% I:0.17% L:%
1. Zakaria Dagang (PAS)
2. Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
3. Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

N25 BUKIT BESI (TERENGGANU) M:99.3% C:0.36% I:0.17% L:0.06%
1. Roslan Ismail (PAS)
2. Roslee Daud (BN)
3. Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)

N21 SUNGAI ACHEH (PULAU PINANG) M:68.73% C:23.74% I:7.31% L:0.22%
1. Badrul Hisham Shaharin (PKR)
2. Datuk Mahmud Zakaria (BN)
3. Mohd Yusni Mat Piah (PAS)

N39 KOTA DAMANSARA (SELANGOR)
1. Halimaton Saadiah (BN)
2. Ridzuan Ismail (PAS)
3. Dr Nasir Hashim (PKR)
4. Termasuk 3 calon bebas.

P166 LABUAN  M:37% C:25.20% I:2.20% L:35.60%
1. Rosman Isli (BN)
2. Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
3. Hadnan Mohamad (PAS) 

IRONInya, kawasan yang berlaku 'SAILANG' antara Lebai-Lebai DUNGU PAS dan para peCINTA MAKSIAT dalam PKR ialah kawasan yang MAJORITInya pengundi Melayu/ISLAM.. TIDAKkah anda meRASAkan ada sesuatu yang PELIK pasal nih? Kenapakah ianya berlaku sedemikian?


- Kenapakah kita TIDAK terJUMPA pun kawasan 'SAILANG' antara CALON bukan Melayu/ISLAM PKR dengan CALON bukan Melayu/ISLAM DAP La'anatullah?

- Kenapakah kita TIDAK terJUMPA pun kawasan 'SAILANG' antara CALON Melayu/ISLAM DAP La'anatullah dengan CALON Melayu/ISLAM PAS atau PKR?

Anda NAMPAK itu SEMUA? Agak-agak apakah JAWAPAN anda? Yang paling penting ialah apakah JAWAPAN anda itu berBEZA dengan JAWAPAN orang lain yang melihat perSOALAN ini? TIDAKkah anda NAMPAK betapa 'BASTARD'nya DAP La'anatullah ini untuk saling meLAGA-LAGAkan pengundi Melayu/ISLAM walaupun CALONnya adalah dari kalangan SEKUTU mereka sendiri? Betul tak?


PerSOALAN ini jugak memBUKTIkan bahawa mana-mana PARTI POLITIK yang berORIENTASIkan Melayu/ISLAM kemudian berSEKUTU pulak dengan DAP La'anatullah pasti akan mengHADAPi SENARIO di atas.. DAP La'anatullah TIDAK sesekali akan memBIARkan PARTI mereka diDOMINASI oleh mana-mana PARTI Melayu/ISLAM walaupun PARTI itu meMILIKki SOKONGan MAJORITI kaum Melayu/ISLAM di NEGARA ini.. Apa yang terBUKTI melalui perSOALAN di atas hanyalah kira-kira MUDAH yang TIDAK memerlukan 'EXCELSHEET' pun untuk mengira.. Hanya DUNGU seperti Lebai-Lebai DUNGU PAS aje yang tak NAMPAK!

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

pendapat aku majoriti kerusi yang melibatkan pertembungan pas dan pkr adalah kerusi kawasan hitam bagi pembangkang dimana peluang pembangkang menang sangat tipis.jadi tiada kesalahan pas dan pkr menggatal nak bertembung disitu...

Anonymous said...

Sebab kawasan DAP tu kawasan majoriti Cina le...mana le PKR dengan PAS nak taruk, lainlah dengan UMNO sanggup letak Ghani lawan Kit Siang di Gelang Patah.

Anonymous said...

Kah kah dah cukup umur ke blogger ni??? Ka lambat baligh ???

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS