DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, January 29, 2012

PUJIan yang diHAMBURkan untuk Presiden PAS menjadi pengAIBan untuk Pok Nik & The GANG dalam PR..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH! Apa yang KELAKAR tu? KELAKAR la bila baca Sinar HARIAN.. Semalam Presiden PAS sebut keSUDIannya untuk TIDAK berTANDING pada PRU-13, hari dalam Sinar HARIAN berlambak KOMEN para Lebai PAS mengatakan Presiden PAS sebagai seorang yang 'BerJIWA BESAR'.. Wah.. HEBAT tu.. Ye la, bukan SENANG untuk mencari seorang PEMIMPIN 'BerJIWA BESAR' di dalam PAS? Berbeza dengan UMNO/BN, ramai PEMIMPIN PAS ni nak pegang JAWATAN sampai masuk ke dalam lubang KUBUR atau di'HALAU' macam Datuk Asri dulu..

Memang le PEMIMPIN sebegini adalah PEMIMPIN 'BerJIWA BESAR'.. Namun demikian, ada TAK Lebai-Lebai PAS menyebut sedemikian terhadap PEMIMPIN bukan dari PAS seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Lim Keng Yaik dan RAMAI lagi PEMIMPIN UMNO/BN yang TIDAK berTONGKATkan LANGIT? KAH!KAH!KAH!

"Kenyataannya menggambarkan beliau seorang pemimpin yang memperjuangkan parti dan memiliki visi penting dalam konteks politik di Malaysia,

Saya berterima kasih kepadanya kerana mengajar kami (ahli PAS) mengenai jawatan dalam politik bukanlah segalanya,
" ->KLIK<-

Itu bukan sesiapa KATA.. Itu yang diKATAkan oleh salah seorang Naib PRESIDEN PAS, Din PUDURAYA! Memang AYAT '1st CLASS' punya untuk PRESIDEN partinya ini.. Cumanya, setiap patah perKATAan yang SAMA patut diLIHAT sebagai satu bentuk SINDIRAN kepada Pok Nik 'ALAHISSALAM', Penasihat PKR, Penasihat dan Pengerusi DAP La'anatullah.. Mereka ini pun diKIRA sebagai KATEGORI dah 'EXPIRED' jugak.. Hidup mereka cuma untuk diJADIkan sebagai 'BERHALA POLITIK' yang dipuja oleh pengikut yang TAKSUB..

Selain Din PUDURAYA, Ketua PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyifatkan keputusan mahu berUNDUR itu sebagai sikap pemimpin PAS yang AMANAH.. Menurutnya,

"Ini satu kemuliaan dalam pemimpin PAS, sanggup berundur dan bersedia memberi peluang kepada muka baru,"

Ha.. TENGOK? Orang yang berUNDUR tuh ialah orang yang AMANAH dan meRUPAkan satu bentuk keMULIAan katanya.. Jadik sekaligus Pok Nik 'ALAHISSALAM', Penasihat PKR, Penasihat dan Pengerusi DAP La'anatullah ini sememangnya TIDAK MULIA dan TIDAK AMANAH la ye? Ooo.. Kita memang TAHU lama dah! Cuma Lebai-Lebai PAS yang DUNGU aje buat-buat tak NAMPAK! HE!HE!HE!

Kita jugak nak TANYAlah kepada Ketua PKR Pahang nih.. Kamu tu bagaimana pulak? Bukankah kamu KATEGORI yang dah 'EXPIRED' jugak? Bukankah kamu jugak SPESIS GILAkan JAWATAN? Kamu tu bukan ke dah di'PENCEN'kan dari UMNO dari JAWATAN YB? Kamu 'JOIN' PKR nih bukan ke TANDAnya kamu tuh masih GILA nak pegang JAWATAN POLITIK menerusi 'CABLE' kamu dengan Penasihat PKR? Orang yang 'TerBUANG' macam kamu ni LAYAK ke nak sebut Presiden PAS yang nak 'RESIGN' tu sebagai AMANAH dan MULIA? KAH!KAH!KAH!

Lebai-Lebai PAS dan 'PenJILAT TEGAR' PKR boleh aje meLABELkan orang yang mahu 'RESIGN' seperti Presiden PAS dengan perlbagai GELARAN sehabis MULIA.. Ini kerana dalam PAS dan PKR terlampau banyak 'KeKOTORan' secara LAHIR dan BATIN.. Jadik, jika ada orang yang buat perkara BAIK seperti Presiden PAS ini, ianya menjadi sesuatu yang ASING kepada mereka ini yang sentiasa berGELUMANG dengan 'KeKOTORan'.. Sedangkan di dalam UMNO/BN, perkara seperti ini adalah LUMRAH dan amat BIASA.. Bukan begitu? HE!HE!HE!

Seperti yang kita KATAla.. Segala KENYATAAN mereka ini boleh diSIFATkan sebagai MENYINDIR diri sendiri.. Ye la.. Dalam pada dok MEMUJI, mereka terlupa bahawa PUJIAN itu boleh mengHINA pihak lain seperti Pok Nik 'ALAHISSALAM', Penasihat PKR, Penasihat dan Pengerusi DAP La'anatullah.. Dengan kata lain, mereka saling mengAIBkan sesama sendiri.. Nak buat macam mana, kepala OTAK mereka ini bukannya 'CENTER' sangat pun.. Kalau OTAK mereka 'CENTER' macam orang lain, takdenye sebuah parti yang mengaku lebih ISLAM dari orang ISLAM lain nak menyokong penZINA, 'PenJUBOR' dan ZIONIS!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS