DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, January 14, 2012

Usaha meMANSUHkan 'SODOMY LAW' - DS Najib dan UMNO/BN perlu NYATAkan penDIRIan..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semenjak HAKIM mengUMUMkan pemBEBASan Penasihat PKR dari KES 'menJUBOR'nya, kita dapati semacam satu DESAKAN untuk mengHALALkan perbuatan sedemikian.. KONONnya, perBUATan 'menJUBOR' itu adalah satu bentuk HAK ASASI Manusia dan NEGARA kita jugak perlu menerimanya - lebih KURANG macam tu la kot.. Kita pun tak TAHU apa TAFSIRan HAK ASASI Manusia pada mereka.. Pada kitalah, HAK ASASI seseorang Manusia ialah dapat MAKAN, keSELAMATan, tempat TINGGAL, PAKAIan dan penDIDIKan.. Tak TAHUlah pulak HAK 'menJUBOR' pun tergolong sebagai HAK ASASI?

Dalam KONTEKS ini, kita harus menerima HAKIKAT bahawa NEGARA ini telah pun memilih ISLAM sebagai agama RASMI/Persekutuan dan mengIKTIRAF pula agama LAIN untuk diAMALkan oleh pengANUTnya.. Oleh itu keBEBASan berLANDASkan HAK ASASI Manusia itu diBATASkan oleh syariat agama yang ada di NEGARA ini.. Dalam ISLAM, tidak ada HAK untuk manusia 'menJUBOR'.. Begitu jugak dengan mana-mana agama pun? Jadik, jika NEGARA ini mahu menetapkan perBUATan 'menJUBOR' salah di SISI undang-undang, ianya tidak menyalahi HAK ASASI Manusia pun? PeSALAH 'menJUBOR' kenalah diDAKWA selaras dengan undang-undang sedia ada seperti 'SODOMY LAW'!

Berhubung dengan keputusan HAKIM memBEBASkan Penasihat PKR dari KES 'menJUBOR', ianya bukanlah berMAKSUD bahawa perbuatan 'menJUBOR' itu diBENARkan walau atas DASAR apa sekali pun.. Sebab itulah RAMAI menunggu DOKUMEN pengHAKIMan PENUH untuk mengetahui apa JUSTIFIKASI sebenar KES tersebut.. Tak tahulah pulak kot HAKIM memang mengIKTIRAF HAK 'menJUBOR' sebagai HAK ASASI Manusia dengan membuat keputusan sedemikian? Jika bukan, mereka yang memandai MENAFSIRKAN sedemikian patut diKENAkan keSALAHan mengHINA MAHKAMAH - KeSALAHan yang tidak pernah diKENAkan terhadap Penasihat PKR sejak diBICARAkan..

Apa pun setakat ini sudah ada beberapa PIHAK dilihat MENAFSIRkan bahawa keputusan HAKIM sebagai mengIKTIRAF perBUATan 'menJUBOR' sebagai HAK ASASI Manusia.. Antaranya ialah,

1) BAR COUNCIL ->KLIK<- dan ->KLIK<-

2) AMNESTY INTERNATIONAL ->KLIK<-

3) Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) ->KLIK<-

Bukankah kenyataan mereka yang mahukan peMANSUHan 'SODOMY LAW', jelas BUKTI mereka mengIKTIRAF perBUATan 'menJUBOR' sebagai HAK ASASI Manusia? Adakah HAKIM yang beragama ISLAM itu berMAKSUD sedemikian dalam keputusannya ini?

Dalam KONTEKS ini, kita percaya RAKYAT tidak mahu berTANYA kepada puak-puak PR yang sanggup mengGADAIkan Agama, Bangsa dan NEGARA demi mengejar KUASA.. Sebaliknya RAKYAT mahu berTANYA kepada DS Najib dan tentunya UMNO/BN apakah PENDAPAT mereka berhubung peMANSUHan 'SODOMY LAW' bagi mengIKTIRAF perBUATan 'menJUBOR' sebagai HAK ASASI Manusia? Sebagai sebuah kerajaan, bukankah sepatutnya DS Najib dan UMNO/BN menJAWAB samada mereka berSETUJU atau MENENTANG terhadap kenyataan ini? Kita pun mahu TAHU pandangan 'LIBERAL' DS Najib dan adakah ianya akan diLAKSANAkan dalam agenda TRANSFORMASInya?

DS Najib sepatutnya TAMPIL menyatakan penDIRIannya dan kerajaan berhubung SOAL ini.. Kita yakin RAKYAT tahu apa JAWAPAN sepatutnya tetapi RAKYAT mahu menDENGARnya dari mulut PEMIMPIN sepert DS Najib.. PM seperti Tun Dr. Mahathir tidak TAKUT untuk MENOLAK mengIKTIRAF perbuatan 'menJUBOR' sebagai HAK ASASI Manusia.. Sesuatu yang tidak MAMPU dilakukan oleh Lebai-Lebai PAS ketika ini.. Kita percaya akan ada FATWA Lebai-Lebai PAS menyokong HAK ASASI 'menJUBOR' di kemudian HARI.. Jadik, bagaimana pulak dengan DS Najib dan UMNO/BN? Takut ke untuk memBANTAH kenyataan ini pasal tak mahu diLIHAT tidak 'LIBERAL'? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS