DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, April 18, 2013

'BATTLEFIELD' PRU-13 di PARLIMEN Pasir Mas - Apakah ANAK Pok Nik bakal menjadi KORBAN? Atau.....


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Pada HEMAT anda, 'BATTLEFIELD' manakah yang menjadi paling SENGIT pada PRU-13 kali ini? Apakah 'BATTLEFIELD' itu ialah:-

1) PARLIMEN Gelang Patah - DS Abdul GHANI VS LIM Kit Siang?
2) PARLIMEN Shah Alam - DATUK Zul NORDIN VS Khalid SAMAD?
3) PARLIMEN Bukit Katil - DS Ali RUSTAM VS Sam KETOT AMK?
4) PARLIMEN Permatang Pauh - Penasihat PKR VS DR. Mazlan ISMAIL VS PAPAGOMO?

Ya.. Itu mungkin 'BATTLEFIELD' paling SENGIT di NEGERI-NEGERI tersebut.. Apa KATA kalau kita KATAkan di Kelantan pulak 'BATTLEFIELD' paling SENGIT ialah di PARLIMEN Pasir Mas, Kelantan? Sebentar tadi Pok Nik 'ALAIHISSALAM' telah mengUMUMkan di Machang, Kelantan bahawa CALON PAS di PARLIMEN Pasir Mas ialah ANAKnya sendiri iaitu Nik ABDUH.. ->KLIK<-


ANAK Pok Nik ini yang meRUPAkan MUKA BARU bakal berDEPAN jugak dengan MUKA BARU iaitu Che JOHAN Che PA yang meWAKILi UMNO/BN.. Namun, kita KATAkan PARLIMEN Pasir Mas ini cukup SENGIT jika penyandangnya iaitu DATUK Ibrahim ALI turut berTANDING sebagai CALON di PARLIMEN Pasir Mas..

Ya.. Inilah 'BATTLEFIELD' paling SENGIT di Kelantan.. Dua MUKA BARU dengan satu MUKA LAMA.. Dua orang calon PAS dan UMNO yang masih belum diUJI dengan seorang TOKOH NGO Melayu/ISLAM yang mempunyai keAHLIan seRAMAI hampir setengah JUTA orang di belakangnya.. Malah, RAMAI terTUNGGU-TUNGGU apakah BENAR bahawa MANTAN PM TUN DR. Mahathir akan turut berKEMPEN untuknya seperti yang pernah dinyatakan.. Jika ianya berlaku, bukankah perTEMBUNGan ini paling SENGIT dan MENARIK kerana ianya betul-betul sebagai lambang keUNGGULan DEMOKRASI dan keUNIKkan PRU-13?

Sebagai ANAK Pok Nik, sudah tentu Lebai-Lebai DUNGU PAS pasti TIDAK akan memastikan Nik ABDUH ini TUMBANG di tangan LAWANnya.. KeMENANGan CHE Johan pulak sangat KRITIKAL bukan sahaja kepada MISI Gelombang MERAH UMNO Kelantan, malah kepada JUMLAH kerusi PARLIMEN milik UMNO/BN nanti.. Manakala sebagai 'OTAI' yang TIDAK pernah berGANJAK di Pasir Mas sejak sekian LAMA dan diMUSUHi oleh kedua-dua PARTI iaitu UMNO dan PAS, DATUK Ibrahim ALI akan dilihat samada mampukah dia berdiri GAGAH 'Menyekeh' KEPALA kedua-dua peSAINGnya yang masih MENTAH berBANDING dirinya itu atau sebaliknya?

Mungkinkah itu sebabnya Lebai-Lebai DUNGU PAS di dalam HARAKAH mula mengeSYAKki sesuatu? Kalau menurut HARAKAH, keKESALan DATUK Ibrahim TIDAK diCALONkan meWAKILi UMNO sebenarnya hanyalah 'TRICK'.. ->KLIK<-


HE!HE!HE! Menarik jugak apa yang KONONnya cuba diBONGKARkan oleh HARAKAH itu.. Mungkinkah Lebai-Lebai DUNGU PAS meRASAkan bahawa UMNO dan DATUK Ibrahim ALI cuba 'TRICK'kan mereka untuk di PARLIMEN PAS, sekaligus mereka akan dapat menguasai 3 DUN di dalamnya dengan MUDAH?

Pada kita pulak, NAMPAKnya Lebai-Lebai DUNGU PAS ini pulak yang TAKUT berLEBIHan terhadap DATUK Ibrahim ALI? Kenapa nak diTAKUTkan? Bukankah dia pada ketika ini sedang diKUTUK HEBAT baik oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS mahu pun oleh para 'CAI-CAI' dalam UMNO? Malah, ahli-ahli PERKASA pun dah serba salah samada nak 'BACK-Up'kan dia atau terpaksa menyokong UMNO seperti mana yang mereka telah IKRARkan? Sepatutnya, Lebai-Lebai DUNGU PAS TIDAK perlu TAKUT dengan BAYANG-BAYANG mereka sendiri.. Kalau TAKUT, kenapa tak diTUKAR aje anak Pok Nik tuh dengan CALON tempatan?

Untuk REKOD, DATUK Ibrahim ALI bukan tak pernah pun diKALAHkan di Pasir Mas.. Namun, yang PELIKnya dia tetap 'MAINTAIN' walaupun CALON PAS atau UMNO saling berTUKAR ganti di Pasir Mas ini.. Mungkin HAKIKAT ini yang menakutkan PAS? Ye la.. Dalam pada mereka SERONOK memanggil dia sebagai 'KATAK' dan sebagainya, rupa-rupanya Lebai-Lebai DUNGU PAS ini TAKUTkan 'KATAK'? Apakah dengan menCALONkan ZURIAT Pok Nik di JAJAHAN bukan tempat LAHIRnya itu akan memberikan keLEBIHan kepada PAS? Apakah RAKYAT Pasir Mas akan menerima KETURUNAN 'GEDEBE Kedai LALAT' di sana?

RAKYAT Pasir Mas jugak lebih HEBAT atau SAMA 'LEVEL' ke'GEDEBE'annya dengan KETURUNAN 'GEDEBE' Kedai LALAT atau SPESIS yang PERASAN dirinya tuh KETURUNAN Raja JEMBAL seperti Pok Nik! Jadik, keHADIRan ANAK Pok Nik ini belum tentu diTERIMA dengan tangan terBUKA oleh RAKYAT Pasir Mas ini.. Manakala UMNO TAKUT nak CALONkan DATUK Ibrahim ALI kerana KHUATIRkan SOKONGan bukan Melayu/ISLAM akan MEROSOT.. Itulah yang diMOMOKkan oleh 'CAI-CAI' UMNO yang diPELIHARA oleh 'BOSS' Pemuda UMNO tuh.. IRONInya, takde pulak mereka nih nak TUKARkan NAMA 'MALAY' dalam UMNO tuh sendiri?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS