DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, January 19, 2012

Mari pakat meROSAKkan NEGARA yang terCINTA ini kerana POLITIK!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terus-terang KATAlah.. Kita SETUJU dengan pandangan rakan SEKUTU BLOG kita iaitu En. Kenn di dalam 'VOICES AROUND' seperti berikut.. ->KLIK<-

Dalam KONTEKS ini kita dapat melihat setakat mana tahap keSUNGGUHan kerajaan yang dterajui oleh UMNO/BN untuk mengelakkan NEGARA ini terjerumus ke dalam KANCAH perPECAHan.. KeSILAPan terBESAR kerajaan UMNO/BN selepas perSARAan Tun Dr. Mahathir ialah terlalu memBERI muka kepada puak-puak berOTAK LIBERAL seperti 'LEVEL 4 Boys', BAR Council dan banyak lagi NGO yang menjadi 'PELACUR' kepada parti-parti POLITIK tertentu meROSAKkan NEGARA atas nama 'KeterBUKAan'..

Akhirnya, hari ini kita menyaksikan bagaimana perkara ASAS pemBENTUKan NEGARA seperti di tercatat di dalam Perlembagaan PERSEKUTUAN satu demi satu cuba diMANSUHkan di hadapan MATA anak kepada allahyarham Tun Abdul RAZAK yang menJADI PM ketika ini! Sebut apa saja.. Daripada perkara ISLAM sebagai agama RASMI, KeSULTANan Melayu, Hak-Hak ISTIMEWA Melayu/BUMIPUTERA, bahasa RASMI dan banyak lagi.. Mungkin kalau DS Najib buat PEJAM MATA lagi, tak MUSTAHIL nama NEGARA ini pun akan diUBAH mereka kerana perKATAan 'M-A-L-A-Y' tersebut..

- Hari ini sudah ada PEMIMPIN Melayu/ISLAM mahu mengubah 'SODOMY Law' yang diKATAkannya sebagai LAPUK di hadapan media BARAT seperti BBC.. (Tentunya dia TIDAK berMAKSUD untuk mengetatkan lagi undang-undang tersebut!)

- Hari ini seorang BAPA kepada RAKYAT biasa masih tidak TAHU ketentuan NASIB anaknya yang mahu MERAYU keputusan MAHKAMAH berkaitan KES 'menJUBOR' sedangkan pihak yang diTUDUH 'menJUBOR' anaknya bebas mengHINA MAHKAMAH sepanjang dan SELEPAS perBICARaan berlangsung? Apakah keADILan di MAHKAMAH hanya untuk orang POLITIK sahaja?

- Hari ini ada MAHASISWA yang cuma belajar TESL mahu MENYAMAN IPT yang mengGANTUNGnya selama 3 SEMESTER akibat 'keGANASan' yang diLAKUkannya menCEMARkan imej IPT tersebut.. Hek elleh.. Macam dia seorang aje masuk IPT?

- Hari ini seorang Pengerusi pertubuhan HARAM bernama BERSIH tidak TAKUT untuk mengUGUT kerajaan yang memerintah pasal dia TAHU kot mana sekalipun kerajaan tetap akan memBERI MUKA kepadanya kerana INGIN dilihat 'LIBERAL'..

- Hari ini seorang mantan EXCO di Selangor telah diPECAT daripada partinya kerana sering menyinggung PERASAAN parti SEKUTUnya seperti DAP La'anatullah dan PKR berhubung hak-hak orang ISLAM? Adakah mantan EXCO tersebut yang berTINDAK menentang gejala MURTAD, keMAKSIATan dan kegiatan 'UNDERWORLD' adalah berTENTANGan dengan ajaran ISLAM? Anda tahu JAWAPANnya..

KESIMPULANnya, kita meLIHAT semakin banyak HASUTan dilakukan untuk menJADIkan NEGARA ini kembali kepada zaman JAHILIYYAH yang tidak diBATASi oleh sebarang perUNDANGan.. Tentunya mereka yang menjadi JAHILIYYAH ini tidak akan rasa berSALAH kerana mereka mahukan keBEBASan ibarat HAIWAN yang tidak malu berBOGEL.. Mereka ini meRASAkan RAKYAT yang mematuhi undang-undang atau terikat dengan peraturan agama ISLAM sebagai JUMUD atau tidak mengikut ZAMAN..

Dalam KONTEKS ini, sikap kerajaan UMNO/BN sendiri yang TAKUT untuk menunjukkan keTEGASan mereka menDAULATkan undang-undang turut menyumbang kepada keHANCURan NEGARA di masa hadapan.. DS Najib dan kePIMPINan UMNO/BN lebih RELA diLIHAT sebagai DAYUS dan BACUL daripada menjadi tidak 'LIBERAL' kerana memperTAHANkan undang-undang NEGARA.. Kalau NEGARA ini HANCUR sekalipun, mereka tetap akan MENERIMAnya kerana seperti jugak puak-puak PENENTANG mereka, ianya adalah seBAHAGIAN daripada DEMOKRASI atau 'HAK Asasi MANUSIA' di dunia..

Kalau diLIHAT secara keSELURUHan, hanya ada satu PIHAK sahaja yang TIDAK senang dengan undang-undang sedia ada ini.. Mereka meLIHATnya sebagai pengHALANG kepada niat BUSUK mereka untuk memecah-belahkan kaum Melayu/ISLAM seterusnya menDOMINASI pemerintahan NEGARA ini.. PIHAK yang diMAKSUDkan sebenarnya mahu mengUBAH struktur NEGARA ini agar menjadi seperti Taiwan yang HURU-HARA setiap kali PRU.. Apabila NEGARA menjadi sedemikian, PIHAK ini akan menDOMINASI lanskap POLITIK di NEGARA ini seterusnya menJADIkan NEGARA ini seperti China KOMUNIS atau Singapura yang diDOMINASI ala-ala REJIM berDINASTI.. Apakah ini yang kita MAHU?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS