DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, January 28, 2012

Sudah ada Lebai-Lebai PAS yang berSORAK bila Presiden PAS suarakan HASRATnya nak PENCEN..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hari ini banyak BLOG memperKATAkan tentang berita KONONnya Presiden PAS telah menawarkan diri untuk TIDAK berTANDING pada PRU-13.. Menurut Sinar HARIAN, Presiden PAS telah mengatakan seperti berikut,

"Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen," ->KLIK<-

Kalau nak diHITUNG, Presiden PAS ini sebenarnya TIDAKlah selama Pok Nik 'ALAIHISSALAM', Penasihat dan Pengerusi DAP La'anatullah, MP Gua Musang dan mantan PM ke-5.. Dia boleh diKIRA satu GENERASI dengan Penasihat PKR.. Namun demikian, KAREER POLITIKnya sebagai YB TIDAKlah sepanjang MASA naik.. Ada kalanya MENANG Kerusi PARLIMEN dan DUN atau KALAH salah SATU daripadanya!

Presiden PAS ini jugak pada era 80-an terKENAL dengan AMANATnya yang telah mengKAFIRkan sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan parti bukan ISLAM seperti UMNO di dalam BN.. Mungkin RAMAI yang masih INGAT lagikan?

"Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'
" ->KLIK<-

IMPAK daripada AMANAT ini sangat BESAR hingga wujud keJADIan SOLAT 2 IMAM, pulau-memulau dan KAFIR mengKAFIR sesama umat ISLAM.. Apa pun, nampaknya seperti MAKANan dalam TIN, AMANATnya itu sendiri telah 'berUBAH' untuk mengHALALkan KERJASAMA antara PAS dengan DAP La'anatullah dan SEKUTU bukan ISLAM di dalam PKR.. Hari ini Lebai-Lebai PAS telah 'diKAFIRkan' oleh AMANAT Presiden PAS sendiri.. Mungkin ini BALASAN daripada Allah SWT terhadap mereka yang memecah-belahkan agamanya? Apa PANDANGan anda?

Apa pun kita sebagai umat ISLAM harus SEDAR bahawa ahli POLITIK bukannya seperti pokok KELAPA yang tetap menDATANGkan keGUNAan walaupun semakin TUA.. Ada jugak ahli POLITIK yang semakin meROYAN dan semakin meRASAkan dirinya JAUH dari lubang KUBUR apabila USIA mereka berTAMBAH.. Tok sah dok KIRAlah ahli POLITIK yang TUA dan jelas KAFIR macam Penasihat dan Pengerusi DAP La'anatullah tuh.. Kita patut ambil KIRA ahli POLITIK macam Pok Nik yang jelas mahu makan GAJI BUTA lagi walaupun seringkali masuk ICU!

Sepatutnya ahli POLITIK yang meRASAkan diri mereka sebagai pemecah-belah UMAT bersara apabila USIA semakin meningkat.. Mereka sepatutnya KEMBALI cuba meRAPATkan SILATURRAHIM sesama umat ISLAM dan menyesali SIKAP dan penDIRIan mereka yang diSEBARkan terhadap pengikut selama ini.. TIDAK salah pun mana-mana ahli POLITIK menCONTOHi TS Lee Lam Thye yang bersara dan KEKAL memBERIkan SUMBANGAN yang berkesan kepada MASYARAKAT? Cumanya bila bersara tu KUASA sebagai ahli POLITIK tak de la..

Dari SUDUT kePIMPINan PAS pulak rasanya jika Presiden PAS ini bersara, PAS akan diDOMINASI oleh SPESIS BAHLOL lagi takde OTAK la NAMPAKnya.. Timbalan Presiden PAS dan 3 orang Naib Presiden PAS jelas terdiri daripada mereka yang akan 'memBUNUH' PAS itu sendiri.. Antara mereka ni ada yang pernah diTANGKAP berKHALWAT, tak de SIJIL SPM, peLINGKUP duit RAKYAT dan kuat MENIPU.. Lebai-Lebai PAS pun akan MALU untuk mengaku parti mereka memperJUANGkan ISLAM selepas ini.. Itu pun BALASAN Tuhan kot kerana PAS terlampau BANYAK mengHANCURkan perPADUan umat ISLAM?

Setiap perMULAan pasti ada pengHUJUNGnya.. Kita sebagai umat ISLAM tidak patut begitu TAKSUB kepada mana-mana PEMIMPIN apatah lagi jika PEMIMPIN itu SPESIS yang ENGKAR kepada Allah SWT.. ENGKAR dalam erti kata meLANGGANi PELACUR, 'menJUBOR', 'MAIN' BINI orang, berSEKONGKOL dengan ZIONIS Neo-CON untuk mengHANCURkan umat ISLAM dan banyak lagi.. Tambah 'CANTIK' pulak kalau PEMIMPIN sebegini dapat SOKONGan Lebai-Lebai PAS dalam satu perIKATan seperti PR.. Mungkin kerana menyedari DOSA semakin BESAR, maka Presiden PAS mahu bersara dan kembali ke jalan diREDHAi-NYA?

Wallahualam..

1 comment:

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS