DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, January 09, 2012

'PenJUBOR' yang menDAKWA dirinya diANIAYA tetapi BEBAS mengANIAYA orang yang membela ISLAM macam Datuk Hasan ALI dan RAMAI lagi?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

BESARnya DOSA Datuk Hassan Ali kepada PAS.. Sama BESARnya dengan DOSA Datuk Zul NORDIN terhadap PKR.. Apakah DOSA mereka kepada PARTI masing-masing? Kalau diLIHAT perSAMAan DOSA mereka hanyalah satu aje iaitu pasal memperTAHANkan PERKARA yang berKAITan dengan ISLAM.. Dengan kata lain, ISLAM yang diperTAHANkan oleh kedua-dua TOKOH ini adalah 'TABOO' kepada PARTI masing-masing yang menyokong PEMIMPIN berFAHAMan PLURALISME seperti Penasihat PKR.. Itulah DOSA mereka berdua! ->KLIK<-

Kalau nak diKIRAlah, kedua-dua TOKOH ini sebenarnya tidak menDATANGkan keSUSAHan pun pada PARTI masing-masing dahulu.. PAS yang SINONIM dengan label 'ISLE'nya memang lah SINONIM dengan apa yang diperJUANGkan oleh Datuk Hassan Ali.. Begitu jugak dengan Datuk Zul NORDIN yang membawa aliran pemikiran ISLAM di dalam PKR yang jelas SEKULAR.. Dengan kata lain, mereka sebenarnya bukanlah ANCAMAN pun kerana apa yang diperJUANGkan mereka sebenarnya ialah apa yang KONONnya diDAKWA diperJUANGkan oleh parti masing-masing dahulu.. Jadik, SALAHkah mereka memperTAHANkan penDIRIan mereka sendiri?

Yang meLIHAT mereka BAHAYA ialah puak ALIRAN pemikiran PLURALISME yang diDOKONG oleh Penasihat PKR dan diSOKONG pulak oleh DAP La'anatullah dan golongan LIBERALISME yang terdiri daripada pihak yang mahu mengUBAH Perlembagaan NEGARA.. Mereka meLIHAT idea ISLAMisasi yang dibawa oleh kedua-dua TOKOH ini sebagai ANCAMAN kepada HASRAT mereka untuk mengubah Perlembagaan NEGARA ini seterusnya menJADIkan NEGARA ini ROSAK binasa sama seperti apa yang berlaku di NEGARA-negara Arab KONONnya atas nama 'SPRING'.. Inilah yang cuba diELAKkan oleh mereka..

Anda LIHAT sendiri PUNCA Datuk Hassan Ali diBENCI.. Hanya kerana dia memperTAHANkan TINDAKan JAIS dalam beberapa PERKARA yang meLIBATkan umat ISLAM seperti MURTAD, penJUALan ARAK secara terbuka dan keGIATan 'UNDERWORLD' di Selangor.. Begitu jugak dengan Datuk Zul NORDIN.. Dia diBENCI kerana memperTAHANkan keSUCIan ISLAM dari diCEMARi oleh AGENDA seperti mengubah keDUDUKan ISLAM dalam Perlembagaan NEGARA sama seperti agama LAIN.. Itulah AGENDA terSEMBUNYI segelintir pihak yang berlatar-BELAKANGkan PEGUAM di dalam PKR dan DAP La'anatullah..



Jadik apakah lagi yang TINGGAL dalam PAS dan PKR? PAS tidak LAYAK lagi mengatakan mereka memperJUANGkan ISLAM dengan pemecatan Datuk Hassan Ali ini? Apakah Datuk Hassan Ali telah meLAKUkan keSALAHan terhadap agama ISLAM? Apakah Datuk Zul NORDIN telah menCEMARi keSUCIan agama ISLAM? Tidak.. Sudah tentu tidak.. KeSALAHan mereka berdua terhadap agama ISLAM sebenarnya tidak ada pun.. Yang SALAH hanyalah Penasihat PKR yang bersekongkol dengan DAP La'anatullah kerana ENGGAN menerima PEMIMPIN sebegini.. Ini kerana ISLAM menentang perBUATan 'menJUBOR' sedangkan fahaman PLURALISME pulak tidak begitu!

Apa pun, kita akan meLIHAT adakah Datuk Hassan Ali akan ISTIQAMAH dengan perJUANGannya selepas ini.. Kita HARAPkan begitu kerana jika Datuk Hassan Ali berISTIQAMAH, kita yakin PAS sendiri yang akan terHEGEH-HEGEH menyembah LUTUT Datuk Hassan Ali untuk memintanya KEMBALI! PAS jelas sanggup mengANIAYAi PEMIMPIN mereka sendiri yang tidak 'menJUBOR' dan tidak pun MUNCUL dalam mana-mana video SEKS demi kePENTINGan manusia TIDAK berAKHLAK seperti Penasihat PKR.. Apakah lagi yang TINGGAL dalam PAS untuk memBUKTIkan mereka memperJUANGkan ISLAM sejak sekian lama?

Selepas Datuk Hassan Ali, GILIRan siapa pulak gamaknya? Adakah USTAZ Nasharuddin Mat Isa? Adakah Datuk Harun Din? Adakah Datuk Ismail KAMUS? Ini semua adalah RAKAN Datuk Hassan Ali yang AKRAB semasa keGEMILANGan siri FORUM Perdana Ehwal ISLAM dahulu.. Adakah mereka mahu memBIARkan Datuk Hassan Ali terANIAYA walaupun dia diPIHAK yang benar dalam memperTAHANkan ISLAM? Kita TUNGGU.. Adakah PARTI yang sudah hilang MATLAMAT seperti PAS itu lebih penting daripada RAKAN mereka ini yang tidak berbuat apa-apa keSALAHan pun di dalam ISLAM? Kita TUNGGU babak yang mungkin lebih MENARIK selepas ESOK hari..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS